Wednesday, May 28, 2014

Dilema..

Kat area rumah koi ni..
Ada 2 biji kedai runcit...
So kalau takat nak beli telur 10 biji ke...
Nak beli kentang 6 biji ke...
Tak le ke jusco.
Tapi koi dalam dilema nak pergi kedai yang mana satu

Satu kedai dimiliki oleh rakyat Malaysia berbangsa Cina..
Satu kedai lagi tu dimiliki Bangladeshi....Muslim

Dilema koi...
Nak bantu rakyat warganegara Malaysia tapi tidak seagama...
Atau bantu Muslim Bangladesh yang mana mata wang Malaysia akan mengalir dihanyutkan ke negara asal mereka

Hehehe...dilema mengada betul kann...
Setakat ni...
Kadang pergi kedai amoi tu...
Kadang2 pergi ke kedai bangla tu...
Kedai amoi lagi banyak pilihan barang2..
Kedai bangla barang kurang pilihan...

Anda?

Monday, May 26, 2014

Cinonet je...

Berjaya menebus pisau yang kecik ni aje di jusco selepas bersusah payah mengumpul 40 keping setem.

Nak dapat 1 setem. ..kena belanja at least rm30...so 1 pisau ni bersamaan belanja rm 1200 ++

Tak kisah la...janji free..koi suka barang free...

Muka model kelat payau sbb baru lepas kena marah dgn ayah dia...

Sunday, May 25, 2014

Happy birthday Umar Mukhsin

Hari ni pukul 6 ptg genap la setahun usia Umar Mukhsin atau Aril.

Rasa macam baru lagi check in kat spital bersalin kan Aril. ..
Alih alih dah setahun. .
Dan dengan itu juga. ..
Setahun sudah koi jadi surirumah sepenuh masa..jiwa...dan raga.

Hari ni Aril kena injection dan timbang kat klinik...
2 bulan lepas timbang 8.5 kg...
Sekarang turun jadi 8.1kg...
Ayoo..Aril...apa sudah jadi?

Hari ni juga koi check perut.
Result darah boleh pula salah...
Dah kena cucuk lagi...
Adehh....
Dari dulu dulu koi berdarah A+..
Tiba-tiba tadi jadi AB pula...
Ehehhhh...

Tahun sudah masa check up Aril cam tu juga..
Jadi darah O..
Pastu repeat test....
Buat lambat aje....
Dah la lapar.
Balik dari klinik. ..terus gi breakfast...

Tido sampai ternganga mulut lepas makan.

Saturday, May 24, 2014

Cadbury.....'Cad-buried' la ngko selamenye

copy paste dari facebook:
DrAzman Ibrahim
24 March 2014
DNA babi dalam coklat, beberapa persoalan
Oleh : Dr Azman Ibrahim
Berita Harian hari ini 24 Mei 2014 melaporkan, Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan keputusan analisis sampel dua produk coklat - Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk dan Coklat Susu dengan Buah Badam dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond mengandungi DNA babi (porcine).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata pihak pengeluar produk berkenaan, Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan memanggil balik produk itu dari pasaran dengan serta-merta.
Katanya, siasatan dilakukan ke atas tiga sampel coklat Cadbury berkenaan bagi tujuan pemantauan selepas timbul dakwaan dalam media sosial adanya DNA babi dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas dalam rangkaian media sosial, semalam…
-Semalam ketika melihat keputusan ujian Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan terhadap coklat ini, saya menilai dalam beberapa aspek:
Pertama, saya berpendapat pegawai yang mendedahkan perkara ini melalui laman sosial adalah tidak mematuhi prosedur yang sepatutnya. Sewajarnya, kalau ini adalah keputusan yang sebenarnya, wajib ada kenyataan rasmi dari pihak Kementerian. Lantaran itulah, pada hari semalam, bagi saya, kebenaran fakta tentang apa yang tersebar ini masih diragui. Tambahan pula ada kesilapan ejaan Cadbury menjadi Cabbury.
Hari ini saya rasa amat pelik dengan Ketua Pengarah Kesihatan ekoran kenyataannya bahawa siasatan ke atas 3 sampel coklat Cadbury berkenaan dilakukan setelah timbul dakwaan dalam media sosial tentang perkara ini. Bukankah Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan yang melakukan ujian itu adalah satu agensi di bawah Kementeria Kesihatan, bagaimana boleh berlaku Ketua Pengarahnya cuma tahu melalui media sosial? Tak kan tak ada sebarang laporan atau pemakluman rasmi? Lagak Ketua Pengarah Kesihatan macam terkejut je. Saya harap dia bukan buat-buat terkejut.
Apabila tahu saja semalam, terus beliau buat siasatan dan hari ini sudah boleh umumkan hasilnya. Cepatnya!! Bagus! Tindakan yang cepat dan pantas! Tetapi bagaimana kaedah siasatan dan ujian yang telah dilakukan sehingga hasilnya secepat itu boleh diumumkan? Jangan marah kalau masyarakat Jabi yang tak begitu bersekolah tinggi meletakkan sangkaan, mungkin keputusan ujiannya dah lama diketahui, tetapi kerana sesuatu kepentingan, maka ianya disembunyikan.
Melihat kepada gambar foto keputusan ujian yang tersebar tersebut, tarikh analisa telah dilakukan pada 27 Februari 2014 lagi. Maknanya telah 3 bulan yang lalu. Kenapa baru sekarang diumumkan. Apakah kalau perkara ini tak disebarkan melalui media sosial, ianya akan terus didiamkan dan peminat coklat Cadbury akan terus memasukkan unsur haram ke dalam perut mereka? Kesilapan ejaan Cadbury menjadi Cabbury bagi saya hanyalah typing error sahaja. Produk bernama Cabbury tak pernah dilihat berada dalam pasaran. Memang yang diuji dan dimaksudkan adalah Cadbury.
Hati kecil saya secara jujur rasa berterima kasih kepada insan yang mengambil alternatif mendedahkan perkara ni. Walaupun pada peringkat awal semalam saya kata, anda tidak amanah dalam menjaga kerahsian maklumat yang sepatutnya bukan didedahkan melalui cara sebegitu. Hari ini sebaliknya saya kata, kalau anda tak dedahkan, saya yakin ianya terus disimpan rapi!
Seterusnya, setelah perkara ini dimaklumkan secara rasmi oleh pihak KKM, cukupkah hanya sekadar Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan memanggil balik produk itu dari pasaran dengan serta-merta? Tak ada sebarang tindakan undang-undang dan penguatkuasaan? Tak ada sebarang akta yang boleh menghukum pengilang yang tak bertanggungjawab ini. Masakan Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd tak tahu bahawa mereka telah memasukkan unsur babi (baca khinzir) ke dalam makanan yang diletakkan tanda halal. 
Kalaulah perkara ini berlaku di negara Cina di mana pengilang memasukkan bahan yang tak dibenarkan ke dalam makanan, nescaya pengilang ini akan tahu bahawa selepas hari sabtu akan datang hari Ahad! Tapi untungnya pengilang kerana insiden ini berlaku di Malaysia.
#####
Sangat ralat...sangat kecewa...sangat sangatlah uwaaa....
Patutla makin keras lidah dan hati ni...
Berpeket peket menda alah tu dah jadi darah daging...
Astaghfirullah....
Semoga Allah ampunkan  segala kekhilafan dan kelalaian kami semua..

Ini Tasha Shila kot..

Walaupun koi tak berapa berpeluang menonton drama Melayu...
Tapi koi kenal la juga...
Beberapa nama pelakon wanita yang baru baru ni...
Lebih lebih lagi kalau yang pernah terpalit dengan kontroversi. ..

Tapi koi pasti yang tengah minum kat bawah ni namanya Tasha Shila kot...bukan Anzalna...
Deme ni jual produk. .tapi salah acknowledged nama spokesperson....
Harap harap tasha shila tidak berkecil hati...
Hahahaha. .

Thursday, May 22, 2014

Tinggal touch up

Hantaran tunang adik koi dah hampir siap. 
Tinggal nak touch up sikit  sikit je...
Lelaki bagi 7..adik koi balas 9.
 Letih juga nak pikir nak isi apa 9 dulang tu.
Tapi ni sebahagian gambar je...
oh ye...sila abaikan mural yang terdapat di dinding rumah koi tu.


#nape org tunang  nak kena isi buah?

Bakul untuk Isi buah
telekung lycra warna purple..
Cincin risik,cincin tunang dan jam tangan
Bakul buah
Bakul coklat..tp coklat belum beli
Lolipop

My nuff..

Kalau lihat gambar kat bawah tu...
Kali pertama dapat iklan tahun 2011..
pastu tak dapat dapat lagi..
Sampaila sekarang ni. .barulah dapat...

Sepanjang 3 tahun tanpa iklan...
Koi biasa je..
Bila ada mood dan tak busy...
Ada la entry ...
Bila takde mood. ..
Entry tinggal draft

Cuma baru baru ni terasa mudah nak up entry..
Sebab baru install blogger for android..
So.. senang sikit arr...
Sambil nenen Aril pun boleh mengarang...
Tq En Suami kerana membelikan koi smartphone.
Walaupun niat pertama kali buka web blogger...

Nak jadi kaya raya berharta dgn nuffnang. ..
Tapi kerana diri tidak cukup tabah...
Lupakanlah hasrat tu..
Bakat penulisan pun tak seberapa...

Tapi blog ni memberi kan banyak kegembiraan buat koi...
Antaranya..
 kemudahan untuk koi trace semula tarikh tarikh...melibatkan pembelian sesuatu...kala berpergian..memulakan sesuatu dll
koi boleh kongsi ilmu koi yang tak seberapa di sini. .
Yelah apa guna ilmu kalau dituntut tapi untuk dibawa mati..
Koi juga dapat tambah tambah ilmu dan peluang membaca pengalaman orang lain kan...
Orang lain 4 tahun buat blog paling tak dah 19 kali cash out..
tapi koi...hahaha..sendu sungguh lahhh....

tapi takpe...
Yang penting...
Kepuasan di jiwa mengatasi sendu di hati dek duit nuffnang yang tak bertambah tambah...
Hahaha...

Tuesday, May 20, 2014

"Saya cuba didik anak saya jadi Mukhriz‎, tetapi apabila dia sudah besar dia jadi Marina.

Dalam dunia penuh kecanggihan teknologi ini..
Kita tak dapat memantau kecintaan si anak..
Segala nya berada di hujung jari mereka sahaja. .
Handphone...ipad dan gajet tapak tangan sentiasa dalam genggaman
Laptop dan desktop dipalangi kata laluan. .
Lantas apakah cara untuk ibu bapa menjengah kecintaan anak anak. .?

Keluar rumah jarang sekali...
Asik terpaku di ruang maya...
Membaca blog politikus kah?
Blog kuning dan biru kah?
Propa dunia hiburan kah?

Zaman sekarang...
Tidak bersosial di luar rumah..
Bukan bermakna anti sosial...
malahan mungkin lebih lagi sooosial nya. ..

Kalau masih kecil. ..
Minta seringgit bagi 50sen...
Masih gembira si anak. ..
Kala remaja. ..
Minta seringgit. ..
Diberi 90sen...sudah sedepa muncung mulutnya
Tatkala dewasa...
Sudah tidak lagi minta. ..
Walaupun hanya restu ibu bapa.

di mana sahaja ingin si anak renangi
Akan sahaja ibu bapa turuti..
Jika tidak renangi bersama...
Cukuplah jika dapat menjadi pelampung..
Yang tidak sekali membiarkan si anak lemas...

#apa yang koi merepek ni?

Gaban Zap Potong 3

Oh my ruler...!
inilah cabaran nak siapkan menjahit baju raya...
Bertuah betul budak2 ni..
Kita bentang kain...
Sorang sliding atas kain...
Sorang kuak lentang...
Pembaris satu sorang buat lawan pedang...
Mama piaappp sorang2 dengan pembaris tu karang...
Pada hal masing2 ada pedang mainan...
Siap ada bunyi dan lampu bagai...
Ehhh...pembaris mama nya juga nak direbut.
Sempat ke baju2 ni siap sebelum bulan Ramadan agaknya kalau acani?

Monday, May 19, 2014

Ohhh...inilah Daim.

Kekeke. ..macam jakun sangat. Cekelat Daim pun tak kenal...
malahan tak pernah dengar nama pun.

Coklat daim ni...mak mertua koi bawak...dibeli di Pulau Langkawi...sebagai ole ole untuk anak cucu.

Tengok. ..mak mertua koi pun ada citarasa tau....

Tapi koi rasa coklat Daim ni...
Manis yang amat!
Apa ke tak manis...dalam gula karamel...
Luar salut coklat. ..
Tak sesuai untuk kesihatan ibu nandung...
Tapi sesuai dengan selera koi la...

Inche Suami dan anak2 langsung tak cuit..
Sebab taknak membazir..
Terpaksa la koi bedal sorang...
Dah tinggal sikit dah...
Nasib baik dah siap buat ujian MGTT aka minum air gula.

Banyak juga coklat yang mertua koi bawakan...
Ferrero rocher semestinya...
Harshey...dan ntah apa lagi laaa...
Terima kasih makk....

Sunday, May 18, 2014

Happy belated teacher's day...

Khamis lepas...masa abang mukhlis balik sekolah...naik kereta terus sampaikan pesanan cikgu

"Mama..ahad nanti ada hari guru kat sekolah. .
Tak payah bawak beg dan buku. ..
Bawak hadiah untuk cikgu"

Hahaha....ada pula pesan kat anak murid suruh bawak hadiah. Puas la mama dia pikir nak bagi hadiah apa kat cikgu ni.

Ingat ingat nak buat coklat bunga rose ke...isi dalam kotak...reben reben kan...tak pun buat cup cake. .tp sempat ke nak deco nnt...

Haish....bab bagi hadiah ni mmg penat nak pikir. ..balik dari ngeteh kat kedai mamak safiah bistro yang hampeh tu..singgah la kedai 2N tu...nak beli penyapu.

Dekat pintu masuk kedai tu ada banyak promosi cenderahati teacher's day...koi beli mug je..RM3 sebiji...beli 3 biji sbb diq kata cikgu dia ada 3 orang. ..kedekut tak mama Mukhlis?
Koi rasa mug tu comel je...kalau dia bukan RM3 pun koi beli juga. Mesti cikgu cikgu dapat banyak hadiah  tahun ni sbb promosi hari guru besar besaran sekarang. Berbeza dengan zaman koi sekolah dulu2.

Seingat koi. .tak pernah sekali pun koi bagi hadiah kat cikgu sempena hari guru.  Dan itu bukan budaya kat sekolah koi dulu. Kalau ada pun yg bg hadiah kat cikgu...hanya lah anak anak orang ada ada.

Tak bagi hadiah tak memberi makna yang kita tak hargai jasa guru kan...
Walaupun cikgu koi tak baca blog koi ni. .tapi koi nak ucap terima kasih pada semua guru yang pernah mendidik koi sehingga ke menara gading.

Cikgu salmah tadika kemas taman muhibah...cikgu sekolah kebangsaan bandar raub...cikgu sekolah tengku kudin, raub...cikgu sekolah teknik 1 kuantan. ...
Dan tak lupa Al Fatihah buat cikgu cikgu yang telah kembali ke rahmatullah...

Saturday, May 17, 2014

Ayuh mulakan!

1...2...go!

Mari kita mulakan sessi menjahit baju melayu untuk anak2 dan suami.  Koi reti buat baju melayu johor atau baju melayu teluk belanga kata orang je...

Baju melayu cekak musang tak reti. Takpe...lagipun memang dok kat johor...pakaila baju melayu johor...

Alah budak2 rimas kalau pakai baju melayu cekak musang tu...pakai yang takde kolar selesa sikit.  

Lagipun....semuanya baka tidak berleher jinjang...leher jawa...huahuahua..

Beli kainnya dah lama. Masa dalam kedai koi nampak warna hijau muda...sekali bila koi nak potong...haikkk....macam warna coklat je...koi pun tak tau warna apa ni.  Pencahayaan dalam Jakel tu barangkali telah memalsukan warna kain agaknya...heheh....(padahal sendiri rabun)

Tahun ni 3 pasang kanak-kanak. ..2 helai dewasa. Ingat nak nak jahitkan selai kat abah Raub. Koi belum ada keyakinan nak jahit seluar lelaki...
Kalau seluar tido koi....tader hall....

Ok...dah siap nnt koi tayangkan rupa bentuk nya

Ipad murah

Sape nak ipad murah?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
.



































Friday, May 16, 2014

Kentang pakai jeket ala melayu...

Tiba-tiba tekak mengidam makanan ala western pulak kannn...
Terpaksa la Google cara cara membuat jacket potatoes. .hehehe...
Agak mata biru rambut blonde agaknya yang dalam perut ni...
Mengidam yang ala barat aje ni. ..
Jacket potatoes koi ni...setakat apa yang ada je la...
Mula2. ..basuh kentang bersih sebersih bersihnya....
Pastu...cucuk cucuk dengan garfu...
Pastu...lumur dengan garam dan minyak...
Pastu...masuk dalam bekas tahan microwave
Pastu...tekan punat 'jacket potatoes' kat microwave
Pastu tunggu masak...
Oh ye...jangan lupa sedia kan pinggan...diiringi juga dengan sedikit kacang panggang.(jika ada dan jika suka)
Sedia untuk dimakan lepas dimasak....
Okeh..lepas gian nak makan kentang jeket...
Eh..bila masa si kentang tu pakai jeketnya??

Thursday, May 15, 2014

Speechless. ...

Umur baru 17 tahun....suruh sekolah tak nak...belajar malas..kerja tak rajin...tapi dok update status facebook pasal romen romen.

Inilah dia...belum masa dah menganggur...sampai masa kerja utk nafkah keluarga macam mana agaknya?

Kalau pelajaran takde..kemahiran takde...tambah pulak malas..tak dengar kata...rasa rasa lagi 10 tahun jadi apa?

Takut melihat anak anak remaja hari ni...anak koi juga akab membesar dan skan melalui fasa remaja juga.  Semoga dilindungi Allah selalu.

Wednesday, May 14, 2014

Kejelitaan hak milik setiap insan

Bagi koi Kejelitaan bukan hanya pada pada paras rupa...
Juga pada hati...barulah sempurna jelitanya. Kalau tak...tak lah sejelita mana pun kalau suka tabur fitnah sana sini...suka cakap kotor..suka merendah rendah kan orang lain...membuka aib org dengan sengaja dll.

Kalau korang masih ingat...tagline kejelitaan hak milik setiap insan ni diungkapkan oleh Dr. Becky M Leogardo. ..pengasas kosmetik NV. Koi tulis NV je sebab tak reti eja sebutan penuhnya...muehehhe....

Kosmetik mencerah dan menghilangkan jerawat yang sangat mahal dan berkesan di meletop sekitar koi tahun 1 di UTM. Tapi masa tu koi hanya mampu pakai krim fair and lovely je...Lepas kemeletopan NV ni...barulah keluar siri yang pengusaha melayu macam Felisa Kosmetik...de wajah...NV Dato Sosilawati (Allahyarhamah-semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh nya)

1 of my friend guna produk Becky M Leogardo (BML) ni...memang berkesan.  Daripada masalah jerawat super kronik...memang boleh hilang. Licin dan putih lepuk la kulit...tapi student kan....masa dapat loan...beli. ..habis loan...jerawat naik semula.  Tunggu next loan. Pagi pagi dah bangun. ..masuk bilik air sebab banyak jenis dan aturan penggunaan produk tersebut untuk dituruti. Yang nak sapu sapu..yang urut arah atas sahaja...yang nak bilas...adusss....

Apapun koi sangat bersyukur dengan kulit muka koi yang jarang sekali disinggahi jerawat walaupun takle segebu mana...dah cukup jelita dah ni sebab tak perlu habiskan ratus ribu RM untuk rawatan kulit muka. Cuci pakai sabun mandi pun dia tak protes apa apa. ..Sekarang koi pakai pencuci muka safi rania je...selain itu. ..memang tak rajin.

Tuesday, May 13, 2014

Refleksi seorang ibu...

Biasa kalau pergi ambil anak sulung koi di sekolah..koi akan bawak adik adiknya sekali. Si Aril akan duduk depan kat sebelah koi....yang nombor 2 akan duduk belakang.

Jarak antara rumah dengan sekolah sebenarnya dekat je...kebanyakan penduduk sini hantar anak jalan kaki je...tapi pasal malas nak gendong anak kecik...naik kereta je. Jadi tiap kali koi brek kereta...koi akan tahan sebelah tangan kat Aril...takut2 tersembam ke depan walaupun koi brek slow je. Alhamdulillah...setakat ni koi masih lagi memandu dengan berhemah. Mengikut peraturan jalan raya...bab masuk parking je ada sikit failed. 

Kelmarin..koi gi klinik kesihatan minum air gula. Tak bawa anak2...sbb ayahnya tolong jaga kejap. Tapi walaupun tak bawa anak bersama...bila brek...tangan koi tetap nak tahan seat sebelah tu walaupun takde orang kat sebelah tu....bila koi sedar...senyum sorang koi....

Koi ingat koi sorang aje begini...rupanya...ramai je ibu ibu begini ye? Sampai leh keluar katunnya...maknanya...benda normal bagi ibu ibu lah kann.?

Saturday, May 10, 2014

Pes Asam Pedas Mak Pon

Dah mudah..tetap nak mudah lagi...dari tumbuk lada pakai lesung batu...upgrade pakai blender....dari pakai blender...beli pes segera pula.  Melampau tak...ye...koi memang puak pelampau.

Penggunaan pes asam pedas Mak Pon ni...adalah kerana koi tak reti.masak asam pedas. Tengok kat Google macam payah benar nak masak asam pedas ni...malas weii...nak buat menda leceh ni. Dah la nak masak kena tunggu anak tido. Dah tu...sekali koi tekan punat blender. ..terus jaga... hmmmm...patah mood asam pesas koi.

Yang ni memang mudah...cepat dimasak...tak payah basuh blender. .tak payah celur cili kering. ...tak payah bukak Google menggunakan smart phone di dapur...cuma masukkan pes asam pedas mak pon ni ke dalam periuk bersama air yang disukat guna botol pes tadi tu. Taruk 2 botol air. Didihkan. Masuk kan pelakon utama asam pedas tersebut. ..ikan ke...ayam ke...pastu masukkan pelakon tambahan macam bendi ke...kantan ke...dah empuk semua....tutup api....sedia untuk dihidang.

Rasanya bagaimana? Eheh...memang meletupppp.....koi beli kat member...aka sub con lama dulu. RM8 sebotol. mungkin pada orang lain agak membazir sebab boleh buat sendiri....tapi masih jauh lebih jimat dari makan kat luar.


Friday, May 9, 2014

Poking-poking..liking - liking

Hari ni kita accept friend request dia...hari ni juga dia tag kita dengan pelbagai barang jualan dia di Facebook.  Ayoyo...uangan itu macam la kawan. ...kalau iyepun nak cari prospek...sila bawa bertenang...beri tempoh bertenang kepada bakal prospek.

Bagi komen komen mesra kat status tanda salam perkenalan ke....liking liking status ke...barulah manis nak tagging tagging. Macam kureng manis rasanya terus nak tag jual barang. Dah tu...dah tag orang
..tulis la sepatah ayat...
♥ free to remove tag...atau
lain lain ayat yang bgtau...kita boleh remove tag bila bila masa jika tak selesa. .Yelah...kadang kadang. ..diorang main tag aje...tag gambar kacang Ngan Yin kat kacang Pagoda Independent Distributor. Kan tak sesuai...

Sebenarnya. ..nak tag orang pun pada koi biarlah ber budi bahasa...tak kan la tak pernah bertegur sapa tiba tiba nak tag terus kan...barang dan gambar yang nak di tag pun kalau boleh biarlah ngam dengan prospek. Elakkan tag barang atau gambar boleh menimbulkan rasa kurang selesa kerana bila kita tag...semua friendlist dia boleh nampak kan..

Janganlah kita tag gambar set kesuburan pada rakan yang dah 5 tahun kawen tapi belum ada anak. Kecik hati dia...kalau nak pomot...sila PM. Oh ye...bila dah PM tu jangan la follow up hari hari. MELUAT wehh. Hari hari tanya. .nak beli tak? Tak nak beli ke?

Koi pun selalu juga tag kawan kawan..tapi tengok tengok juga la sapa kawan nya tu. Tak boleh la sebarangan tag aje. Oleh itu apa kata penuhkan diri kita dengan ilmu Facebook genius anjuran Smart Tycoon Group. ;)

Thursday, May 8, 2014

Bantal leher. ..

Haa....mengada tak? Siap beli bantal leher untuk keselesaan ketika berada dalam kereta untuk perjalanan jauh. Koi beli ni kat Jusco Taman Universiti. ..harga RM5 sebiji.  Koi ambik satu...secara otomatik 2 bujang koi akan ambil juga sorang satu.

On the way balik dari Jusco siap test masa menunggu kat lampu isyarat. Taruk kat tengkok pastu sandar...uuuu...memang selesa lahh...hahaha...

Dah sampai rumah...tak sampai 24 jam bantal tu masuk rumah...dah koyak dikerjakan budak berdua tu...hmmm...ganassss...? Memang ganassss.  Tiga tiga biji pulak tu koyak..haduss...anak anakk....

Koi pun jahit la...bantal merah..tapi jarum yang dah stand by benang warna biru. .koi baru nak start menjahit...dah kena sound.

"Mama...kalau bantal merah...mesti guna benang merah...atau jingga.. "

"Alah..bantal je...bukannya baju"

"Mama..ini bukan masalah baju atau bantal...ini masalah disiplin..."

Erk...disiplin?

Jap...baru kelmarin sambut birthday 6 tahun...kek birthday dalam ais box pun belum potong lagi...dah sound mama tentang disiplin menjahit. 



Wednesday, May 7, 2014

Atas ke bawah?

Semalam Umar Mukhlis bawa pulang name tag. Dah masuk bulan Mei baru siap name tag nya...lamanya...sejak bila pulak name tag sekolah semuanya pattern bersulam ni koi tak perasan pula.

Lepas tu Mukhlis cakap...nametag tu kena letak bawah lencana sekolah? Haa...bawah lencana. .mana ada orang letak bawah lencana.  Atas la...dia tetap kata kat bawah. Koi nak jahit atas drpd poket tu...merajuk pula...cikgu suruh jahit kat bawah kata dia.

Yelah... koi jelujur kasar je bawah lencana tapi still dalam kotak poket. Seingat koi masa sekolah dulu mmg atas lencana. Dah tanya kawan kawan kat Facebook pun diorang kata atas lencana. Nnt balik sekolah nak tanya cikgu dia...tempat yang betul nak letak.

Name tag prasekolah aje pun..kepochi betul mama mukhlis ni..

Tuesday, May 6, 2014

Sampai pengsan?

Bagi koi...tempat seorang wanita atau gadis atau perempuan...bukanlah di stadium bola berasak asak membeli tiket menonton bola sepak. Sedangkan solat lebih afdal dilakukan di rumah...tak perlu ke jemaah ke masjid..ini pula tengok bola sepak.

Minta maaflah...koi kurang simpati pada kes kes pengsan di stadium ni..lainlah pengsan kat kantin sekolah ke...pengsan masa tunggu bas ke...duduk rumah tgk kat tv kan boleh.  Takyah poyo sangat boleh dakk?

Ada orang cerita...tiket bola malam tadi...orang nak beli...kul 9 malam sebelumnya dah sampai stadium. Pasang khemah mini kat depan stadium tu. Kul 6 pagi dah beratur panjang.. .erk....hebatnya penangan bola sepak.


Monday, May 5, 2014

Ibu atau isteri?

Tajuk kena ada kontroversi sikit...baru nnt orang nak baca...hahaha

Takde la...amik kat Facebook tadi...jujur koi kata koi tak kisah pun kalau suami koi utamakan mak dia...kerana doa dan redha dari ibu bapa tu sangatlah diperlukan oleh anak2. 

Tapi koi hangin satu badan kalau si dia dok tulun mamat sorang tu.  Dulu koi tak kisah. .koi anggap sedekah. ..adik beradik apalah nak kira sangat...tapi bila tau pertolongan tu tidak dihargai...terus rasa menyampah melimpah ruah.

Selagi si suami tidak mengabaikan anak isteri sendiri...rasanya taklah menjadi masalah suami nak hulur duit...nak jenguk...nak belikan apa apa kat ibunya. Yang selalu jadi masalah dalam majalah yang koi baca...bila pendapatan suami tak seberapa...ibu dan ipar duai kerap meminta minta...isteri pula kena tanggung belanja rumah tangga. Itu mmg tidak adil. Kita yang baca ni rasa geram pula kat keluarga suami yang dalam majalah tu. Hehehe...emo plak hari ni...

Al Quran

Wahai teman yang kami hiburkan
Quran itu wahyu Tuhan melalui lidah Rasul
Kalam Tuhan membawa kebenaran...
Mari teman dalami AlQuran...usah diragu tentang benarnya
Pelindung hidup insan di dunia
Agar insan bahagia abadi



...itu antara bait bait dalam nasyid masa mengaji kat taski Abim masa zaman sekolah rendah dulu. Gambar yang di attach ni pulak. ..gambar hantaran tafsir al Quran dr adik kepada bakal tunangnya. Tapi entry ni bukan nak buat tutorial gubahan Al Quran...
Sebenarnya. ..Al Quran tu koi yang beli...tapi bila dah sampai. .edisi kepahlawanan la pula...so hingga kini koi masih mencari tafsir Al Quran pelangi versi wanita. Koi sempat baca sikit...pakai bahasa Indonesia la...tafsir yang koi punya kat rumah pun pakai bahasa Indonesia juga. tapi takde masalah pun nak baca...rajin dengan tak je kan...hehe...
Siapa ada jual edisi wanita.? Meh wasap koi...017 7995824. .koi nak beli.

Sunday, May 4, 2014

Inche Suami Sudah Pulang. ..Yeaayy..

Yeayy...suami koi dah balik kul 3 petang tadi...bawak balik ikan segar dari laut...Alhamdulillah...penuh peti ais..dah la peti ais kitorang tu kenet je...

Kali ni banyak ikan cencaru. Kerapu sekor. Ikan kembung kecik2 . Pastu tak tau ikan apa tah lagi.

Tanya juga...sotong takde ke?...

Sotong musim kat terengganu... dapat 6 ekor je..kecik2. .buat umpan dah...

Pagi tadi masa rendam ikan beku dr peti ais. .lupa nak tutup tingkap dapur...hasilnya...ikan kena kekah dengan kucing jiran.  Jiran punya kucing ke...atau kucing liar kat luar tu koi tak pasti. Memang koi selalu bagi makan..tapi kat luar je. ..hari ni dia menceroboh pula. Tapi takpe...dapat ganti satu peti...hehe. .

Nak kena  letak gambar ke?..tak yah la...

Gubahan Lollypop

Walaupun jenamanya bukan lollipop..tapi tetap juga kita panggil nya lollipop. So ini hantaran gula gula lolipop jenama berjenama. Hehe...
Balut lolipop dengan kertas warna ikut tema...koi belasah je apa yg budak berdua tu beli..bila tanya nak buat apa benda ni. .? Masing2 jawab ntah...buatlah apa yang patut...hmmm...rasanya inilah gubahan yang paling koman dalam industri lolipop ni.

Nak balut...koi tgk org lain balut lawo je..tapi koi tak reti..so koi balut ikut cara sendiri je. Nak tanya orang segan...belasah la...koi gunting je kertas tu dalam bentuk 4segi sama ...agak agak je...tak ukur pakai ruler pun. Pastu koi tebuk tengah tengah kertas tu umtuk masukkan batang lolipop. Lepas tu bentukkan kon pada gegula lolipop tu..
lepas tu pulak..gamkan supaya kemas, aman, damai sentosa.
buatla sebanyak mana yang perlu. .


Saturday, May 3, 2014

Birthday Inche Suami

Hari ni 3 Mei genap la 37 tahun usia En. Suami koi. Muda lagi...koi tak bagi apa apa hadiah pun..sebab dengan keizinan koi utk beliau mancing kat laut...kira hadiah la tu.

Kali terakhir beliau mancing kat laut naik bot masa anak sorang. Tahun 2008 rasanya. Alat alat pancing pun dah berkarat. Sempena nak gi mancing ni...semua beli baru...heh..kopak.

Kali ni beliau gi mancing kat Sedeli, Mersing. Tak jauh sangat...koi okay je la...siap pesan..otw balik beli keropok lekor dengan ikan kering. ..hahaha...kalau masih dalam johor je...koi tader isu sangat.  Kalau sampai ke teganu...sampai ke sabah...tak bagi la...jauh sangat...nnt lama sangat berpergiannya.

Orang kata kalau bini mengandung tak boleh memancing...Koi tak tau kenapa begitu.  Bagi koi kita bukannya berniat nak aniaya binatang. Mancing ikan hasilnya untuk dimakan. So..takyah fikirkan yang bukan bukan. Lagi satu koi selalu fikir kalau mmg orang tu mata pencariannya dengan memancing..takkan la tak cari mkn selama 9 bulan kan. .. so...ayah..sambil2 mancing jangan lupa zikir. Solat jangan lupa...

Okay jom tido...esok abang mukhlis school.  Baju lom gosok. Esok je la....dah nantuk..

Post Terhangat