Makaroni goreng untuk Jamuan Raya - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, April 19, 2026

Makaroni goreng untuk Jamuan Raya

Ni Mama Yan gorengkan makaroni untuk Jamuan Raya kelas Aril.
Dia yang request.
Mama Okay aje sebab Aril kan sekolah petang.
Jadi Mama Yan ada masa untuk masak sebelum dia pergi sekolah.
Ni saja MY share resepi supaya tahun depan boleh semak resepi balik semula.
Boleh repair kekurangannya tahun depan.

Makaroni Goreng Pedas

Bahan Bahan:-

 2 bungkus makaroni 500g
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 keping dada ayam potong kecil
10 biji chicken ball - hiris
5 batang sosej - hiris
1 tin cendawan butang - hiris
2 biji capsicum merah/hijau - potong kecil
2 sudu besar cili kisar
2 tin sos Spaghetti tradirional (atau sebarang perisa ikut kesukaan) 
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa


Cara-cara membuatnya:

Mula mula rebuskan Makaroni mengikut arahan di belakang plastik pembungkusan.
Lain jenama, lain cara rebus.
selepas itu toskan dan letak minyak sikit untuk elak melekat.
ketepikan.

Kisar kan bawang merah dan putih.
Boleh juga nak cincang, tapi MY malas.
 
Panaskan minyak, tumiskan bawang kisar dan cili kisar.
Kacau sehingga naik minyak.

Masukkan ayam, sosej dan chicken ball.
Nak letak apa ball pun boleh,
Fish ball ke, sotong ball ke.. boleh juga.
Aril nak letak meat ball, tapi classmate dia ada Indian juga,
So tak payah letak.

masukkan Sos Spaghetti.
Masukkan juga capsicum dan cendawan butang.
Kacau rata, masukkan sedikit garam.
Masak sehingga kuah mendidih.

Akhir sekali,
masukkan makaroni.
Gaulkan sehingga rata dan mesra.
Bolehlah rasa dah cukup rasa atau tidak.
Senang sangat.

Mulanya Aril nak bawa mac & Cheese.
Tapi MY kata mana sesuai.
Jamuan mula pukul 3.30 petang.
Mama nak masak pukul berapa?
Jamuan kalau Datang sekolah terus start boleh la bawa dan makan panas-panas.
Kalau dah terbiar sejam dua jam tak payah la.
Kembang makaroni tu nanti dengan kuah cheese.
Kembang tekak nak menelan.
Kalau nak asing kuah dan macaroni pun tak sesuai juga,
Selalu kuah jadi tak cukup nanti.
Lain kali ajelah.
Panggil je kawan kawan datang rumah kalau nak makan Mac & Cheese panas panas.



Jamuan kelas Aril dibuat serentak untuk semua sesi petang dalam dewan.
Mesti nanti berserabut ramai ramai tu.
Jadinya, Mama Yan masukkan dalam bekas siap-siap.
Senang nak makan.
Taknak makan boleh bawa balik.
Letak sikit je dalam satu bekas tu.
Sebab jamuan kan..
Mestilah ada banyak makanan lain.
Makan untuk rasa-rasa je.

Aril pun bawa balik makanan lebih jamuan bukan main banyak.
Ada roti jala,
ada mi goreng sampai tiga bekas,
ada kuih muih satu bekas besar.
Dia kata ramai yang taknak bawa balik.
Jadi Aril bawa la balik banyak banyak supaya tak terbuang.

Alhamdulillah..
Dengan berakhirnya jamuan raya sekolah Aril hari Jumaat baru baru ni,
Maka habisla sesi jamuan raya anak anak.
Lega sikit mak.
Sekian, wassalam


 

1 comment:

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad