Spaghetti goreng untuk jamuan sekolah - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, March 16, 2024

Spaghetti goreng untuk jamuan sekolah

Duduk dalam draft dari sebelum cuti sekolah bulan February,
Ni dah seminggu buka sekolah,
Baru terhegeh hegeh nak karang story,
Dah lupa dah nak tulis apa sebenarnya…
Hahaha.. tak senonoh kan blogger Mama Yan ni..

Masa sebelum cuti tu,
Kelas anak anak semua nak buat jamuan.
Ucid request nak bawa spageti goreng macam mi, 
Mamanya pun tak sibuk sangat, so…
Layannn…

Spaghetti goreng
Mama Yan beli 4 bungkus spageti,
Tapi guna 3 aje
Beli 3 tin sos spaghetti Prego Yang traditional punya


Sebab dia nak spaghetti goreng,
So MY memang goreng macam mi goreng la,
Blender kan bawang, bawang putih dan cili kering,
Kemudian tumis dulu bahan bahan kisar semua


Spaghetti goreng
Bila cili kisar dah masak elok,
Barulah MY masukkan segala lauk pauk dan perencahnya.
Letak isi ayam, fishball, fish cakes, sosej, carrots, capsicum dan letak sos prego.
Perasakan dengan garam dan gula,
Masukkan pula spaghetti nya,
Gaul sebati..
Dah siap.
Tapi proses gaul spageti ni memang bisa bikin otot dan urat keluar ya.. 

Spaghetti goreng
Masukkan dalam bekas kecil macam ni.
Dan boleh lah dibawa ke sekolah.

Tak dapat nak tulis resipinya sebab dah tak ingat,
Main agak agak aje letak bahan bahan nya semua.
Tulah…
Lama sangat biar gambar gmbar tu berhabuk dalam folder draft,
Sampai lupa dah nak tulis apa..hahaha

Mama Yan kalau bawakan makanan untuk jamuan anak anak memang sukan siap letak dalam bungkusan individu.
Sebab makanan dah sedia banyak,
Kalau tak habis,
Senang nak bawa balik.

Masa abang dengam Moq aje yang sekolah,
Mama Yan pernah tebar roti jala, 
Gigih tau menjala pagi pagi,
Maklumlah,
Anak yang sekolah baru dua orang,
Nak bawa apa pun mak layan.

Lepas tu, masa diorang tuisyen,
Moq sibuk nak bawa karipap,
Lepas tu dia kata karipap diorang tak laku pun,
Cikgu bungkus suruh pelajar bawa balik je…
Mana nak laku,
Tempat tuisyen diorang dulu, 
ramai anak orang ada ada super duper T20,
Bawa KFC, Pizza pelbagai jenis, chicken chop bagai..
Budak budak memang la suka kannn…
Yang masih cari karipap ni,
Pakcik makcik bawang aje… hahaha
 
Tapi dia okay je,
Tak la nangis sedih ke apa ke,
Sebab dia pun sama naik je makan makaman orang muda,
Cuna anak anak MY memang suka makan karipap,
Sebab tu dia nak bawa karipap,
Dia ingat anak orang lain pun suka makan karipap macam dia kut… hahahaha
MY pun selalu buatkan karipap frozen,
Time diorang nak makan,
Nanti goreng je dalam air fryer,
Tapi bila dah senang sangat,
Sampai tertinggal dan terlupa pula dalam air fryer tu…

Tahun ni kita tunggu apa pula anak anak punya permintaan untuk pot luck jamuan kelas,
• Roti jala 
• Nasi goreng cina
• Mi goreng
• Nugget
• karipap
• Roti sosej roll
• air kotak
Ni semua kat atas ni dah permah bawa,
Jangan mintak yang berkuah kuah macam mi kari, mi sup atau
Laksa dah la,,,
Tak gigih Mama Yan nak junjung ke sekolah…
Korang pernah bawa apa pot luck untuk anak sekolah?
Senang tak nak sediakan?





 

4 comments:

  1. Bagus MY sebab masak sendiri, terjamin bersih dan sedap. Saya selalu order roti2 je huhu...

    ReplyDelete
  2. Tiba² teringat karipap yang tertinggal dlm fryer tu .hehe menu pot luck macam ni senang mudah diorang nk makan , kalau berkuah ni risau pulak tumpah kena baju

    ReplyDelete
  3. Wah, goreng spaghetti sampai otot dan urat keluar ye. Memang banyak tu, sampai tiga bungkus.

    ReplyDelete
  4. Kalau spaghetti ni budak-budak sukalah kan. Jenis berkuah tu macam leceh juga, nak sediakan asing-asing. Tak ada pengalaman untuk potluck anak. Tapi kalau potluck encik suami biasa masak kuetiau goreng ke, cekodok pisang ke.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad