Kelmarin

Kemarin engkau masih ada di sini
Bersamaku menikmati rasa ini
Berharap semua takkan pernah berakhir
Bersamamu
Bersamamu
Kemarin dunia terlihat sangat indah
Dan denganmu merasakan ini semua
Melewati hitam-putih hidup ini
Bersamamu
Bersamamu

MY memesan nasi lemak telur untuk sarapan pagi. Tekak Melayu kan. 
Walaupun doktor dah nasihatkan untuk kurangkan berat badan, tapi pagi pagi, nak juga sarapan berat berat. Susah betul nak kawal tekak ni.

Suami pula pesan lontong, terkial kial, terkuis kuis. 
MY cedok sikit masuk mulut.
" Haa.. habiskanlah. Ora enak". Tahu dah... tekak dia tak nak la tu. 
Tu yang makannya terkuis kuis kiri kanan kiri kanan nasi impit lontong tu dalam pinggan.  
Bini dia tak lapar pun boleh habiskan.

Pagi lagi dah minum ais. Tapi airnya.. mak datuk aihh... murah hati betul dengan gula. Manis leting. MY minum bahagian atas yang dah cair air batu tu pun masih terasa manisnya. 
Pastu tak habis la... kat kedai ni kadang kadang,
bila kita pesan kurang manis, pahit kelat terus dia bagi. 
Kalau tak pesan apa apa, macam hidang madu tualang pula. 
Ke nak pesan jangan letak gula langsung, lepas tu bawa stevia sendiri. 
Air sampai kita titiskan aje setitik dua stevia?

Lepas sarapan, MY naik pejabat kejap. Ada beberapa dokumen nak kena sign dan fail kan beberapa dokumen juga. Tu lah... buat kerja kat rumah, dokumen kat pejabat. Seminggu sekali lah naik pejabat uruskan. Kadang kadang kalau tak sempat, minta suami kirim aje kat staf. Tapi kesian juga kat staf, dia buat kerja sorang sorang. InsyaAllah, minggu depan masuk lagi sorang.
Payah sangat cari kerani, ambil je lagi sorang engineer. Bahagi dua lah kerja yang ada tu ye...

Lepas keluar dari pejabat, singgah pulak stokis barangan Sahajidah Hai O Marketing.
Dah lama tak datang sini.
Selalu beli online je. 
Hari ni dah terlanjur datang Skudai,
Singgah la membeli.

Belian pun sikit aje. 
Beli eziclean floor cleaner 2 botol, herba maharani 2 kotak, kopi min kaffe 2 kotak dan bio seleza sekotak.
Cukuplah untuk keperluan sendiri aje.
Bukan untuk dijual, tapi untuk guna sendiri.
Malas la nak jual jual ni.

Keluar dari stokis Hai O..
Pergi Jusco Taman U pula...
Beli barang sikit.
Lepas tu, tapau Mcd untuk anak anak.
Dan balik...
Selesai urusan untuk hari semalam.

Petang tu suami pergi main golf dan MY pula,
Tonton movie di Netflix.
Habis tapau drama drama Krismas.
Orang putih yang nak beraya,
Orang Melayu yang over tengok drama raye dorang.
Kalau drama raya melayu,
selalunya sedih sedih..

MY gorengkan nasi goreng cili kering untuk makan malam.
Sepinggan ni kongsi berdua pun tak habis.
Hmm... malam malam memang makan sikit, alas perut je.
Tak makan, lapar. 
Makan la sikit. 
Anak anak taknak nasi goreng.
Taknak sudah.
Pandai pandai la korang nak masak, nak makan mende..

Begitulah cuti hujung minggu kami berakhir.
Tahu tahu cuti dah habis dah...
Tunggu cuti sekolah panjang pulak ni.
Anak anak ajak tengok filem Mechamato.
Sediakan ajelah ongkosnya...hahaha


 

10 Comments

  1. Nasi lemaknya nampak kosong takde hirisan timun dan ikan bilis. Ke memang sengaja tak ambik? Saya pun tak suka klu pergi ke kedai order minuman dapat yg manis leting. Sebab tu sekarang ke mana-mana saya bawak botol air bila keluar.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya lontong.. lama x mkn lontong

    ReplyDelete
  3. Suspen Kak Sam baca intro Yan. Ingatkan ada org meninggal.
    Eh!. Sama plak la menu breakfast kita arini.. Kak Sam buat nasi lemak, timun lupa beli. So pix pun sebijik mcm Yan punya tu.

    ReplyDelete
  4. baca tajuk terbayang muka Zur Eda.... bukak post nampak lagu seventeen. Ahhhhh terasa tua sebab tau lagu orang lama2 ahaksss

    ReplyDelete
  5. Lontong johor.. i miss lontong johor air tangan ex roomate tu. Dah lama tak naik KL ni. Nak kena naik juga dah ni

    ReplyDelete
  6. Jarang lontong ora enak kan MY, tapi itulah camne lah kat johor pun jadi ora enak ye heheheh. Kalau kat sini mmg payah nk jumpa lontong yg enak, tp bila dah jumpa yg sedap mmg situ jelah dituju.

    ReplyDelete
  7. PH pun sehari dua ni dok layan Xmas movies kat Astro. Dah takde Netflix kan...layan je la citer2 lama pun hehe ... Tapi best belaka:D

    ReplyDelete
  8. tu la..susah nak kawal selera makan ni. doktor n misi dah nasihatkan jgn makan slps 7 pm. Tp kdg2 tu lapar sgt jd abe kie makan la sikit buat alas perut.

    ReplyDelete
  9. Adui.. permulaan entry MY lain macam.. nasib baik baca sampai habis.. Sebok seharian ni ye MY..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)