Makan malam di Qasar Balqis Taman Melati - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, December 22, 2022

Makan malam di Qasar Balqis Taman Melati

Hari Jumaat lepas,
MY dan suami balik kampung MY kat Raub.
kami balik berdua duaan aje.
Anak anak semua kat rumah atok segamat,
Taknak ikut balik Raub.
Okay...
asalkan korang bahagia.
MY pun malas nak pening pening kepala.
Mana yang mudah aje.

Sebab gerak dari Johor pun dah petang,
Sampai KL dah malam.
Berhenti makan malam dulu kat KL.
Kereta dan pemandunya nak kena rehat.


20221217_193144
Chicken Khabsa macam nasi beriani lauk ayam aje rasa dia.
Kami ambil sepinggan nasi je. 
kongsi la berdua.
Nasi sepinggan kongsi berdua,
Tapi kambing grill tu MY punya,
sorang, takleh kongsi.
hihihi...


20221217_193223
dia ada bagi kuah macam kari kentang dan sos harrah tu.
Okaylah juga nasi dia..
Taklah sedap sangat sebab rasanya sedap yang kat Restoran wadihana elarabi JB lagi.
Rasanya tak terlalu kearab araban sangat.
eh betul ke ayat tu,
Tak terlalu berempahlah nasinya.
Mungkin dia dah sesuaikan dengan citarasa Malaysia agaknya.

20221217_193750
Ini namanya Malawah.
Roti tradisional negara Yaman.

20221217_193800
Makan panas panas sedap.
Bila dah sejuk... liat.

20221217_194930
Ini Grilled Lamb Cube.
potongan daging kambing yang dibakar dan dihidangkan bersama sos putih, wrapped, kentang, dan salad sikit.
Kiranya kalau nak bungkus dalam wrapped tu boleh la kot...

20221217_194934
Hangus sikit daging kambingnya,
Adalah rasa pahit pahit sikit dan dagingnya agak kering.
Tak juicy langsung.
Hihihi..
Tapi masa suami tanya sedap ke?
Sedapppp.... 
Jangan banyak komplen,
Makan je..
Suami Mama Yan yang penat drive.
Kita kat sebelah duduk makan tidur je..
nak komplen apa lagi kannn

20221217_200622
Kami duduk meja luar,
Sebab dah seharian duduk dalam aircond kereta.
Dah tak larat duduk dalam aircond lagi,
Tambah pula, 
batuk dan selesema Mama Yan menjadi jadi semula.
Duduk dalam nanti orang tak selesa pula.
Kami pilih meja hujung sekali.

20221221_203821

Muka MY dengan roti malawah atas tu dah dekat sama besar dah...hahaha
Lupa pulak nak ambil air,
suami MY order turkish Coffee...
Tapi takleh nak minum, Pekat sangat.
Mintak air kosong je sudahnya..hahaha...
Tak boleh melancong ke Turki lah ye kita..
Minum kopi pun tak reti...


Alamat : 
Restoran Qasar Balqis,
No 1, Jalan Melati Utama 4,
Taman Melati,
53100 Kuala Lumpur
+6 03 4161 8962



 

14 comments:

  1. 20190206_190428%5B1%5D

    nampak sedap..ye betul kadang ikut selera masing-masing. kalau ida pun bedal je..hahaha

    ReplyDelete
  2. Untitled%252520design%252520%25283%2529

    Betul, untuk tak memeningkan kepala kita adalah penting!

    ReplyDelete
  3. IMG20221116111244

    roti malawah tu cicah dengan apa? ke... makan mcm tu je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Snapshot_20240233_190200

      dia kata makan dengan daging tu. sebab dia 1 set dengan lamb grilled tu

      Delete
  4. logobaru

    Kalau sy yg jd co-pilot mmg x sampai hati tidur... tahan je mata nk tidur... hehehe... tp yg kambing tu mmg nmpk ada haus sikit... sygnya... kalau sedang je masaknya mst sedap tu

    ReplyDelete
  5. 9D48ADE9-A204-4AFF-AFF6-C810595F3740
  6. 20190927_082126

    hahahah apa lah MY samakan muka ngn roti tu hahahha,... mana sama nya

    ReplyDelete
  7. IMG_20250331_091950
  8. blogger_logo_round_35

    Tak jauh mana pun dari rumah PH Restoran ni MY. Tapi, PH tak pernah makan di sini hehe...

    ReplyDelete
  9. blogger_logo_round_35

    Tak jauh mana pun dari rumah PH Restoran ni MY. Tapi, PH tak pernah makan di sini hehe...

    ReplyDelete
  10. blank

    tak jauh dah dari umah.. tp x pernah terasa nak try lagi.. hahhaha

    ReplyDelete
  11. sunah-in-busan-korea
  12. 39846816_10216632032133830_6333715445945729024_o

    Roti tu je tak berkesempatan nak rasa.. Nak order risau tak termakan.. hehehe..
    Kambing grill tu nampak ohsem..

    ReplyDelete
  13. a

    sodap nyer nampak.
    byk entri makan ni kat blog mamaYan :)
    aida dah le 1st day IF. kul 10 karang baru boleh makan hu hu hu hu...
    menduga iman.

    balik ke raub berdua, indahnya.
    dating la kiranya tu ek.
    ari tu ke CH, aida lalu raub. ikut jalan lama. indahnya pemandangan sepanjang jalan.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad