Sambutan Hari Kanak Kanak dan Hari Lahir Perdana - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, December 9, 2022

Sambutan Hari Kanak Kanak dan Hari Lahir Perdana

Sekolah anak yang nombor 3, 4 dan 5 buat majlis sambutan Hari Kanak-Kanak dan Sambutan Hari Lahir Perdana di sekolah.
Banyak aktiviti mereka sepanjang minggu persekolahan terakhir tahun 2022 ni.


Ni gambar yang cikgu Aril kirim dalam group whatsapp kelas.
Sebelum majlis,
Cikgu buat collection RM15 seorang untuk jamuan.
So tak payah buat potluck.
Cikgu uruskan.

Cikgu bawakan kek dan belikan Marrybrown.
Mulanya nak belikan KFC. 
Tapi KFC taknak ambil order awal pagi. 
Marrybrown je yang boleh hantar seawal jam 9.30 pagi.
Tapi MY bawakan juga nasi goreng cina siap dalam bekas.
Ada juga bekalkan plastik merah,
Kalau diorang taknak makan kat kelas,
Boleh bawa balik aje.

Kelas Sarah, Mama Yan belikan twiggies aje.
Senang diorang nak bawa balik.
Sebab kelas Sarah dah penuh list makanannya.
Kelas Ucid sikit aje yang listkan nak bawa makanan.
Jadi MY bawakan nasi goreng ke kelas Ucid dan Aril aje.

Lepas ni anak anak akan bercuti selama tiga minggu.
Sekolah akan disambung semula pada 1 Januari 2023,
Tapi masih dalam darjah yang sama ye.
Lepas cuti ni ada pentaksiran berasaskan sekolah. (PBS)


Darjah baru bermula pada 13 Mac 2023.
Tapi, pembelian buku untuk sesi 2023 hadapan akan dijalankan pada hujung bulan ini.
Ini untuk mengelakkan pertembungan perbelanjaan persekolahan dan
Hari Raya Puasa.


Ini gambar sebelum ke sekolah Hari Khamis lepas.
Abang & Moq ada sambutan Maulidur Rasul.
Siap kena berarak.
Dua team berbeza. 
Abang team baju Melayu.
Adik -adik team baju kasual.

 

9 comments:

  1. Selamat bercuti utk anak2 MY. Seronok bila cuti sekolah dah mula hehe ..

    ReplyDelete
  2. Bagus buat collection macam ni. Tak perlu dah fikir nak masak atau beli apa.

    ReplyDelete
  3. Sekolah kat sana byk yg sambut hari kanak2 ye tgk di fb pn sama.. seronok tgk mcm2 tema.. kat sini xde pulak sambutan hari kanak2

    ReplyDelete
  4. ok sikit anak2 bercuti, tak rushing sangat pepagi tu. tapi ibu bersedia lah jadi singa. hehehee

    ReplyDelete
  5. Selamat bercuti sekolah anak2 semua. Aqil pun excited cuti sekolah tapi ibu dah siap pesan kerja sekolah tu jangan tak buat pulak kalau buat last minit memang naik hantu lah ibu jawabnya.

    ReplyDelete
  6. bestnya diorang tengah cuti sekolah sekarang.

    ReplyDelete
  7. awal ye marrybrown bukak sebab boleh nak ambil order awal pagi, bagus2 kan.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. Mudah macam ini.. Tak payah nak fikir bawa apa..

    ReplyDelete
  9. Happy nya murid2, dpt mkn bersama2. Cuti thn dpn pun dpt extra 1 minggu kan hihihi...

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad