Wednesday, May 30, 2012

ww: irma hasmie


Topi putih ada..kuning ada...merah ada

kalau kat site...waktu kerja kena pakai safety helmet. bahaya kalau tak pakai...bahaya yg betul2 bahaya macam barang2 jatuh ataupun bahaya kena saman JKKP. Biasa kalau kat site yang pakai topi putih tu level supervisor ke atas..topi kuning pulak level kepala kerja ke bawah.

tapi ada jugak warna2 helmet yang lain..kalau warna merah...selalu nampak orang safety yg pakai..warna biru kat site tak pernah jumpa pulak...tp pernah la nampak safety helmet biru tu..utk kilang2 kot...

keja kat site ade banyak bahaya2 yang tak diduga..oleh sbb tu penggunaan PPE* amatlah dititikberatkan. semua orang perlu berhati-hati..walaupun orang kata kalau dah ajal pakai baju besi pun mati..tp sebagai langkah awal..pakailah PPE. mungkin ada barang jatuh dr tingkat atas, terpijak paku, renjatan letrik dl...ada juga bahaya yang tak diduga kat site seperti kehadiran makhluk Allah yang comel macam kat bawah ni. tu kecik jer...


yang besar pun ada...cam gambar bawah ni. tp yang bawah ni bukan kat site koi yer..yg atas ni ajer..





*PPE- personal protective equipment

Friday, May 25, 2012

Tuesday, May 22, 2012

Sudu angry birds

kiut tak? kiut tak?

ini ialah sudu Angry birds yg koi belikan untuk my umar-umar. koi mmg tak boleh tgk benda kiut2 macam ni...nasib baiklah anak koi dua dua lelaki..kalau tak lagi dasat la mamanya bershopping. harganya RM7.90. kalau anda berminat boleh order jugak dgn koi. tp order kat katalog dpt lambat sikit la...seminggu dua gitu..

makan malam tadi koi bgtau umar berdua tu.."sapa tak habiskan meals masing2..mama nak pulang balik sudu angry birds dia kat tokey kedai tu"....habis pun makan. kalau tak..banyak songeh betul bila suruh makan nasik. tak tahu la sampai bila taktik ni akan bertahan. lepas ni nak kena beli pinggan angry bird pulak la gamoknya..

koi tak penah pulak main game angry bird dgn diorg ni,,tah mana diorang tahu menatang angry bird ni koi pun tak tahu,pengaruh rakan sebaya kat taska la kot...nak beg angry bird la,..selipar angry bird la...

Monday, May 21, 2012

Bonsai Manik koiii....


camne koi boleh terjebak dengan kegiatan krastangan plak nih...??hehe...ni adalah bonsai manik yng koi cipta tatkala semua org dah tido malam tadi....hmm...pemilihan warna agak pucat...pohon tak cukup rendang....ok...next..kena bagi enhance colour...tambah ranting2 lagi supaya lebih rendang...

koi ni kalau buat benda macam ni..tak pernah bersungguh pun...dah siap..dah capai target...pastu dah tak buat lagi dah...tak senonoh betul pe'el...apapun...buat menda halus begini mmg ralit...tak sedar jer dah pukul 2 pagi...best2...

Target: nak bawak balik kampung Raub masa raya nnt...

Sunday, May 20, 2012

Sate oh Sate!

 Menyelerakan???Harga 70 sen ni tau...koi tak taula kalo mmg standed semua sate org juai 70sen..tapi dalam kes koi ni..sate ni agak tak sedap...tak cukup marinade pun iyer..dah tu..dr 3 ketul yang dicucuk kat lidi tu..seketul hok tengah tu rejected...dicucuknyer lemak hok keras ketung...nak makan mana gaye eh...?kalau secucuk dua takpe...ni mmg semua dia buat begitu...hok sate ayam..tgh2 dicucuk kulit ayam....adeh....dua ketul kecik jer ayam dah tujuh posen..

dulu kali pertama makan jumpa daging sate seketul dalam kuah..nampak sangat la recycle kuah kan...lepas tu bertahun la koi tak makan sate kat taman universiti ni....lepeh tu...teringin pulak...di gerai yang lain, macam gambo kat atas tu pulak rupanya...

wahai peniaga semua...jganlah terlalu pentingkan keuntungan sehingga lupa kepada asas perniagaan yang sebenar...takde beza pun keberkatan rezeki tu sama ada berniaga ataupun mencuri kalau apa yang dijual kepada pembeli terdapat unsur2 menipu

Cara balut bunga Coklat

koi selalu mendapat pertanyaan dalam emel tanya camne nak balut bunga ni..nak pakai apa balut bunga ni...ari tu buka2 harian metro..jumpa mukasurat nih...koi pun snap gambo..pehtu upload la kat blog utk kita kongsi sama.sama...tp koi  snap pakai henpon ajer..gambor mungkin tak clear...kalo aokme kek luor ni nak gambo hok clean & clear...emel bg tau koi..nnt koi cuba scan...

dari sehari ke sehri berangan nak buat tutorial bergambo cara2 balut bunga,..dah ada pun keluar surat kabor...bg yg tak baca metro...ini untuk deme yerr..

Wednesday, May 16, 2012

Inai pengantin?? jom..







cantik takk...haa...bos takde yer ari ni...so di waktu rehat nilah nak mengular...cik adik manis bos tecit ni suka conteng2 tangan orang...so ini antara hasil contengan-contengan beliau yer...ada pengantin2 kawasan johor yang berminat untuk diconteng tangannya??? boleh PM ini budak di http://facebook.com/yayamieya takpun emel ajer koi di dianafisa81 at yahoo dot com 

macam tak bersalah ajer... ok...

ditepekkan sekali hasil copy paste untuk kita sama-sama tidak terlalu sempit menjalani hidup seharian.


Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak
Keputusan: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1.Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

2.Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

 3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

Keputusan (English): Ruling On Applying Design Henna In Islam Decision: The 88th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 2nd October 2009 has discussed the ruling on applying design henna in Islam. The Committee has decided that:

1. Applying henna in both hands and feet is permissible for women, whether for married or non married women as long as it does not open the door to fitna

2. However, the application is limited to wrists and ankles. The colour of henna should not remain permanent as in tattoos and the henna does not contain doubtful ingredients. As for the pattern and design, the permitted designs are leaves and plant designs. Meanwhile, designs of animal, deities or any design contradictory to Islam are prohibited.

 3. Application of henna on the both hands and legs of men is not permissible except to a number of fingers of bridegrooms during marriage ceremonies and for medical purpose.

Sumber : MAJLIS FATWA KEBANGSAAN.

Saturday, May 12, 2012

Birthday Abang Mukhlis..



022
045

last week birthday anak koi si Abang Mukhlis… tak buat majlis sambutan pun…macam tiap2 tahun..kitorang sambut anak beranak ajer…potong kek…makan2 kat luar…ni birthday abang mukhlis yang ke 4. umur 4 tahun, tapi bercakap macam budak dah sekolah. pot pet pot pet..pening nak melayan. semoga anakanda Umar Mukhlis Sulaiman sentiasa berada di bawah lindungan Nya dan menjadi anak yang berjaya dan berjasa yer…

Thursday, May 3, 2012

Coklat lagi...

sebenarnya pagi ni koi ada terima emel...tanya pasal coklat..ringkas bebetul emelnya....tulis kat subjek jer soalannya...salam takde...say hai takde...
oklah..biasanya..kalau kita guna coklat beryls ker...tulip ker...takyah campur apa2 dah...tapi ini untuk buat handmade chocolat yer....cuma cairkan ajer...cara untuk cairkan coklat, boleh refer kat entri lama saya ni

tapi kalau nak buat krim coklat ker....chocolat ganache ker....susu coklat ker...kenalah campur pelbagai jenis bahan2 lain...

kalau guna white coklat..kita mungkin akan gunakan pewarna untuk bagi warna pd coklat....kadang2 kalau kita nak bagi rasa pd coklat tu..kita boleh campur bahan2 kering macam kacang2 ker...nestum ker...croquant ker...bubble rice ker...tapi jangan sesekali campur liquid berasakan air kat dalam nyer kerana ia mungkin akan mengganggu ketahanan coklat atau tempoh coklat mengeras atau lain lain

to adik nur yg cik/puan nur yang bertanya..harap jawapan saya boleh diterima pakai.

Wednesday, May 2, 2012

Pokok bonsai manik

Last week masa balik kampung..mak mertua koi tunjukkan hasil kreativitinya masa menghadiri kelas kraftangan anjuran KEMAS...hmmm...pastu asik suh koi join buat sama...
"mak dah beli manik banyak tu..."
haha...adoi...bukan koi taknak join..tapi bilanya masa koi nak melayan menda halus mulus ni....jadual full tiap hari...tapi balik kampung akan datang ni koi cuba bawak balik design2 yang sempat koi google dalam internet...sajelah untuk bagi lebih idea dan inspirasi...
koi bukan tak minat buat menda2 ni semua..minat...dulu2 selalu buat kerongsang....tp sebab skang dah byk sgt kerongsang yang murah dan cantik...takyah buat la..beli jer...sama jer harga...
untuk buat pokok manik ni nampak cam tak susah sangat...masuk manik...pastu pintal2...tinggal lagi nak kena ada banyak idea jer...

 kiut tak??siap ada burung bertenggek lagi..

Klik! Klik!

Post Terhangat