Dah lama dah dapat sebenarnya,
masa musim orang balik dari mengerjakan Haji beberapa bulan lepas.
tapi baru ni terfikir nak upload dalam blog.
Hari tu upload kat story FB dan IG aje.
Ini pemberian dari bekas pengurus besar kontraktor utama tempat kami buat kerja.
walaupun dah berpencen, tapi suami MY dan Tuan Haji yang baik hati tersebut masih rapat lagi.
Mama Yan dapat sehelai sejadah bertulis nama Azyan
Suami MY pula dapat sebiji tumbler berukir nama Sulaiman.
Selain botol air dan seejadah ni,
mereka juga memberi pelbagai jenis kekacang dan air zam-zam sebagai buah tangan.
Semoga Tuan Haji Amin dan isteri dikurniakan rezeki dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Aminnn...


Nampak exclusive bila dapat hadiah dengan ukiran nama sekali ni. Alhamdulillah rezeki dapat hadiah tanda ingatan. Dari tanah suci pula tu kan.
ReplyDelete