Ujian Kemasukan Sekolah Teknik - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, March 6, 2024

Ujian Kemasukan Sekolah Teknik

Pagi semalam pukul 6.30 pagi kami dah keluar rumah.
Mula mula drop suami dulu di Johor Golf Country Club,
Lepas tu MY bawa abang pergi sarapan dulu sebelum menduduki ujian

Pukul 8.00 pagi dah ramai ibu bapa dan pelajar memenuhi kantin untuk menunggu.
Mujur masih ada ruang kosong untuk parking kereta.

Asalnya,
Kelmarin kami keluar tengok wayang,
Lepas tu nak pergi makan ke Zaituna.
Masa suami nak buat pusingan U tu,
Minta suami singgah ke Sekolah Teknik JB untuk tanya,
Kalau kalau masih ada pengambilan,
Pihak sekolah bagi borang dan minta datang keesokan harinya untuk ujian,
Takde preparation atau sebarang persediaan,
Redah je abang ambil ujian kelayakan.
Beria ia study untuk ujian PKSK dan UKKM,
Dua dua tidak berjaya,
Kali ni santai santai ajelah.

Malam tu dia nak study,
Tepat pukul 10 ayahnya suruh tidur.
Jangan biasakan melayan nervous,
Tidur je macam biasa,
Kunci jam.

Tapi dia memang anak mak sangat sangat,
Start pukul 1.30 pagi,
Dia dah mula terjaga sejam sekali,
Sedar jam 2.30 pagi, 
3.30 pagi,
4.30 pagi,
5.30 pagi terus bangun.
Macam tu lah kami anak beranak, 
Sama aje.
Kalau esoknya ada apa apa program,
Malam tak boleh tidur lena.

Lepas habis exam,
Sementara nak jemput ayahnya habis main golf,
Mama Yan bawa abang pergi Badan Cemerlang Angsana untuk beli buku rujukan tingkatan 4 dan 5.
Tapi MY beli subjek teras aje dulu,
Subjek elektif belum beli lagi,
Sebab belum confirm masuk kelas apa.
Beli juga komik Ultra Qalif untuk Ucid dan Aril.
Tengah nak bayar buku,
Ayahnya dah call,
Dah habis main golf,
Dah suruh jemput …
Tunggu la kat situ..
Kami main pusing pusing dulu sebab tak ingat jalan..
Hahaha

Lepas ambil suami MY terus lega takyah drive lagi dah,
Dah lama tak drive tengah bandar,
Nervous teruk.
Sejuk gigil kaki tangan lutut semua.
Suami bawa makan ke Mak Jah Taman Universiti dulu sebelum hantar dia naik ofis.

Lepas hantar suami ke pejabat,
Mama Yan pun terus balik rumah dengan abang.
Belum sampai rumah,
Orang sebelah dah terlentok tidur dah.
Penat agaknya kena perah otak dengan keadaan tak ready mental dan fizikal.

Apapun, harap harap abang dapat masuk sekolah ni walaupun dalam kategori ambilan rayuan.
Anak anak MY ni manja manja belaka,
Langsung tak pandai berdikari,
Kena berjauhan sikit kut,
Baru ada feel dia nak berdikari.

Kat sini ada beberapa pilihan bidang,
Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Pengajian Kejuruteraan Elektrik, 
Sains Pertanian dan Perakaunan.
Untuk abang, pilihan pertama dia Kejuruteraan Awam,
Pilihan kedua Kejuruteraan Elektrik,
Tapi, dengar dengarnya,
Kelas kejuruteraan Awam dah pun penuh,
Sekarang sedang cari murid untuk kelas Pengajian Kejuruteraan Elektrik.

Dari pengalaman Mama Yan,
Kelas apa pun tak kisah,
Takde mainkan peranan apa apa sangat pun,
Classmate MY masa sekolah teknik dulu,
Entah berapa orang je pun yang jadi jurutera awam,
Ada yang jadi cikgu matematik, cikgu Fizik, cikgu TESL,
Ada yang jadi jururawat,
Ada yang jadi lecturer,
Ada yang jadi tokey kedai kek,
Ada yang jadi perawat bekam,
Macam macam kerjaya ada..
Ada yang buka kedai komputer,
Tapi Mama Yan sorang je yang jadi blogger rasanya.. hahaha…
Doakan Abang Mukhlis berjaya mendapat tempat di SMT JB ya…
Terima kasih semua…








 

15 comments:

  1. InsyaAllah ada rezeki untuk abang...acik doakan abg berjaya dapat tempat di SMT JB

    ReplyDelete
  2. Semoga ada rezeki yg tak disangka² utk abang. Dapat ikut jejak mama & ayah, dapat mendaki tangga kejayaan demi kejayaan. (Kemahen.. blogger aje konon eh) 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn... Betul la tu full time blogger, part time dot dot dot..hahaha

      Delete
  3. insyaallah...semoga ada rezeki buat abang.
    Kyra pun ammi cuba je appeal utk SBP. MRSM dia tak apply haritu.

    Tadi dah dapat senarai aliran kelas....tapi mana kawan dia dapat ntah. nak confirmkan pun risau

    ReplyDelete
    Replies
    1. appeal juga untuk mrsm dan sbp, sekolah kat sekolah depan rumah tu ajelah.

      Delete
  4. sama nama macam anak Linda yang bongsu..Mukhlis juga...
    insya-Allah, semoga berjaya lulus peperiksaannya...aamin

    ReplyDelete
  5. Haa tak tahulah kenapa kan. Kalau esok ada apa-apa, payah betul nak lelap mata. Psycho betul. Semoga ada rezeki untuk abang. Penat betul tu.
    Gelabah juga kan kalau lama tak drive tempat yang sibuk ni. Akhirnya berjaya juga. Legaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lama sangat tak drive kat tengah bandar... tak tahu jalan, teragak agak... kena hon..panik habis

      Delete
  6. Sekolah lama Kak Sam tu!!.. Yan dulu dari situ jugak ke?.

    "Sedia Maju Tekun.. cogankata amalan kita.. lalala..."

    Budak lelaki bagus masuk sekolah ni, auto jadi alim dan hensem. 👻.

    Moga berjaya ye.



    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad