Tuesday, September 3, 2019

Introvert bukanlah teruk sangat

Mama Yan suka tengok Vlog Markian ni..
Memang best..
Tapi Mama Yan tak mampu nak buat macam ni..
Tengok saja dahh..
Buat video memang bukan kepakaran Mama Yan...
Mama Yan pernah sekali cuba cuba rakam video...
Kekonon nak buat vlogger..
Bila tengok sendiri balik semula...
OK...sangat buruk rupanya..
Jangan kata nak video atau vlog...
nak guna voice mail whatsapp pun Mama Yan tak pernah.
Mama Yan akan taip je..
Kalau tengah drive sanggup berhenti utk balas whatsapp drpd pakai voice tu..
Rasa macam...
"ala...malu nak dengar suara sendiri"
hihihihi



MENGELAK UNTUK JAWAB SOALAN DALAM KELAS
Yang ni memang Mama Yan zaman dulu.
Tapi bila kita dah mesra dengan cikgu tu,..
Memang mulut kita aje yang riuh dalam kelas.
Kalau seminar seminar ke..kursus ke..
Paling tak suka dapa fasi atau penceramah yang bawah mikrofon ke hulu ke hilir,
Lepas tu soal soal orang...

Perkara paling mendebarkan bila cikgu/lecturer siap tengok list nama
untuk dia panggil.
Masa tu...berdoa macam benda tu antara hidup dengan mati...
Bukan tak tahu jawapan..
Tapi...entahla...

MAMA YAN SUKA BILA PLAN TAK JADI
Bukan takat suka...malahan bersyukur...hahaha.
Paling malas kalau kena pergi kendura kendara sedara mara sebelah suami...
Sshhhyyy...jangan sebarkan berita ini...nanti mentua kecik hati...hihihi...
Berada dalam majlis keramaian amat melelahkan...


ELAK JUMPA ORANG KAT PUBLIC
Bukan sombong...tapi Mama Yan pun tak tau nak cakap macam mana...
Kadang2..buat main henpon..
Kadang2 patah balik...
Tapi untuk yang tak berapa rapat la...
Kalau bestfren/ex housemate tu...lain laaa..


TAK SUKA PELUK PELUK
Masa awal awal masuk family suami...memang janggal tau.
Nak laga laga laga pipi...hihi...
Berapa kali nak laga...dua kali ke tiga kali?
Nak kena peluk2 bila jumpa...
Alahai...kaku rasanya bila nak buat buat mesra dengan orang yang kita belum biasa...


TAK SUKA MAJLIS KERAMAIAN
Kalau boleh elak....memang nak elak..
Tapi menghadiri jemputan tu wajib kalau dah dijemput.
Selalu cari port yang terpisah dari sedara mara..hihihi...
Lepas tu...gunakan anak menangis sebagai alasan nak balik awal.


TAKUT ANGKAT PHONE CALL
Hahaha,..yessss,..its so true
Mama Yan tengok,
Suami Mama Yan pick up phone call takde sibuk dia nak kaji siapa call.
Angkat je,..nombor kenal ke,.tak kenal ke...
Mama Yan??
Sanggup Google dulu nombor tu sebelum pick up call...
lagi sakit kalau nombor tak keluar..
Cissss..dah kenapa nak private private number phone ni??

Bukan takat pick up je...
Kalau suami Mama Yan ada bagi satu contact untuk deal barang ke, supply apa apa ke....
Mama Yan akan memilih untuk whatsapp atau email dulu instead of direct call orang tu,
Then suami pun cakap..
"eh..call terus kan senang"
Mama Yan menjawab la..
"kalau tahu call senang, kenapa tak call sendiri je?"

ELAK PERBUALAN SELAGI BOLEH
Dulu..ke mana mana mesti bawa atau majalah...
Sebab nak isi masa dengan membaca.
Kalau menunggu kat kat klinik atau tunggu bas,
Memang membaca jelah.
Sebab takut kalau tak buat apa apa nanti orang sebelah ajak berbual.
Bila kita tak tahu nak berbual apa,
Atau banyak diam,
Atau tak banyak cakap,
Nanti dikata sombong pula..


GUGUP BERCAKAP DEPAN ORANG RAMAI
Gugup ni bukan kita tempah...
Menda ni memang ada dalam diri kita sejak azali la rasanya...
Mama Yan bukanlah pasrah aje...
Cuba juga melawan kegugupan...tapi...
Bila berada di hadapan orang ramai...
Mulalah perut terasa seperti diperah perah..
Air liur jadi kering...tekak kering...
Masa zaman student dulu,
Mama Yan selalu volunteer nak jadi pembentang projek.
Cuba untuk lawan kegugupan...
Cuba la juga walaupun presentation hancur 


TAHU SEMUA GOSSIP
Memang banyak tahu gosip sekeliling...
Sebab bila nak bergosip je...kawan kawan cari Mama Yan..
Jauh nu duk kolej sebelah...sanggup datang meluah perasaan.
Jadinya...memang banyak simpan gosip dan rahsia orang,


SELALU BLANK
Ok...dalam otak ni dah susun baik punya ayat.
Praktis depan cermin bagai..
Tapi bila tiba masanya...
*blink*
Hilangggg....
Adoyaiii...
Kadang tu...rasa nak tanya macam macam...
nak cakap macam ..
Bila round table,
"Yer Puan Azian, ada apa apa nak cakap"
Laju je kepala hotak ni menggeleng...


GOOD LISTENER
Yess...I'm good listener. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Good la sangat kannn

Roomate masa study clash dengan boyfren...
"Ayan...masuk bilik aku jap"
"Aku dah clash dengan Amran (bukan nama sebenar).....huaaaaa"

Kawan kuliah gaduh dengan roomate.
"Ayan, ko free tak? Teman aku pergi cafe jap"
"Tadi aku gaduh besar dengan Yana...huhu"

Housemate ada crush baru..(tiap bulan tukar crush)
" Ayan, tadi kan....aku nampak crush aku senyum kat ngko. Pergh jeles siot..."
dah crush dia satu group lab dengan Mama Yan...nak wat caner...
Tersenyum tanpa sengaja...


Suami Mama Yan sangat berlawanan dengan sifat sifat yang di atas..
Dia macam takde apa perasaan pun...
Nak inspection ke..Temuduga ke...Ujian ke..
Lena aje tidur, kenyang aje makan.

Kalau dalam meeting...(kami selalu pergi meeting berdua)
Suara dia je selalu mendominasi meeting..
Semua benda dia nak highlight..
Meeting setengah jam boleh jadi satu jam,
Banyak je point dia nak cakap...
Mama Yan..tukang salin je la..
Sebab gugup teruk sangat..
kadang bila terlampau nak lawan sangat kegugupan tu,
Ayat yang keluar macam nak ajak bergaduh...hahaha..
that is why I love writing.

Jangan terkejutla..
Kot kot satu hari nanti jumpa kat luar..
Mama Yan ni dah la tak peramah,
Kerek pula tu,
Air muka garang...tak sama macam gambar selfie filter patbelas kali..
Bercakap macam nak ajak gaduh..
Memang sebenarnya tak berapa reti nak kawal intonasi dan mimik muka bila bercakap.

Inilah doa yang diulang-ulang oll the way nak sit exam atau interview atau masuk meeting



11 comments:

norhidana said...

tak sangka nya, sbb kalau baca kt dalam blog nih, nampak yg mama yan nih seoarang yg ramah n suka berkawan gitu. Tp yelah mungkin kawan di alam maya lain dengan jumpa secara berdepan kan. Kalau dana nih, jenis yg talkative, mudah jgk la berkawan mungkin sbb jenis tak malu hehehhehe

AzianKhalil said...

Dana> Memang tak sangka...sebab kat luar sangat berlawanan dengan dalam alam siber. Kadang2 bila nak buat2 peramah sangat, bila terlalu mencuba...dia jadi kelam kabut semacam. sampai terjatuhkan barang la..tertepis la...tumpahkan air la...

Farhana Jafri said...

hahaha kita ikut mood, kadang introvert kadang extravert.

AzianKhalil said...

Farhana> yang macam chameleon tu kita namakan ambivert

Sunah Sakura said...

macam banyak je persamaan kat atas tu...tapi tak nak la mengaku introvert...tak best

AzianKhalil said...

Sunah> Memang tak best pun...Sangat struggle nak keluar dari perasaan tu.

Mrs. A said...

Huish!!! tak sangka berlawanan kekdahnya Mama Yan ni dari realiti hiks!

Mrs. A sama je kot di alam maya dan diluar cuma bila 1st impression orang akan cakap ingatkan sombong, muka sombong je hahahaa...

Etuza said...

Asalamualaikum..bertemu kembali

Fatin said...

Mama yan tulis macam kena pada saya je.

Sha Mohamed said...

Good listener tu memang tak dinafikan..

dear anies said...

takut angkat phone tu sm mcm sy...dulu tak. tp sejak 2011 sy jd seakan fobia...skrg tgh cuba atasi perlahan2...

Klik! Klik!

Post Terhangat