Minyak wangi - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, June 25, 2022

Minyak wangi

JOM KITA BELAJAR 😍 

 *Apa Beza Minyak Wangi 'Eau de Parfum', 'Eau de Toilette' dan 'Eau de Cologne'?*  

*Eau de Parfum (EDP)* 
♡ Kepekatan minyak wangi - 10% - 20% 

EDP mempunyai kepekatan minyak wangi yang paling tinggi antara 3 jenis ni. Jenis ini boleh tahan hingga 5 jam. 
EDP lebih kurang sama dengan perfume cuma ia lebih air dan alkohol. Jenis minyak wangi ni selalunya dijual dalam bentuk spray. 

 *Eau de Toilette (EDT)
♡ Kepekatan minyak wangi - 4% - 15% EDT ni lebih ringan dan masih dijual dalam bentuk spray. EDT lebih banyak kandungan alkohol dan ini bermakna EDT tak tahan lama. Selalunya orang guna EDT ni dan sembur banyak-banyak dan untuk kegunaan seharian. 

 *Eau de Cologne (EDC)* 
♡ Kepekatan minyak wangi - 2% - 5% Cologne adalah singkatan eau de Cologne untuk bandar Cologne, Jerman, di mana aroma tertentu pertama kali dibuat, air dari Cologne. Selalunya cologne ni sangat ringan dan segar. Ia diperbuat daripada buah-buahan, dan ia mengandungi minyak pati, lemon, bergamot, oren, dan neroli mutlak. Mereka juga mungkin mengandungi minyak lavendera dan rosemary.


Ni minyak wangi suami MY... 
Semua pun MY yang belikan kat Watson.
Harga dalam RM31.50 kalau takde diskaun.
Tapi selalunya ada diskaun 15%.

Suami buka kotak satu persatu...
Dah habis sebotol, baru pakai botol yang baru.
Kalau MY...
Balik je terus buka kotak,
Terus sembur..
Hari ni pakai minyak wangi A,
Esok pakai minyak wangi B,
Lusa tulat pakai yang lain.
Suami MY pakai yang sama je tiap hari...
Habis sebotol tu, baru pakai botol yang lain.
Setia pada yang satu gayanya...hahaha...

Pernah juga ajak ajak ayam pergi beli perfume yang mahal mahal sikit...
Tapi...
Tu lah...
Dia taknak...
Duit bukan senang nak cari...
Anak pun kecik kecik lagi ...
Yang sederhana cukuplah...
Bukan nak wangi setaman...
Cuma taknak busuk je...
Hahaha...

Ye.. ada orang sanggup berhabis untuk beli minyak wangi...
Ada setengah orang sederhana dan berpada pada...
Ada orang langsung tak kisah tentang kebersihan dan penampilan diri...
Jangan kata minyak wangi, deodorant ketiak pun tak pakai...
Ada orang... nak beli deodoran dan perfume pun tak mampu...
Jadi... kita jangan hakimi sesiapa pun ok...


5 comments:

  1. Janji wangi. Setakat ni belum jumpa lagi Dashing EDP. Kalau ada, memang suka guna.

    ReplyDelete
  2. Dalam koleksi saya ada tiga-tiga jenis. Pakai ikut mood atau bergantung pada tempat nak pergi. Hari-hari biasa selesa pakai cologne je.

    ReplyDelete
  3. Dashing pn not bad . Mmg kena wangi2 kn ada yg bau bdn mau pening rakan sekerja...

    ReplyDelete
  4. sama la. abe kie beli beberapa botol perfume. satu guna. bila habis baru ganti yg dlm laci tu. biasalah org lelaki, perabis satu demi satu...

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad