Cuti Peristiwa dan Klinik Gigi - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, October 17, 2022

Cuti Peristiwa dan Klinik Gigi

Rumah MY ni kerap betul burung salah landing.
Baru kelmarin burung punai buah jatuh, landing betul betul depan mata kucing.
Terus kami tangkap burungnya sebelum kena ngap dengan kucing.
Rehatkan sebentar dalam sangkar kucing,
Sebab mula mula macam tak boleh terbang semula.
Beberapa jam selepas berehat, 
macam dah segar sikit,
Adik Mijan pula pergi buka sangkarnya...
terus dia terbang.
singgah atas lampu kejap.
kemudian selamat meneruskan perjalanan.
Mama Yan tak suka bela burung, jadi kalau jumpa burung2 jatuh..
rehatkan kejap sampai sihat, 
kemudian lepaskan semula.
Bukan apa...takut kucing MY dapat,
memang arwah la burung tu


Malam semalam, lepas tengok bola,
nampak cikgu kelas anak share hari Ahad cuti peristiwa.
Adeh..jem kejap.
Minggu ni ada meeting.
Lepas tu, mak mentua MY dari hari Jumaat dah sampai rumah MY sebab hari Ahad ada temujanji di HSA.
Dah klinik pakar HSA tutup,
nak kena buat appointment baru semula la nanti


Dah tak jadi pergi temujanji untuk review result mammogram,
Kami bawa mak ke Klinik Pergigian Hayani Pekan Nanas.
Gigi mak dah banyak yang tinggal tunggul tajam.
Sebelum ni nak pergi cabut, tapi takut sakit.
Lagipun klinik gigi jauh dari rumah.
Malas nak susahkan anak anak kat sana.
Lepas tu,
ada sekali tu dia pergi klinik kerajaan,
"Yang pereksa giginya tu doktor cino, lanang, wes tuek."
"Ohh..kalau muda, hensem takpe juga mak ye..."
"tidaklah.. Tapi mak tak selesa"
jenuh MY tergelak... 
Ye MY faham perasaan tu.
Memang tak selesa.
Lepas selesai cabut gigi,
Terus hantar mak mentua MY balik Segamat.
Masa dalam kereta,
MY dan suami tanya tanya juga,
Tanya sakit tak? Nak makan ubat tahan sakit tak?
Mak kata tak sakit pun...
Yelah... biusnya masih ada... memanglah tak sakit.
Lagipun cabut biasa aje.
Tak perlukan pembedahan.
Nanti kalau yang ni dah lega...
Lepas tu datang lagi untuk temujanji HSA
Suami MY kata nak bawa mak lagi ke klinik gigi ni.
Nak cabut lagi sebelah.
Nanti boleh buat gigi palsu je terus.

Adik Mijan pun ikut sekali sebab nak buat tampalan padi gigi geraham susu dia. 
Masa anak dua,
Hari hari paksa anak gosok gigi.
Gigi anak yang nombor satu dan dua,
Cantik tersusun dan takde masalah berlubang masa kecik.
Start dari anak nombor 3,
Dah mula kelam kabut,
Habis gigi berlubang.

Alhamduliah... doktor giginya pandai ambil hati kanak kanak.
Boleh datang lagi untuk tampal lagi sebelah. 
Buat satu satu..
Doktor kata tak nak bagi budak budak trauma dengan klinik gigi.
Sekali datang, buat satu rawatan je.

Sampai kat kampung,
Kakak ipar MY dah siap masak ketupat segera, Rendang daging, sambal kacang dan kuah lodeh.
Sempena apa JDT menang agaknya...hahaha..
Adik ipar takleh harap ni tinggal nak makan dan bungkus bawa balik aje la...

Sempat juga la suami menebang beberapa tandan pisang untuk dibawa pulang ke kampung.

Alhamdulillah atas segala nikmat rezeki yang Allah kurniakan.





 

12 comments:

  1. Alhamdulillah, mak mertua MY tak nak buat gigi pelesu ke? Kalau mak akak, dia tak nak, pun dah susah nak mengunyah tu, sebab giginya tak ada pasangan dah.

    ReplyDelete
  2. wahh byknye pisang leh goreng2an tuu., ;p

    ReplyDelete
  3. boleh... tapi ni banyak pisang berangan aje. tak de benih pisang kapok

    ReplyDelete
  4. VM dari dulu takut nak cabut gigi atau apa apa yg berkaitan gigi..
    neves je rasa.. hahaha

    ReplyDelete
  5. Seronok memang seronok dapat cuti tapi itulah yang ada urusan di hospital kesian la kene tukar tarikh appoinment lain kan. Mujurla cepat MY tangkap burung tu kalau tidak habislah di kerjakan dek kucing kat situ kan. Rumah dana ni kucing tak pernah jumpa burung kalau jumpa memang arwahla , jumpa cicak dengan lipas pun lunyai jadinya.

    ReplyDelete
  6. Rajin betul burung datang menyinggah. Mujur tak jadi habuan si kucing. Susah jugak kan kalau cuti tu ada appointment. Tak pasal tukar tarikh lain. Bukan dekat Segamat ke HSI tu sebab dah biasa hantar abah ke HSA n HSI dari Segamat.

    ReplyDelete
  7. Rezeki terpijak tu dapat ketupat rendang hehe ...
    Moga mak mertua MY sihat-sihat selalu 🤲

    ReplyDelete
  8. Tahniah! buat pasukan sukma Johor hebat uols!

    ReplyDelete
  9. Bagus doktoy tang pandai tacle budak-budak... skillfull!

    ReplyDelete
  10. Tahniahhhh JDT 😍 Uishhh.. cite tang burung tu..agak sadisss 🥺 Moga selamatt 😅

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.. Temujanji tak dapat diteruskan tapi dapat buat rawatan gigi..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad