Korean Movie Pipeline

 

Sambil lipat kain tadi, MY menghabiskan sambungan Movie Korea yang dah tak habis habis tengok dari bulan lepas. Habis juga akhirnya. Tapi tengok sambung sambung, bila nak share kat blog, memang tak ingatlah. sebab memori tentang cerita tu dah tak fresh,..hahaha...

Kali ni tak layan Netflix, sebaliknya MY tonton menggunakan aplikasi VIU. Sebab baru tahu, MY boleh langgan Viu Premium dengan setiap langganan Unifi. 

Filem ni filem aksi komedi ringan aje. Takde la best sangat, tapi menghiburkan lah juga.
Mengisahkan sorang tokey minyak yang bernama Geon Woo (Money Man), plan nak curi minyak dan kemudian nak letupkan tangki minyak tu.

Dia nak curi minyak guna kaedah pintas saluran paip. Jadi, dia upah satu team yang terdiri dari:-
  •  Pin Dol-yi, seorang drilling engineer juga sebagai kapten team
  • Jeob-sae, pengimpal
  • Chief Na, Underground mapper
  • Geun-sab, human excavator (penyodok besar)
  • seorang monitor kaunter

Ini untuk buat kerja bawah tanah. Korek terowong kemudian drill pipe tu salurkan le dalam tangki air kosong. Mereka tak dibenarkan meninggalkan tempat kerja selagi kerja belum selesai. Banyak cabaran yang dihadapi mereka dalam usaha nak drill paip minyak tu. Sehinggalah Chief Na mati dibunuh ''Money Man'', diorang dah takleh sabar lagi dah.

Last sekali tukar plan. Tak payah korek terowong, tapi gunakan bilik utiliti lama. Dan kerja mereka berjaya diselesaikan. Walaupun dah selesai, ada plot twist. Mereka tak penuhkan tangki air tu dengan minyak pun, Tapi diorang tukar paip, isi tangki tu dengan air. Masa si orang duit yang jahat tu letupkan tangki, tak jadi letupan besar pun sebab dalam tangki tu penuh air je. 

tak habis lagi kat situ.. Diorang satu team kena tangkap pulak dengan team Straw, iaitu orang suruhan Money Man. adeh.. macam macam hal. 

Tapi oklah ..untuk hiburan sambil lipat kain. Kalau takde hiburan, payah nak lipat kain ni. Bosan...hahaha






4 Comments

  1. Kita pun kalau nak habiskan tengok drama bersiri, kena lipat kain. Nak habiskan lipat kain, kena tengok daram bersiri. Kalau tak, semua cerita tergantung, kain baju lagilaaaa.. hahaha.

    ReplyDelete
  2. eh cop2 awat kita x pasan movie ni kat VIU??? hahaha ok nak kena tgk jgk ni

    ReplyDelete
  3. Kadang nak buat cara ni juga, tapi sidai kain tingkat atas tv bawah huhu..

    ReplyDelete
  4. byk movie yg belum ditonton ada dlm list tp nampaknya mcm x sempat la..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)