MY Masak Sambal Sotong


Dulu dulu masa kecik, jarang makan sotong, udang, ketam semua tu...
Sebab makanan laut kat Raub agak mahal.
Selalu makan ikan aje lah.
Tapi ikan pun kena beli ikan yang besar besar macam ikan tenggiri, kembung hitam, bawal, ikan tongkol...
Sebabnya,.. ikan kecik kecik macam selar kuning dan pelaling...
sampai kat raub dah lembik dah...
Lagipun masa tu abah kerja sorang,
anak 8 orang...
makan menu bajet je.

Sekarang alhamdulillah..
walaupun harga semakin mahal,
tapi taraf ekonomi keluarga dah semakin baik.
Boleh la nak makan ayam, udang, sotong walaupun tak lah hari hari...
Cuma bila nak membeli tu..
Taklah fikir sepuluh kali...
fikir sikit sikit je la...
Tapi kalau nampak sotong dan udang baru sampai,
segar segar..
memang tak boleh tahan..
mesti nak membeli jugak..
hahahaha

Sotong ni..
anak anak suka goreng celup tepung,
Tapi mama dan ayahnya suka buat sambal..
pekena pulak dengan nasi lemak lepas tu..
perhhh...
memang lupa penyakit lah...

Jom.. kita letak resipi kat blog.
Sebab,.. kat blog ni...
Selain dari entry pengiraan kejuruteraan,
entry resipi je yang dicari orang.
Takde nya orang nak google azian bangun tidur pukul berapa,
azian ada berapa orang anak...azian pakai skincare apa...takde takde...
azian  tu bukannya Amber Heard... Fazura pun takde sipi sipi...

Bahan bahan:
5 ekor sotong
15 tangkai cili kering
2 labu bawang merah
4 ulas bawang putih
sekeping asam gelugur
garam
gula 
2 sudu besar sos tomato (pilihan jika suka)
minyak untuk menumis



Cara cara membuatnya:

Panaskan sotong dalam kuali non stick sehingga keluar air sotong yang warna putih tu. Kemudian, air sotong tu buang, sotongnya toskan. ketepikan sekejap.

Kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih.
Lepas tu,
Tumis bahan yang telah dikisar dengan minyak.
Pastikan minyak mencukupi ya.. takut cili tak masak kalau tak cukup minyaknya.
Api pun slow je..

Masak bawang dan cili kering sehingga keluar minyak,
Lepas tu,
masukkan sotong.
Masukkan garam, gula, dan jika suka, asam keping, 
boleh masukkan serbuk perasa macam ajinaikmoto contohnya...

Kacau sebati sampai sotong masak
last sekali,
masukkan sos tomato.
Sos tomato ni pilihan.
Kalau tak suka atau takde,
takyah ketak pun takpe.
cuba rasa sikit.
Kalau dah cukup garam gula asamnya, 
boleh la matikan api dapur.


Lepas dah masak tu..
godek godek cari asam keping.
Jangan biar lama lama dalam sambal.
karang dia jadi asam pedas pulak...hahaha...

Sedia untuk dimakan...
Memang kegemaran MY dan suami ni,
tapi anak anak pulak tak suka...
takpe..
dah korang tak suka...
mama dengan ayah boleh bedal puas puas...
korang makan la telur mata tu sampai jemu.
 

 

1 Comments

  1. Hehehe... anak-anak tak suka sotong, ada peluang mak bapak bedal puas-puas kan.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)