Kek Batik Celup Coklat - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, April 14, 2026

Kek Batik Celup Coklat

Hari Rabu minggu lepas,
Sekolah Mijan ada buat jamuan raya.
Hari Khamisnya pulak,
Sekolah Ucid dan Sarah.
Mamanya ni pulak busy dengan preparation open house sendiri.
Nak mudah,
Mama Yan buat aje kek batik atau puding biskut meri tu.
buat satu adunan,
Bahagi dua bekas.
Kelas Mijan satu bekas,
Kelas Ucid & Sarah satu bekas.

Kek batik tu kan comot kalau letak campur campur dalam satu bekas.
Jadinya untuk kelas Mijan,
Mama Yan celup dalam coklat yang dicairkan,
Kemudian, masukkan dalam paper cup mcam kat atas ni.

Untuk kelas Ucid & Sarah pula,
MY dah penat.
Jadinya, Potong-potong,
Masuk dalam paper cup... sudahhh...
Senang dan jimat masa.

Kelas Mijan ada marhaban pula hari Khamis ni.
Mungkin akan bawa ketupat palas dan rendang yang dah difrozenkan .
Jamuan kelas Aril dan Moq pula hari Jumaat nanti.
Yang tu belum fikir.
Tengoklah kadar kerajinan dan kelapangan mamanya ni.

Sekian, wassalam.

 

2 comments:

  1. rajin mak Mijan....adik2 kak SA order je...x dan nak buat sendiri katanya

    ReplyDelete
  2. Kreatif MY letak dalam cup senang bebudak nak makan kan.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad