If You Wish Upon Me - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, October 14, 2022

If You Wish Upon Me



Tajuk Drama: If You Wih Upon Me

pengarah : Kim Yong-wan

Penulis : Jo Ryeong-soo

Jumlah Episod : 16

Edaran : KBS2

Saluran Malaysia : Viu

Pelakon :

Ji Chang-wook sebagai Yoon Gyeo-rye

Sung Dong-il sebagai Kang Tae-sik

Soo Young sebagai Seo Yeon-joo

Won Ji-an sebagai Ha joon-kyung 





Mengisahkan Yoon Gye Rye ( Ji Chang wook) seorang yang dibesarkan di rumah anak yatim dan bekas banduan yang kemudiannya diperintahkan untuk menjalani khidmat masyarakat di sebuah hospital hospis. Di situ dia menjadi sukarelawan bersama beberapa orang sukarelawan lain menjalankan misi menunaikan impian terakhir pesakit. Mereka menamakan team mereka Genie team.
Setiap episod ada la episod episod mereka menunaikan hajat akhir pesakit pesakit. Ada la part part sedihnya. Mama Yan tak tengok time suami dan anak anak ada. Tengok sorang sorang la time diorang takde. Barula boleh feeling part yang sedih sedih.

Semasa menjalankan kerja sukarela di sana, Yoon Gyeo-rye jatuh cinta kepada seorang jururawat yang juga ahli kumpulan Genie. Tapi, secara tiba tiba, adik angkat Gyeo-rye muncul di hospis tu dan mengaku dirinya adalah teman wanita kepada Gyeo-rye. Sebenarnya, Gyeo-rye tak pernah pun anggap Ha Joon-kyung tu sebagai girlfriend dia. Tapi sejak kecil. mereka sangat rapat kerana dibesarkan di rumah anak yatm yang sama.





Ketua bagi team Genie ini ialah Kang Tae-shik. Sebenarnya, Encik Kang ni kenal parent Yoon Gyeo rye ni. Masa Encik Kang muda muda dulu, dia pernah suruh Gyeo rye ni lari dari bapak dia yang mendera dia. Dalam cerita ni, Ji Chang wook jadi lembik je. Asyik kena belasah aje. Tak hero langsung.

Dah nak last last episod,
barulah ada konflik antara Gyeo-rye, Tae-shik dan bapa Gyeo-rye.
Ceritanya,
Biasa biasa ajelah.
Taklah best sangat sangat..
Tapi setiap episod mengingatkan kita kepada keperluan menghargai kehadiran setiap orang di sekeliling kita.
Berbuat baiklah kepada sesama kita.
Sebagai muslim...
setiap jodoh, pertemuan, sihat, sakit, hidup dan mati..
Allah yang menentukan.
Sakit dan tua bukanlah syarat utama kematian.

Kebelakangan ni,
cerita lakonan Ji Chang wook agak kurang boom.
Populariti Chang wook dan Choi Soo-young pun tak mampu membawa naik drama ni bila drama ni memang tak best...hahaha






 

6 comments:

  1. mcm best je..suka cita sedih2 ni... nanti leh layan.. tq tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita ni sedih, MY tak suka sangat. suka komedi romantik

      Delete
  2. ada ternampak iklan drama ni tapi sebab tak tengok dari awal jadi mls nak ikut, tapi dekat disney hotstar ada jugak psl drama ni kalau nk ikut dr awal cuma tu lah, takut tak best je hehehe. Tapi lepas MY kongsi ni macam menarik je

    ReplyDelete
    Replies
    1. ceritanya menarik, tak tak best sangat sebab banyak sedih sedih

      Delete
  3. Ada pelakon best, boleh tengok! Sekarang misi nak habiskan drama extraordinary attorney woo.

    ReplyDelete
  4. Ugh!! Tak best ke.. baru cadang nak tengok.. hehehe..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad