Watsons Pure Water Spray - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, October 15, 2022

Watsons Pure Water Spray

terpesona dengan perkongsian kawan tentang face mist,
Sekarang MY pun beli face mist juga.
Orang perempuan memang suka membazir...hahaha
padahal boleh je ambil wudhu untuk segarkan muka.
Zaman sekolah dulu, 
sebelum cikgu next subjek masuk kelas,
laju laju pergi toilet,
betulkan tudung,
dap dap muka dengan air sikit untuk segarkan muka.
Sekarang.. main spray spray pula.

Watson Pure Water Spray ni dah diuji oleh dermatologist.
Jadi ia selamat digunakan.
Face mist ni sangat sesuai digunakan oleh orang yang berkulit kering.
Tapi MY kulit kombinasi.
Sangat berminyak di zon T iaitu sekitar dagu, hidung dan dahi,
Tetapi kering di bahagian pipi.

Mama Yan banyak menghabiskan masa dalam kereta menunggu anak anak keluar kelas.
jadi, memang wajiblah MY menggunakan face mist kat muka.
Kulit terasa kering pada bahagian pipi dan sangat berminyak pada dahi dan hidung.
Bila berada dalam kenderaan dengan penghawa dingin yang terpasang,
Kulit muka MY makin aktif menghasilkan minyak.
Sebab tu lah MY semburkan face mist ni untuk mengekalkan lembapan pada kulit.

Face mist juga sesuai digunakan sebelum dan selepas solekan untuk mengelakkan solekan menjadi bercapuk dan merekah. Tapi MY jarang jaranglah mekap dan tak pernah pun mekap tebal sampai mekap boleh crack.
Mekap tik tok kan ada..apa susah?

Cuma MY suka bila kulit yang lebih lembab dan sihat memberikan kesan yang lebih glowy dan tampak segar walaupun tanpa mekap tebal.


boleh dapatkan di Watsons ya...sebab memang product watsons pun.
Kalau nak cuba jenama lain pun,
kat Watson ada banyak jenis.
Yang ni MY beli RM24 untuk 2 botol.




 

4 comments:

  1. Kita pun suka pakai face mist. Semprot aje kat muka...segeerrr!

    ReplyDelete
  2. Boleh juga cari ni..
    Kadang tengah buat kerja pejabat tu dia punya mengantuk tak boleh bawa bincang..
    Elok juga kalau ada spray mist macam ni..
    Salam perkenalan dari Ibu Aqil..
    Ibu Aqil singgah sini dan follow.. Xoxo

    ReplyDelete
  3. eh macam best pulak. Ini yang buat rasa nak beli jugak ni. Masuk Watsons benda yang tak perlu pun kadang terbeli jugak. itulah perempuan kan. hehe...

    ReplyDelete
  4. Berbaloi sangat harga dia tu.. Menarik gak spray ini..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad