Masak spageti cara ringkas dan mudah - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, June 8, 2022

Masak spageti cara ringkas dan mudah

Hari Jumaat lepas,
Bawa anak anak pergi Pasaraya Maslee lepas diorang balik tuisyen, 
Tanya diorang nak makan apa malam nanti?
Diorang kata malam nanti tak kisah makan apa apa...
Tapi balik tuisyen esok nak makan spageti.
Ajom la kita berarak ke rak spageti,
Pilih lah yang pesen apa korang nak.

Jadi,
Anak anak memilih spaget 'angel hair' Prego...
Kali ni nak kuah tomato...taknak kuah putih..
Siap bebola boleh mama?
Bolehhh...
Gi cari bola mana gaya yang korang nak.

Jadi hari Sabtu lepas.. .
Mamanya pun menunaikan tuntutan anak anak nak makan spageti balik tuisyen..
Tapi pakai sos segera aje...
Tak kuasa la memblender tomato, daun selasih, kisar daging semua...


Bahan bahan

1 paket spegeti angel hair
1 botol sos spageti 'tomato & basil'
1 keping dada ayam kisar
Setengah paket bebola ayam
Setengah labu bawang putih
Minyak zaitun untuk menumis
Garam

Cara membuatnya:

Panaskan air dalam periuk. Apabila mendidih, masukkan garam. 

Apabila garam telah larut dalam periuk, masukkan spageti. Kalau angel hair tak lama sangat untuk lembut. Tak lebih 5 minit.

Apabila lembut, angkat spageti, air jangan buang terus. Simpan untuk buat kuah.

Toskan spageti dan letak sedikit minyak zaitun pada spageti. Kacau kacau supaya tak melekat. Ketepikan.

Kopek kulit bawang putih, dan tumbuk. Sebab malas nak cincang.

 Tumis bawang putih dalam sedikit minyak zaitun sehingga wangi.

 Masukkan ayam kisar, bebola ayam dan sedikit rebusan spageti.

Kacau sehingga ayam kisar dan bebola tu cukup masak.

Masukkan sos spageti ke dalam kuali. Kacau lagi.

Rasa masam, masin dan manisnya. Tambah ikut keperluan.

Bila kuah dah mendidih, tutup api. 

Sedia untuk dimakan.

Sampai sini je MY teringat nak ambil gambar.
Hahaha...
Begitulah kehidupan seorang suri rumah.
Selain masak...
Dia juga yang tengok anak, tengok mesin basuh, tengok mesin pengering, bagi arahan itu ini kat anak, suruh anak buang sampah, dan lain lain lagi..
Lama lama kerja sendiri yang ke laut 

Masa Aril nak suap spageti dia ke mulut...
Masa tu baru teringat nak ambil gambar...
Jadi..
Takde la gambar lawa guna pinggan portmeirion...
Ada gambar guna pinggan anak je la...
Dah buruk pinggan tupperware ni pakai hari hari..

Alhamdulillah...
Selesai kisah makan tengahari anak anak...
Kita sirih diorang pergi tuisyen,
Dorang pergi je...tak banyak bunyi pun...
Jadi setakat minta nak makan spageti tu. 
Apa lah sangat kann...

Tapi MY dan suami tak makan pun spagetinya...
Tak minat aih...
Kami makan nasi..hihihi...
Lain kali kalau nak buat lagi..
MY kena guna 2 botol..baru puas anak anak makan...
Sebotol tu..ngam ngam aje..
Macam tu lah bila anak ramai...hahaha

 

8 comments:

  1. Rajin mamanya masak nasi dan spaghetti lagi.

    ReplyDelete
  2. Bebola ayam. Sedap tu. Nanti nak cuba buat lah. 👍

    ReplyDelete
  3. Wak pun tak suka spageti
    Tak gheti makan sebab kecik2 dulu tak pernah jumpa

    ReplyDelete
  4. mudah nak bagi anak gembira kan MY, nampak sedap spagheti bolognise MY ni walaupun simple je

    ReplyDelete
  5. dah ada yg segera apa barang nak bersusah2 kat dapur tu

    ReplyDelete
  6. aida ada je resepi kuah bolonis ni.
    tetap beli sos prego tu. mudah. cepat.
    abis pun cepat dek anak3 kat rumah tu :)
    kuah bolonis ni kalau aida buat, byk, MY.
    frozen kan sesiap. sebab suka buat lasagna jugak.
    tu yg bila hantu rajin sampai, ada spageti bolonis, ada lasagna, ada baked macaroni.
    meriah. bila takde, yg hado jer la ibu hidangkan ye anak3.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad