Menu berbuka puasa hari kedua | Resepi kari daging - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, March 14, 2024

Menu berbuka puasa hari kedua | Resepi kari daging


 Menu berbuka puasa untuk hari kedua nasi putih + kari daging + ayam goreng + roti jala + air sirap + air anggur
Tapi gambar gambar semua ke laut.

 Masa buat roti jala,
Handphone tengah caj.
Lupa terus nak ambil gambar roti jala.

Masa masak kari, ambil video separuh jalan.
Sebabnya, suami lupa dia kena ambil anak sekolah agama.
Jadinya MY yang kena pergi jemput.
Terus lari mood nak ambil video masak kari.
Jadi kelam kabut.

Masa berbuka semalam,
Bercawan cawan masing masing minum air,
Panas sangat petang semalam.
Ucid dengan Sarah balik sekolah melepek atas lantai,
Diaorang kata lantai sejuk sikit.
Lagipun semalam kan masak lauk kari.
Memang suruh minum air banyak banyak.
Kari tu kan ada rempah,
Rempah tu pulak memanaskan badan.

Alhamdulillah,
Berselera anak anak makan roti jala cicah kari daging.
Roti jala ni salah satu dari menu yang kena ada dalam jadual buka puasa anak anak.
Hari ni diorang dah plan nak buka puasa Marrybrown pula…
Yamboi yamboi…
Main order je anak anak sekarang…


Resepi Kari Daging 

Bahan bahan:

1/4 kg daging - potong kecil
2 biji ubi kentang
2 biji bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
Rempah tumis - 1 kayu manis, 2 bunga lawang, 3 buah pelaga, 4 bunga cengkih
2 tangkai daun kari
3 sudu besar rempah kari daging 
2 sudu cili kisar
1 kotak santan kotak
2 cawan air
Garam

Cara memasak:

Panaskan minyak.
Masukkan rempah tumis, bahan kisar dan daun kari,
Tukis bawang sehingga wangi,
Masukkan cili kisar dan rempah kari
Kacau rata cepat cepat supaya remph dan cili tidak hangit,
Masukkan suku cawan air dan kacau lagi hingga pecah minyak.

Masukkan pula daging,
Masak sehingga daging empuk,
Tambah lagi suku cawan air untuk mudahkan daging empuk. 

Setelah daging empuk, masukkan kentang dan santan dan satu cawan air.
Biarkan santan dan kuah mendidih,
Tunggu hingga ubi kentang empuk.
Perasakan dengan garam dan penambah perisa jika suka

Sedia untuk dihidangkan

Sampai sini je video MY semalam,
Takde video masukkan santan dan ubi kentang semua tu.
Dah terkocoh kocoh dan kelam kabut nak kejarkan supaya siap sebelum jam 6 petang.
Tak sempat nak pegang handphone dah.
Entah bila nak pergi beli handphone holder ni.

Ada pun gambar kari sikit ni haa…
Tu pun terpaksa cropt sebab dah comotu comot tepinya..
Hahaha… jemput berbuka masa azan Maghrib nanti..
Sekian wassalam



7 comments:

  1. Pekat kuah karinya tu. Sedap roti jala cicah dengan kuah pekat ni. Banyak dugaan betul ye nak ambil gambar dengan video pun. hihi...
    Ye, agak panas juga cuaca semalam. Dulu berpuasa zaman kanak-kanak begitulah. Cari lantai sebab sejuk.

    ReplyDelete
  2. Nampak pekat elok kuah kari tu...saya suka kari yang pekat macam ni.Tapi tu la masak kadang jadi kadang takšŸ¤­

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap sangat kari tu MY, mmg kena sangatlah cicah dgn roti jala...
    Boleh gantung kuali hari ni ye :)

    ReplyDelete
  4. Memang melekat kuah ni kat roti jala. Rasanya kita pun kena masukkan menu ni dalam list Ramadhan tahun ni la, MY.

    ReplyDelete
  5. teror jugak MY masak roti jala, dana tak pernah buat lagi hahahh... tp mmg panas kan dapat minum air secawan besar dah rasa lega...

    ReplyDelete
  6. Pekat kuahnya. Cicah dengan roti bakar pun sedap ni

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad