11 April 2026,
MY dan suami buat Jamuan sempena hari raya.
Dah beberapa tahun dah nak buat,
tapi tak terbuat buat.
Tahun ni,
macam mana pun,
wajib buat juga.
tak boleh tidak.
Jamuan ni MY dan suami jemput rakan kerja, rakan taulan, saudara mara, pekerja kontraktor utama, sub kontraktor serta pembekal.
bermula jam 11 pagi hingga 4 petang.
tapi sehingga ke malam pun masih ada lagi yang datang.
Alhamdulillah..
Makanan masih banyak...
Takde yang makan sisa-sisa atau tulang dan kerak nasi.
Majlis ni kami tempah dari katering untuk menu Nasi hujan panas, rendang daging, Kambing black pepper, pajeri nanas, ayam merah, air balang sejuk 2 jenis, air panas 1 jenis.
Katering bagi kuih lapis 2 kotak, bingka ubi 2 kotak, bubur pulut hitam, dan aiskrim Malaysia
Semua hidangan yang sedap sedap ni ditempah dari:-
ABAM BOTAK CATERING
Ahmad Najihin Bin Wagimin, No telefon 016 755 9897
Suami Mama Yan jumpa brader katering ni meniaga beriani di Bazar Ramadan Pekan Nanas.
Masa makan berbuka tu,
Rasa sedap betul masakan dia.
Harga pun berbaloi dengan rasa dan kuantiti,
Terus esoknya suami pergi repeat dan minta name card dia.
Mama Yan dan suami pula masak kuah sup ayam, rebus ketupas segera, celur bihun dan goreng ayam.
ada juga buat begedil.
Tapi cepat betul begedilnya habis,
Yang makan sup memanglah ambil begedil,
Yang makan ketupat pun ambil begedil juga.
yang makan nasi pun ambil begedil juga,
Maknanya begedil MY sedap la tu.. hahaha...
Yang tak senonohnya,
buat sup, tapi lupa buat sambal kicapnya.
hehehe...
Johor celup kut nih...
Mulanya nak buat soto,
Tapi takut budak budak nak makan kang pedas hangat pula.
Tu yang buat kuah sup.
Sekali tengok… budak budak kecik semua makan nasi hujan panas dengan ayam goreng.
Mama Yan juga buat sendiri kuih bakar, popia sayur dan samosa.
Bahagian yang sedihnya,
Popia MY melekat masa nak goreng.
Selalu MY buat frozen, Tak lekat pun walaupun tak alas plastik.
Kali ni sakan melekat.
Rasanya nak campak je ke dinding … hahaha
Tempah lemang 30 batang, harga RM22 sebatang.
Beli ketupat palas 15kg.
Ketupat palas tu frozen,
pagi tu baru kami kukus semula selama 20 minit.
Ada lagi tu lebihnya dalam peti beku.
Hari tu tak kukus semua.
MY juga beli kek Mamasab.
Anak anak suka betul kek coklat macam ni.
dessert dan kuih jadi makin banyak sebab tetamu datang bawa kuih muih.
Semua makanan yang disebutkan di atas,
MY lupa nak ambil gambar.
Dan sepanjang majlis tu,
MY memang lupa nak ambil gambar. busy nau nau.
Dia ala ala rehearsal menyambut menantu la...hahaha
Bila majlis dah selesai..
Baru teringat..
MY tak bergambar langsung dengan adik beradik dan ipar duai Mama Yan yang datang dari jauh tu.
Jadikan pengajaran..
Lepas ni,
terus ambil gambar.
dan hire sorang untuk ambil gambar.
Kalau nanti nanti,
memang lupa sudahnya.
Ni gambar dengan dua keluarga staf kami.
Ni la dua orang stafnya.
Hari tu, tudung MY langsung tak memberi kerjasama.
Stress betul.
doklah terkepet atas dahi MY yang berpeluh sakan tu.
Lepas Solat Zuhur,
Terus tukar tudung sarung.
Huduh?
Biar.. janji hati tak sakit tengok awning tudung rupa kelim karipap tu.
Mama Yan menjemput pemilik blog Alam Sari di Tanah Jauhar
Alhamdulillah.. Kak Seri sudi datang bersama suaminya.
Screen capture dari video adik.
Adik Mama Yan datang dengan membawa bersama mak MY dari Pahang.
Buat sementara ni,
Mak MY akan stay bersama kami di Negeri Ujong Tanah ni.
Bila nak balik, belum tahu lagi. kami.
Alhamdulillah..
Selesai dah jamuan raya kami.
Terima kasih Allah atas segala nikman yang dikurniakan kepada kami.
Sekian, wassalam-

.jpeg)



Alhamdulillah, dapat memenuhi undangan MY. Betullah tu, rehearsal sambut menantu tapi makanannya tak rehearsal, semua sedap² dan kita setuju, nasi hujan panas tu sedap, ayam masak merah dan kambing pun sedap nak nak pulak ada pajeri nenas. Popiah dan samosa tu sedap, rupa²nya MY buat sendiri tu ya, boleh jual lepas ni.
ReplyDeleteBanyak sungguh menunya!
ReplyDeleteSemoga melimpah ruah hendaknya rezeki MY sekeluarga 🤲🏻
Wah bertemu matalah dgn Kak SK kita ye 😍
Alhamdulillah..jadi juga jamuan raya nya..moga murah rezeki lepas ni, begedil tu memang boleh makan macam tu je
ReplyDelete