Terima kasih Cikgu Zuhrah - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, June 3, 2022

Terima kasih Cikgu Zuhrah



Ini guru kelas pemulihan Aril,
Cikgu Zuhrah binti Mohd Ataillah.
Mama Yan memang dah niat nak bagi hadiah tu masa sebelum raya,
Tapi asyik lupa nak suruh Aril tuliskan kad raya.
Lepas raya,
Nak suruh bawa masa hari guru,
Tak sempat sempat juga nak cari kad ucapan hari guru.

Akhirnya,
Bagi macam tu aje lah...
Bukan sempena raya..bukan sempena hari guru...
Tapi sempena Aril dah pandai membaca...
Tambah gembira lagi,
Aril dah keluar dari kelas pemulihan.
Jadi sekarang ni,
Tinggal nak perkayakan lagi ejaan, perbendaharaan kata, susunan ayat dan kefahaman sahaja..
Dah tak perlu ajar membatang suku kata perkataan lagi.

Alhamduliah sangat dengan perkembangan terkini Aril.
Walaupun darjah 3 baru lancar membaca dan kategori agak lambat juga.
Tapi kalau dah umur 6 tahun baru pandai bercakap,
Memang lambat sikitlah nak kenal ABC, mengeja dan membaca tu...

Aril ni anak nombor 3, yang ni memang banyak iras belah nenek sebelah bapak. Matanya sepet, kulitnya putih dan susuk badannya memang ada iras adik beradik mak mentua MY.


Takpelah... macam ni pun dah syukur sangat kerana anak anak MY sihat mental dan fizikalnya.
Lambat sikit, tak mengapa.
Allah ciptakan manusia ni dengan pelbagai jenis kemampuan, kebolehan, bakat dan kurnia yang berbeda.

Bukan mak kat rumah tak ajar membaca...
Tapi teknik mengajar mak dan cikgu, tentu saja tak sama.
Mak mengajar, banyak iklannya...
Adik nak susu, yang lain berebut pensel, jengah mesin basuh, jenguk periuk sup, posmen datang...hahaja...

Terima kasih banyak banyak dan tak terkira banyaknya kepada Cikgu Zuhrah kerana mengajar Aril mengeja sehingga lancar membaca.
Semoga Cikgu Zuhrah akan terus bersinar menjadi bintang kejora bagi anak anak kelas pemulihan.

4 comments:

  1. cikgu kelas pemulihan tentu ada skill tertentu untuk membantu proses 3m anak2 kita

    ReplyDelete
  2. Cikgu kelas pemulihan ni walaupun tak ramai murid kenal tapi dia punya jasa tu sangat besar.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Syukur. Ibu bapa dan guru bergabung mendidik dengan kaedah masing-masing.. demi anak dan anak bangsa.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad