Resepi Apam Nasi Senang - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, March 10, 2024

Resepi Apam Nasi Senang

Kelmarin masa kat rumah mentua MY mengemas tong tempat simpan gula dan tepung,
Hasilnya terjumpa 1 paket tepung beras,
2 paket tepung jagung, 
1 paket tepung Bestari dan beberapa paket rempah ratus.
Terus google resepi apa yang pakai tepung beras..

Jumpa resipi apam nasi,
Tengok pula nasi sejuk ada tak?
Ooo… ada sikit.
Ngam la ni boleh buat apam nasi.
Walaupun MY tahu ejaan sebenar adalah resipi, 
Tapi MY masih gunakan ejaan RESEPI pada tajuk,
Sebab masih ramai yang eja resepi.

Resepi Apam nasi
Memandangkan nasi sejuk cukup cukup semangkuk aje,
Maka kita pun buat lah ikut resipi ikut sukatan mangkuk tu.

Resipi Apam Nasi Sukatan Cawan

1 cawan nasi sejuk
1 cawan gula
1cawan air
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil mauripan / yis kering

Cara cara membuatnya:

1. Kisar nasi sejuk, gula dan air sehingga hancur sebati
2. Ayak tepung gandum dan tepung beras ke dalam bekas
3. Masukkan tepung yis dan tepung dalam pengisar (kalau muat).
Kalau tak muat, tuang bahan yang telah dikisar ke dalam bekas tepung dan kacau sehingga sebati.( Tiada ketulan tepung).
Pastikan tak tertinggal masukkan yis. 
Kalau tak letak yis, tepung tak naik. 
4. Peram selama satu jam atau bila tepung dah naik 2 kali ganda
5. Panaskan air dalam pengukus. Pastikan air pengukus cukup panas sebelum mula mengukus
6. Kalau nak letak pewarna, boleh letak pewarna sebelum dikukus.
7. Kukus selama 25 minit
8. Cucuk lidi untuk lihat apam sudah masak atau belum. Kalau lidi melekat tepung, utu tanda apam belum masak.
Tambah lagi masa mengujus
9. Parut kelapa, setengah biji dah cukup. Gaul kelapa dengan garam.
10. Apabila apam dah masak, angkat dan sejukkan sebelum dipotong.
11. Kukus pula kelapa selama 5 minit.
12. Apabila sejuk, boleh potong kuih apam nasi dan letak kelapa sebelum dihidangkan


Resepi apam nasi
Masa mula mula bancuh nampak sikit je…

Apam nasi sukatan cawan
Nampak tak dia naik tinggi.
Syukur sangat bila buat kuih yang ada yis ni,
Dia naik macam ni.
Paling cuak tunggu ni, 
Kadang kadang yis ni ada yang dah tak elok, 
Dia tak naik.


Apam nasi sukatan cawan
Dah siap dah kukus.
Cari lidi yang ada penyapu lidi kat luar rumah je.
Tak tergamak nak cucuk kat kuih apam yang gebu ni guna lidi penyapu.
MamaYan cucuk pakai pisau je..
Cakkk..!!!
Berparut kat tengaj tengah kuih tu.
Takpelah..
Nantikan nak potong juga.
Cantikkan…
Mama Yan taruk warna pink sikit sikit… 
Ambil dalam lima enam sudu, 
Taruk pewarna merah dan esen ros sikit.


Apam nasi sukatan cawan
Kelapa ni MY gaul dulu dengan garam halus sebelum kukus.
Lepas dah kukus,
Panas panas tu, gaul lagi sekali.
Pakai sudu tau,
Jangan kacuk pakai tangan.
Pantang tu.
Nanti cepat basi.
Kelapa ni kalau beli kat kedai cakap tau kat orang kedai tu,
Jangan parut sampai warna coklat. Nak yang warna putih sahaja.


Resepi apam nasi
Semangat ambil gambar,
Habis ya satu loyang apam nasi Mama Yan.
Dah la kali pertama buat, 
Mak mentua kata sedap…
Lembut sangat.
Dah lama tak makan kuih macam ni.
Selalu kalau nak buat duduk berdua je lepas abah meninggal,
Makanan selalu tak habis,
Nak masak pun takde mood.

Bulan puasa nanti boleh la MY buat.
Okay.. nak buka shopee nak beli acuan apam..
wassalam…Dahhhh… 

9 comments:

  1. Menu kuih yang selalu buat time puasa hahahah sebab paling senang dan nasi selalu ada lebih

    ReplyDelete
  2. Rajin MY buat kuih kat umah MIL. Kita pun kadang² eja jugak resepi, kadang eja resipi. Sebab sebut nya rese kan.. buka resi.. jadi terikut dgn sebutan.

    ReplyDelete
  3. Linda tak tahu pulak ejaan sebenar Resepi "resipi"...
    Nampak sgt dah lama tgalkan alam persekolahan... Hihihi

    ReplyDelete
  4. Guna Lebihan Nasi Jer! Sedap Cicah Dengan Kelapa Parut Campur Garam.

    ReplyDelete
  5. wahhhh nampak senang pula cara nak buatnya eh. Nanti nak try lah untuk menu berbuka hehe

    ReplyDelete
  6. Sedap apam nasi ni ...nanti boleh buat utk bulan puasa ni

    ReplyDelete
  7. Akak x lulus2 lagi buat apam nasi ni...geram je..mencik tul

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap la pulak ni Yan. Simple je. Apam ni cuma pernah buat Apam Kampung.

    ReplyDelete
  9. Tudiaa pertama kali buat terus menjadi. Habis licin pulak tu. Eloklah tu cari acuan, pasni lagi lawa lah apam nasi KakYan buat.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad