Cara buat invois perniagaan - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, March 9, 2024

Cara buat invois perniagaan

Haa… tajuk..
Sebenarnya bukan nak ajar cara buat invois pun,
Tapi nak bercerita sikit la.
Invois ni dia adalah dokumen perniagaan,
Ianya bersifat rasmi,
Kadangkala bersifat sulit,
Ia adalah dokumen yang membuktikan adanya urus niaga antara dua pihak.
Jadi, dalam invois ni,
Kenalah ada :
1. nama & alamat pihak yang menuntut bayaran
2. Nama dan alamat pihak yang perlu membuat bayaran
3. Tarikh invois
4. No rujukan invois
5. Butiran kerja, perkhidmatan atau barang yang dibekalkan
6. Harga yang dituntut
7. Terma & syarat pembayaran ( tarikh akhir bayaran, bayar kepada, kaedah bayaran)

Bila semua tu dah dipastikan ada,
Pastikan juga butiran yang dikemukakan ditulis dengan betul.
Janganlah main cincai sangat.
Kalau rasa ragu ragu,
Rujuk semula kepada dokumen terdahulu,
Rujuk surat tawaran kerja atau,
Rujuk indent atau,
Rujuk ‘work order’.

Semua dokumen ni,
Diperlukan oleh auditor.
Dokumen seperti ini juga, 
Akan digunakan di mahkamah sekiranya diperlukan dalam kes kes berkaitan.
Jadi, sangatlah penting untuk kita pastikan dokumen kita zero mistake.
Mama Yan sendiri pernah banyak lalai dan cuai membuat kesilapan ejaan dan nombor.
Sangat memalukan.
Walaupun dah check berkali kali,
Masih terdapat kesalahan ejaan salam dokumen rasmi. 
Dan ia memberi banyak kesan yang lain sebenarnya.

Ni saja MY nak share kisah kelmarin.
Sub-kontraktor ni buat salah ejaan nama syarikat.
Sepatutnya, Seri Wardati (M) Sdn Bhd,
Tapi dengan senang hatinya dia tulis Sri Wirdawati,
Okaylah bagitahu suami minta dia betulkan nama penuh syarikat dan tulis alamat, 




Kemudian bos dia bagi voice note ayat ayat macam kita sengaja lengah bayaran.
dia nak pergi umrah katanya,
Ehhh… kita cuma minta betulkan nama syarikat aje.
bukan nak lengah bayaran.
Geram pulak.



Dia pun hantar pembetulan invois,
Lahhh… pun salah juga.
Geramnya Mama Yan.
Boleh tak fokus bila melibatkan kata nama khas ni?
Salah kali pertama MY okay je, suruh betulkan aje elok elok,
Kali kedua salah juga,
Hmmm…apa susah sangat ke nama syarikat kami ni?
Sampai terbelit lidah ,terbeliak mata nak menyebut mengejanya..
Malas nak bising, bayar ajelah.
Tapi tetap suruh dia betulkan juga.

Geram sungguh sebenarnya,
tapi buat biasa ajelah.
Kalau staf MY la macam tu,
Memang MY cubit perut dia... hahaha
bersyukurlah bila ada orang yang tegur kesilapan kita.
Bukan cari salah orang yang tegur kesilapan kita semula.
wassalam.

5 comments:

  1. Penulisan yg bagus.. thanks sharing.. kdg2 perlu sgt nk buat invoice ini.. :D

    ReplyDelete
  2. Betul tu, MY. Tak patut salah utk kali kedua. Kalau sy, sy semak semula sebutir² huruf tu. Sy tak suka org cincai² buat kerja.

    ReplyDelete
  3. Betul ..butiran tu, kena make sure betul dan check semula . Kang nanti tersilap sedikit pun jadi masalah

    ReplyDelete
  4. sebab nak cepat lah tu, bila salah mula lah merungut macam-macam. bab urusan rasmi ni memang kena details kena betul ejaannya. sama lah juga dengan nombor akaun, tersilap satu nombor boleh melayang duit

    ReplyDelete
  5. Salah kali kedua tu, tak tahu nak kata apa. Tak fokus lah tu cerita dia. ish ish...

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad