Masak Tumis Kacang Buncis, Cendawan Shiitake dan Sotong - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Thursday, September 10, 2026

Masak Tumis Kacang Buncis, Cendawan Shiitake dan Sotong

Dulu-dulu masa duduk Skudai,
MY beli barang basah di Pasar Awam Taman Universiti,
Dan beli barang kering di Jusco Taman U.
Sekarang, MY membeli di Maslee Express atau Econsave aje.
Dah jarang pergi AEON.
Dah jadi orang pekan kecik sekarang ni.

Anak anak pula,
Zaman abang dengan Mok kecik dulu,
Diorang berdua sangat memilih makanan.
Susah betul nak suruh cuba benda baru.
Tapi sejak Aril dan Ucid membesar,
Adik adiknya memang suka explore benda baru termasuk mencuba makanan baru.
Barulah ada kemeriahan dan pelbagai hidangan.
Abang dengan Moq dulu,
Hari hari sup dan telur aje.
Takpun ayam goreng.

Hari tu MY bawa Aril pergi shopping barang dapur,
Dia kata nak makan cendawan shiitake,
Okay jom mama belikan.
Lepas tu,
Mama Yan sendiri tak tahu macam mana nak masak cendawan shiitake ni.
belasah aje lah.



Resipi Tumis Kacang Bendi dan Cendawan Shiitake Campur Sotong


Bahan-bahan:

4 ekor sotong saiz sederhana
Secekak kacang buncis
6 kaki cendawan shitake
1 tangkai cili hijau
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
3 sudu sos tiram
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa
sedikit air

Cara-cara membuatnya:

Bersihkan sotong dan potong mengikut saiz yang disukai.
Potong kacang buncis memanjang dan cendawan shitake dihiris.
Hiris bawang, bawang putih dan cili.

Kemudian, panaskan minyak dan tumiskan bawang, bawang putih dan cili sehingga layu.
Masukkan sotong.
Gaul rata sehingga air sotong keluar.
Masukkan pula kacang dan cendawan tiram.
selepas itu, 
masukkan sos tiram dan garam.
kacau dalam kuali sehingga sayur masak sesuai selera.
Tak perlu masak lama lama sangat,
nanti sotongnya liat macam tiub tayar basikal, dan sayurnya pulak lembik.

Sedap juga masak cendawan ni.
memang tak pernah masak cendawan shitake ni.
selalunya MY guna cendawan tiram aje.
Kira lepas ni boleh la masak lagi.
Cuma, agak mahal kalau nak banding dengan sayuran biasa macam kobis kangkung tu.

Lepas ni nak try menu lain pulak..
Bye.. wassalam

 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad