Menerima kunjungan tetamu dari Raub - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, September 8, 2026

Menerima kunjungan tetamu dari Raub

Pagi Jumaat tu, masa Mama Yan masih di kampung suami di Segamat,
Mak Mama Yan telefon,
Nak datang ke rumah Mama Yan di Pekan Nenas,
Terkejut jugalah,
Sebab banyak kali tanya masa di Raub,
Nak ikut balik Pekan Nanas tak?
Tapi mak cakap tak nak.
Ini alih-alih nak datang,
Rupanya, adik mak dan isterinya,
Yang nak bawa mak berjalan-jalan ke Johor.

Mereka bertiga sampai ke rumah Mama Yan sekitar 6:30 petang.
Malam tu, Mama Yan hidangkan nasi lauk gulai lemak rebung bersama udang dan ayam goreng,
Rebung tu pun mak mentua MY yang bagi.
Dah siap celur dah.
Tinggal nak masak je.


Keesokan harinya,
Kami bawa mak, mak cik dan pak cik Mama Yan jalan-jalan,
Lupa pula nak ambil gambar lauk,
Sibuk berbual aje,
Masa makan ini,
Adik MY dengan suami dan anak-anaknya pun ikut sama,
Padahal masih lagi dalam pantang melahirkan anak,
Tak apalah zaman dah moden,
Walaupun parking jauh,
Kampung sungai Melayu ni dah jadi tempat ekotourism,
Jadi dari parking hingga ke Jeti ada disediakan kereta buggy,
Taklah berjalan jauh pun.
Anak panas? 
Ada kipas tangan.



Jerebu agak teruk ya pada hari Sabtu lepas,
Walaupun dah tengah hari nampak macam pandangan berkabus,
Tapi sebenarnya bukan kabus,
Jerebu.


Lepas siap makan 
Kami bawa mak pergi ke Angsana Mall Johor Bahru,
Kebetulan pula masa kami datang ada festival Koperasi Johor,
Terdapat banyak reruai koperasi yang menyertai festival.
Wajiblah kita bergambar kenangan dulu.
Mak dan makcik dua dua berkerusi roda,
Entah macam mana pakcik MY tu bawa isteri dan kakaknya berhenti rehat dan makan di R&R.

Kami melawati reruai yang menyertai festival,
Mana yang menarik hati itu kami beli,
Ada yang kami cuba sahaja,
Tapi boleh dikatakan kalau sample minuman,
Kami cuba hampir kesemuanya,
Tapi tak beli pun.
Mak dan mak cik MY kedua-duanya pesakit diabetes,
Air 3 in 1 yang dijual kebanyakannya manis-manis belaka,
Walaupun katanya sesuai untuk pesakit kencing manis,
Tapi sebenarnya tak sesuai pun,
Kalau dah namanya benda manis,
Dia tetaplah gula.
takde mana sesuaimya untuk pesakit diabetes ni.

Mama Yan belikan pes asam pedas,
Minyak Urut Aromaterapi Lemon dan minyak rempah ratus,
Belikan anak-anak dessert dan air,
Banyak juga jualan kek lapis,
Tapi MY tak belikan pun.
Elok elok boleh berjalan jalan walaupun naik kerusi roda,
Bedal kek lapis nanti, terus terus terlantar pulak

Lepas puas membelek-belek reruai,
Kami shopping pula dalam Parkson.
Mama Yan belikan mak beberapa helai pakaian..
Mak cik dan pak cik mama Yan pun shopping sakan.
Kedua-dua mereka merupakan pesara kerajaan,
Bab berbelanja memang takde hal.

Lepas tu kami pun bertolak balik ke Pekan Nanas,
Sebelum sampai Pekan Nanas
Kami meneruskan perjalanan ke Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor untuk menghantar lebihan lauk makan tengah hari tadi.
Sayang pula sebab tak habis kan,
bagi aje lah abang habiskan dengan kawan-kawan nya.
Lauk asam pedas tu masih banyak lagi,
Adik MY masih dalam pantang dan tak makan pedas,
Pak cik MY pun tak makan asam pedas,
Anak-anak adik dan anak Mama Yan pun tak ramai yang makan pedas
Ucid dengan abang je yang suka sangat makan asam pedas,
Sebab tulah asam pedas tu banyak tak habis.
Ucid sorang je ada, regunya kat asrama takleh join the party.

Penat betul rasanya seharian berjalan jalan,
Malam tu Mama Yan masak sawi masak lemak dan ikan gerut goreng serta sambal ketuk sahaja,
Bertambah tambah Pak cik MY tu makan,
Memang seleranya jenis jenis masakan bersantan,
Berbeza dengan suami Mama Yan yang kurang suka masakan bersantan.

Mak, Mak cik dan pak cik Mama Yan bertolak pulang ke Raub 08:00 pagi hari Ahad,
Memang Mama Yan suruh keluar awal sikit sebab hari Ahad itu hari terakhir cuti sekolah,
Kalau keluar lewat nanti terperangkap dalam kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur,
Itupan mereka sampai ke Raub jam 5 petang kerana jalan sesak teruk di Senawang hinggalah melepasi Kuala Lumpur.

Terima kasih Ayah De dan Mak De bawakan mak datang rumah.
Semoga mereka berdua dikurniakan kesihatan yang baik.
Sejak abah MY meninggal dunia,
Adik mak dan isterinya lah yang selalu menjengah mak di rumah.
Menghantar lauk, bawa ke klinik, bawa berjalan-jalan...

Sekian sahaja untuk hari ini...Wassalam






 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad