Kadar Zakat Fitrah Malaysia 2024 - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, March 18, 2024

Kadar Zakat Fitrah Malaysia 2024




Dah ada yang mula bayar Zakat Fitrah ke?
Atau masih mencari cari kadar zakat fitrah?
Kat atas ni jadual kadar zakat fitrah Malaysia 2024.

Kenapa kadarnya lain lain di setiap negeri?
Ini adalah kerana bidang kuasa agama Islam dan syariah kat Malaysia ni diletakkan di bawah bidang kuasa negeri.
Walaupun begitu, 
Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan kadar zakat adalah mengikut kadar satu gantang Baghdad bersamaan dengan 2.7 kilogram.

Kenapa harga masih berbeza beza,
Kerana makanan ruji kita di Malaysia ni,
Walaupun sama beras, tapi harga lain lain.

Secara kasarnya,
Kumpulan beras dibahagikan kepada 3 kumpulan .
Yang pertama : 
Kumpulan beras special tempatan
Yang kedua :
Kumpulan beras super Import, beras perang, beras wangi, beras pulut, beras calrose, dan beras herba ponni
Yang ketiga pula :
Beras basmathi, beras jepun dan beras merah.


Zakat fitrah 2024

Kalau di negara jiran kita,
Mama Yan lihat, banyak jualan beras untuk zakat fitrah untuk pembayaran zakat fitrah menggunakan beras sepertimana dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri RA katanya yang bermaksud,
“Kami mengeluarkan zakat fitrah berupa segantang makanan atau segantang barli atau segantang kurma atau segantang keju atau segantang atau segantang kismis”
(Riwayat al Bukhari, hadis no 1506)
Di mana ketika itu, di sana makanan ruji mereka terdiri dari barli, kurma, keju dan serta kismis.

Yang selalu makan beras super special tempatan, 
kalau nak bayar ikut kadar orang yang makan beras wangi pun boleh juga,
Yang biasa makan beras wangi kalau nak bayar ikut kadar beras basmathi pun takde masalah,
Lagilah elok kan…
Menda bayar setahun sekali aje… ye dak?

Selalunya ketua keluarga lah yang pergi bayar duit fitrah ni kannn…
Dulu dulu di masjid atau pergi ke rumah amil zakat,
Sekarang amil zakat ada kaunter pembayaran zakat di shopping kompleks dan juga Kompleks pejabat,
Kita juga boleh bayar secara atas talian,
Kami pernah bayar guna e-payment MAIJ masa zaman PKP dulu,
Lepas tu,
Suami kata,
 Nak bayar kat masjid,
Boleh salam pak imam..
Repeat kenangan masa nikah dulu,
Nasib baik dia tak kata amik feel menikah lagi satu..
Hahaha




5 comments:

  1. Baru je tadi announce kat surau dah boleh bayar zakat fitrah bermula esok kat surau. Info yang baik ni senang nak refer.

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian , tahun ni bayaran zakat banyak juga harga yang berbeza-beza tu

    ReplyDelete
  3. Biasa bayar ikut jenis beras. Bayar kat Imam rasa lebih feel dengan akad. Hihi..jangan feel ke arah lain sudahlah.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad