Mengidam apa - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, October 21, 2022

Mengidam apa


Kalau nak bagi nama anak ikut makanan yang kita idamkan masa mengandungkan dia..
Entah apa lah nama anak anak kita kan..
hahaha

Anak nombor satu namanya Laksa.
Masa MY tengah mabuk mengandung,  masa tu bulan puasa. 
Memang banyak orang jual laksa di bazar Ramadan. Takde masalah.
Pilih je nak Laksa apa...

Anak nombor dua pula namanya Kopi O ais.
Hah...hari hari bedal kopi O ais..
Kulitnya memang warna kopi o...

Anak nombor tiga pula kita namakan sebagai Rambutan.
tak lalu nak makan nasi..
minta suami belikan rambutan.
2 kilo MY bedal sorang sorang..
Lepas tu check gula,
Kemain melambung tingginya...
Ambik!!

Anak kembar nombor 4 &5,
Tak sempat nak layan mabuk dan mengidam.
Masa tu MY masih menyusukan yang nombor 3,
melepek aje kat rumah takdan nak fikir apa apa...

anak nombor 6 kita panggil dia Sukun.
tapi sampai bersalin,
Tak jumpa jumpa sukunnya.
Masa jumpa sukun,
Kita dah selamat bersalin.
Sebab yang kecik ni lahir tak cukup bulan.

Masa nak bersalin yang nombor enam ni la MY request untuk buat prosedur BTL terus.
Dengan keadaan kesihatan MY,
Doktor menyokong penuh keputusan MY dan suami,
Dah taknak lah masuk wad keluar wad bersalin lagi dah.
Kesian anak anak yang lain tu.
Cukuplah 6 orang ni.
Tinggal nak besarkan pula.
besarkan anak bukannya mudah zaman sekarang ni.
Semua aspek perlu diberi perhatian.
Semua benda perlukan pemantauan ibu bapa.

Mujurla air liur adik Mijan tak mengences aje sebab mamanya tak dapat makan sukun masa mengandungkan dia...
Alhamdulillah..
kalau dapat makan apa yang diidam semasa mengandung..
Rezeki Allah bagi..
Kalau tak dapat pun tak je...
Yang penting waktu mengandung dan proses bersalin berjalan lancar..
Itu dah cukup untuk buat kita bersyukur..



10 comments:

  1. Macam macam nama kalau ikut mengidam. Kenan terus. Lain anak lain mengidamnya :)

    ReplyDelete
  2. Ngandung anak sulung saya ngidam nak makan pisang nangka yang ditanam sebelah rumah MIL. Bila pisang dah tua, biras tebang dan ambil semua pisangnya. MIL usap perut kita sambil kata: Anak dalam perut ni tak dapat nak makan pisang nangka...hihiii.
    Ngandung anak kedua, alahan setengah hidup. Hanya boleh telan buah tembikai siang dan malam selama 2 bulan. Anak tu kami namakan anak tembikai.

    ReplyDelete
  3. haha kak ana masa mengandung dulu tak ada lah mengidam pelik-pelik sangat seingat kak ana cuma nak makan buah limau bali, jenuh pula nama anak limau bali ye :)

    ReplyDelete
  4. Mungkin Manis. Sebab asyik nak makan benda manis-manis, tapi tak boleh makan sebab GDM. haha

    ReplyDelete
  5. Kalau tak mengidam, tak ada namalah anak kita nanti 😆

    ReplyDelete
  6. haha..macam2 mengidam masa pregnant..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah 6 cahayamata. Mesti meriah🥰
    mcm2 cabaran nk besarkan anak. Dulu ciknur xda mengidam.dan x ikut pun. Nk.mkn kalau benda tu mudah dpt ok. Kalau x abaikan je.
    yg sulong alahan terukk xleh mkn Nasi langsung, msk trimester kedua asyik mkn roti canai.

    ReplyDelete
  8. Wak dulu kecik2 kuat ngences
    Entah emak wak mengidam apantah tak dapat

    ReplyDelete
  9. yg Sukun tu, comel! :) ha ha ha ha...
    aida plak, mengidam time anak sulung je, MY.
    yg kedua & ketiga tak ngidam pape. belasah je makan semua ha ha ha ha...

    anak sulung ngidam cendol. masa tu lagi 2-3 minggu nak bersalin.
    MY imagine la, satu melaka carik takde!!! pasar malam, pasar pagi, gerai tepi jalan. Allahu, masa tu memang sedih sgt :(
    hingga bersalin la tak dpt.
    sebab tu kak Nurin tu basah je dagu dia. meleleh aje air liur dia tau :) alahai sian.
    Nurin Cendol ha ha ha...

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad