Bercuti di Mersing, Johor : Hari Pertama - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, June 9, 2022

Bercuti di Mersing, Johor : Hari Pertama

Sementara anak anak tengah cuti ni,
Kita bawa la anak anak bercuti untuk cari pengalaman dan jalan jalan ke tempat orang.
Asyik duduk rumah, main handphone, tengok TV dan bergaduh..
Bawa la berjalan jalan sikit.
Tapi percutian kami percutian bajet aje.
Terlanjur pula ayahnya ada kerja di Mersing,
Ke Mersing lah kami sekeluarga bercuti sambil bekerja 

Kami bertolak pagi Isnin, 6 Julai.
Sebelum tu, 
Singgah la sarapan dulu kat kedai mamak kat Kulai.


Muka monyok yang kiri tu sebab tak cukup roti telur 2 keping.
Dia nak tambah lagi, tapi ayahnya tak bagi.
Kami bukan kedekut taknak bagi anak makan, tapi sebagai ibu bapa,
Kena juga kawal pemakanan anak anak.
Merajuk kejap je takpe...

Kami sampai ke Pantai Air Papan sekitar pukul 12 tengahari la macam tu.
Penuh sangat sangat kawasan pantai tu.
Cuti umum kan..
Cari parking spot dari pangkal sampai ke hujung,
Patah balik,
Baru jumpa port kosong.
Bawaklah turun tikar, bakul makanan dan segala bekalan kami.
MY masak nasi berperisa guna beras basmathi, rendang daging, ayam goreng dan sup fishball.

Tak cukup rupanya 2 keping tikar,
Tambah lagi 2 keping beli dengan harga zionis di booth tepi pantai.

Nasi ni MY masak pakai beras basmathi tambah pes halia, garam dan daun pandan.
Ada rasa macam nasi ayam sikit,
Tapi bukan nasi ayam.
Malas nak guna beras wangi yang selalu guna kat rumah sebab nak bawa berjalan kan.
Beras wangi mudah basi.
MY masak pagi tu,
Siap aje terus letak dalam termos.
Sampai Mersing masih panas.
Tahan sampai ke malamlah kami makan nasi tu...
Jimat banyak...hahaha

Rendang daging ni MY dan suami aje yang makan.
Aril dengan Ucid makan sikit je rendang.
Yang lain...hhmmm...tak usik pun

Sedang asyik menikmati makanan...
Cuaca yang mulanya panas terik,
Tiba tiba sahaja mendung...
Ahh sudahhh...
Siap aje makan... 
Terus hujan lebat.
Bertempiaran semua keluarga membawa lari anak anak.
Kami pun samalah...
Terus ke kereta.
Nasib baik anak dah boleh diharap tolong mengemas.

Ahh...masa ni jem kejap.
Check in pukul 3,
Tapi jam baru pukul 2.
Plan nak lepak lepak tepi pantai.
Main buih sabun macam tu...
Makan jajan...
Tapi tiba tiba hujan...
Kihkihkih...

Suami pun start kereta...
Kami pun jalan jalan kat sekitar pantai yang lain.
Ohh...ada banyak lagi resort lain dan pantai lain kat sini rupanya.
Jarang jarang berjalan kann...
Mana tahu sangat.

Ada Tanjung Resang, Teluk Gorek, Penyabong, Teluk Sisek, Pulau Mawar... semua tu ada pantai dan banyak resort di sekitarnya.

Jam 3 petang kami pun berjaya check in SRI MERSING RESORT.


Rehat rehat dulu...pukul 5 baru la turun semula ke pantai ajak anak anak mandi laut.


Seronok tak terkata anak anak mandi laut.
Dah lama tak mandi laut.
Dah 2 tahun takde aktiviti rekreasi dengan anak anak...
Tahun lepas kejap pkp, pkpp, pkpd, pkpb...
Alhamdulillah...
Tahun ni dapat hayati kebesaran dan keindahan alam ciptaan Yang Esa. 


Malam tu...
Kami sambung makan bekal aje...
Takde aktiviti apa pun.
Semua kepenatan melawan ombak air papan...
Semua tidur awal sebab nak sambung aktiviti untuk hari kedua esoknya...

Jom baca sambungannya di sini -> Bercuti di Mersing, Johor | Hari Kedua




5 comments:

  1. cantiknya pantai kat Mersing. best budak2 dapat main air laut :)

    ReplyDelete
  2. Eh eh.. tudung tu BG Poppy Portmeirion eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...anak pernah ckp..tudung mama macam alas meja

      Delete
  3. seronoknyaa dapat berkelah ramai ramai

    ReplyDelete
  4. bestnya MY jenjalan tepi pantai, siap mandi laut lagi. Kalau balik kg mentua di Kerteh ada pantai tapi tak boleh nak mandi manda bahaya sebab pasirnya dah landai... boleh amik gambar jalan-jalan je.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad