Young Actor Retreat - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, October 18, 2022

Young Actor Retreat

Sebelum ni MY tak berapa minat menonton rancangan realiti tv dan gameshow ni. 
Tak kisah la dari Malaysia ke...dari Indonesia ke...Korea ke...
 tapi kali ni, saja saja la tengok sebab 6 episod aje.

Young Actor Retreat ni kisah percutian 3 pelakon utama 3 buah drama iaitu Itaewon Class, Sound of Magic dan Love in the Moonlight. 

Team Itaewon Class:
❤ Park Seo-joon (1988)
❤ Ahn Bo-hyun (1988)
❤ Kwon Nara (1991)
❤ Ryu Kyung-soo (1992)
❤ Lee Joo-young (1992)




Team Sound of Magic:
❤ Ji Chang-wook (1987)
❤ Choi Sung-eun (1996)
❤ Hwang In-youp (1991)
❤ Ji Hye-won (1998)
❤ Kim Bo-yoon (2001)

Team 'Love in the Moonlight'
❤ Park Bo-gum (1993)
❤ Kim Yoo-jung (1999)
❤ Jung Jin-young (1991)
❤ Kwak Dong-yeon (1997)
❤ Chae Soo-bin (1994)

Percutian mereka tak lama pun, cuma 3 hari dua malam sahaja. 
Hari pertama Ji Chang-wook, Park Seo-joon dan Kim Yoo-Jung menjadi kapten kepada kumpulan masing masing mengikut drama lakonan mereka. 
Tugasan pertama kapten adalah untuk mencari ahli ahli kumpulan mereka berdasarkan lokasi drama lakonan mereka. 



Kemudiannya, mereka dipecahkan kepada 3 kumpulan tak ikut drama. 
Dah campur campur dan ada nama group sendiri. 
Kumpulan yang happening kumpulan Kim Yoo-Jung sebab diorang agak sekepala.
Mula mula ada la game ringan yang macam kuiz berkisar pada industri seni diorang. 
Game yang tu untuk tentukan dinner diorang dapat makan apa.

Antara yang menarik masa pengembaraan ke sekolah terbengkalai tu. 
MY tergelak sebab Ji Chang-wook masuk rumah hantu tu langsung takde perasaan. 
Tak terkejut dan tak takut pun. Kontrol macho la kot. 
Dia paling tua kat rancangan tu. 
Lepas dah dah dapat semua clue untuk buka kunci, 
dia tak dapat pun buka kunci tu sebab rabun dekat dalam gelap, 
tak nampak langsung nombor pada mangga kunci tu. 
Nampak sangat dah nak masuk level ahjussi...hahaha
Team yang kalah dalam slot rumah hantu kena buat sarapan pagi untuk semua.
Buat sarapan pun kelam kabut.

Next day diorang dibahagikan pada 2 kumpulan, sebahagian pergi main flying fox dan sebahagian lagi lepak lepak je dekat kem penginapan diorang tu sambil minum teh dan main game board. 
tempat berkumpul di kem penginapan diorang tu sebenarnya adalah sebuah hanok.
hanok tu nama lain bagi rumah tradisional Korea rupanya.
Petang tu sambung lagi dengan permainan air. 
Kalau MY lena humban dalam air gitu, menggelupur dah. 
Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti mereka sepanjang masa percutian mereka tu. Tapi tak la MY nak ulas satu persatu. 

Okayla untuk buat hiburan... sebab benda ni takde jalan cerita, tu yang suami MY pelik. Rancangan macam ni pun ada orang nak tonton ke.
Bukan ada jalan cerita pun. hahaha...
hiburan tak perlukan jalan cerita.
aksi comel peserta dah cukup menghiburkan dah..hahaha



Tajuk : Young Actor Retreat / Youth MT
Genre : RealitY TV Show/ Travel
Perancang : Kim Soeng-yoon
Penulis : Ji Hyun-sook
Pengarah : Jeong Jong-chan
Bahasa : Korea
Jumlah Episod : 6
Terbitan : Key East, Studio Flow
Edaran : TVING

9 comments:

  1. Hahaja tengok gak ni... Suka tgk perangai sorang2 secara spontan..

    ReplyDelete
  2. Memang ada yang pernah share kata best, tapi dana tak pernah tengok dari episod pertama jadi mcm tak berapa paham... itu tak layan tu... sedangkan drama iteowon class tu mmg tengok n best,

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok sound of magic je. itaewon class dgn love in the moonlight tgk tak habis

      Delete
  3. Iskkk Iskkkk hero kesukaan ibu ni.. Huhuhu!

    ReplyDelete
  4. Tak pernah tengok lagi yang ni. Tapi suka Park Seo Joon. Youn's Kitchen pun best jugak. Dia uruskan Resto dengan pelakon lain.

    ReplyDelete
  5. Mengekek Shatengok perangai masing-masing.. Tambah masa dekat sekolah berhantu tu.. Memang best layan diorang ini..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad