Lesen motosikal - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, October 21, 2022

Lesen motosikal

 

Ini adalah pemaandangan di luar sekolah menengah dekat kawasan MY ni.
Masa MY jemput anak anak balik sekolah,
Ramai anak anak sesi petang datang park motor mereka,
Murid sesi petang ni murid tingkatan 1, 2 dan 3 ye.
 Dengan ada yang tak pakai topi keledarnya,
Dah tentu rumah mereka tidak berapa jauh dari sekolah

Sebagai ibu bapa yang kolot macam MY,
Tingkatan menengah rendah bukan usia yang sesuai untuk menunggang motor.
Lebih lebih lagi,
Usia tersebut belum layak untuk mendapatkan lesen motosikal.
Anak MY selalu bercerita,
Kawan kawan dia dah ada yang bawa motor,
Ada yang jatuh motor,
Kawan dia ada juga yang bertanya,
Basikal ko ni dah sama harga dengan sebiji motor, apasal tak beli motor je terus?
Jadi memang makin berkobar kobar lah perasaan teringin menunggang motor tu.

Ayahnya pula,
Bercerita sudah diizinkan menunggang motor seawal usia 12 tahun.
Masyarakat di kampung berbeza dengan di bandar.
Lebih lebih lagi,
Ketika itu,
Ke mana mana sahaja memang motosikal sahajalah kenderaan utamanya.

MY tetap dengan keputusan MY untuk tidak membenarkan anak MY menunggang motosikal selagj belum memiliki lesen yang sah.
Puas juga bercerita mengapa dan kenapa tidak boleh.

MY sendiri, 
Memiliki lesen motosikal sekitar usia 20 tahun,
Tetapi abah MY tetap tidak membenarkan MY menunggang motosikal walaupun sudah memiliki lesen menunggang  motosikal yang sah.
Setiap kali cuti dan pulang ke kampung,
Kerap sungguh diingatkan untuk tidak meminjam motosikal sesiapa atau membeli motosikal.
Tapi.. haruslah bersikap degil untuk survive sendirian di kampus.
Lepas berkahwin,
MY dah tak dengar lagi amaran tersebut.
Dan MY aman aman saja menunggang motosikal semasa tempoh praktikal.

Terlalu banyak kes kemalangan maut yang melibatkan pelajar sekolah yang menunggang motosikal.
Malahan, MY sendiri dah beberapa kali melihat sendiri  kemalangan yang melibatkan pelajar sekolah yang menunggang motosikal ni. 
Jadi, memang agak traumalah nak membenarkan anak sendiri menunggang motosikal pada usia yang masih sangat mentah.

MY selalu cakap pada anak anak,
"Apabila tiba masa dan umur yang sesuai, buatlah lesen apa nak buat.
Bawalah apa benda kenderaan nak bawa.
Nak buat lesen kapal terbang, kapal laut, kapal perang.. buatlah... mama tak larang. Galakkan lagi ada".

Apapun..
Semoga anak anak kita terhindar dari segala kecelakaan dan kemalangan walau di mana jua berada.

 

4 comments:

  1. Seram sebenarnya tengok anak-anak yang tak berlesen membawa motor.. Tambah kalau dikawasan yang sibuk.. Biarlah pada usia yang sesuai diberikan kebenaran memandu motor dan seeloknya biarlah ada lesen..

    ReplyDelete
  2. Kadang badan kecik dari motor, tunggang bukan main laju. Terfikir, mak ayah tak larang atau memang anak yang degil.

    ReplyDelete
  3. Risau kalau tengok budak budak sekolah tak pakai helmet bawa motor laju. Lagi lagi tak ada lesen tu. Bawa main ikut suka je. Eloklah dah ada lesen dah tahu undang² jalan raya lebih berhemah menunganng motor. Tapi kadang ada yang terpaksa rela mungkin mak ayah tak dapat nak hantar.

    ReplyDelete
  4. Bahaya.. saya pun seriau... kita yg takut nak dekat ngn dorang tau... Saya ada lesen lepas habis PLKN dulu.. memang bapak suh amek ngn kete sekaligus... kuroh sikit katanya tapi motor xde pun kat rumah ni... hahaa.. Amek lesen siap fail sekali... pastu kena amek balik.. hahahaahaha.. Alhamdulillah lepas dah zaman tu

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad