Pergi Nursery cari Pokok Landskap Masjid - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, April 28, 2026

Pergi Nursery cari Pokok Landskap Masjid

Minggu lepas temankan suami cari pokok pokok untuk landskap projek masjid.
Kalau ikutkan patut kena lantik arkitek landskap,
sediakan BQ bagai,
Tapi ni dah last minute,
Untuk sambut orang besar je.
Ruang turfing pun takde..
Maka beli pokok dalam pasu aje la...

Sambil berjalan,
Ambil gambar.
Boleh la buat bahan masuk blog nanti

ZZ Plant atau nama penuh dia zamioculcas zamiifolia.
Pokok ni beracun katanya.
Tapikan ni pokok hiasan,
Bukan nak buat sayur pun.
Gunakan sarung tangan ketika sedang berkebun,
Basuh tangan selepas selesai kerja kerja menanam, membaja, meracun atau menyiram pokok.

Jalan-jalan cuci mata

Cuci poket sekali la kut...
Mahal betul harga pokok Camelia ni

Ni lawa.
Nantilah beli

Manusia terpaling sibuk kat nursery ni...
tak berhenti call sana sini.
Ambil gambar, forward, call.

Lepas dah siap order,
Kedai nurseri tu akan tanamkan dalam pasu.
Nanti lori datang tinggal angkat masul lori bawak pergi site.



 

7 comments:

  1. Baru tahu namanya zz plant. Ada sepasu di rumah ni. Sayang nak buang sbb rimbun elok wpun dengarnya tumbuhan ni beracun. Harapnya takdelah side effects apa²

    ReplyDelete
  2. Geng2 blogger semua gitu ambil gambar buat modal blog kan. Dah besar pokok camelia tu. Harga ratus2 juga sekali pasu la tu.

    ReplyDelete
  3. Bahaya ni cuci poket sekali. Tau2 poket tinggal lalat berterbangan je ni hehe

    ReplyDelete
  4. ralit kalau jalan2 kat nursery jamu mata walau xbeli

    ReplyDelete
  5. Waah cantik2 beracun yaa kak 😅. Saya suka lihat2 bunga begini. Tp memang tak terpikir nak pelihara. Tangan panas, tiap nak mulai gardening, mati yg saya pelihara 😅.

    ReplyDelete
  6. Pokok beracun tu kalau ada anak, memang tak boleh ada kat rumah.. Risau diorang masukkan dalam mulut.. Budak-budak kan..

    Seronok betul cuci mata dekat nursery..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad