Saturday, September 14, 2019

MY Healthy Journey 1

Oleh kerana Mama Yan ada baca satu tulisan tu...
Katanya...
Kalau nak sihat...
Kena jaga pemakanan.
Sebab, kalau nak sihat, 
Kena dapatkan berat ideal,
Kalau nak dapatkan berat ideal pula,
 pemakanan sumbang 80%,
Manakala senaman pula sumbang 20%,

Jadinya,
Mama Yan pun google makanan makanan dan cara pengambilannya untuk membantu menurunkan berat badan Mama Yan ni.

Mama Yan ni bukan berisi atau gempal lagi dah...
Ni dah kategori gemuk.
Bila gemuk...
Masalah darah tinggi Mama Yan pun susah la nak dikawal...
Itu belum lagi dua tiga minggu lepas punya kes...
Bila makan je rasa panas kat perut, dada dan tekak...

So Mama Yan seboleh bolehnya nak amalkan makan dengan konsep 
'Suku - suku - separuh"
Suku karbohidrat,
Suku protein,
Suku sayur2 dan buah buahan


Yang ni bukan sahaja berkonsepkan suku suku separuh...
Tapi juga eat clean & real food...
Mama Yan makan nasi 3/4 cawan, 
Dada ayam tu Mama Yan masak guna non stick pan...
Lepas tu, makan dengan ulam timu dan daun selom...
Takde garam dan perisa,

Kalau makan kat kedai,
Mama Yan cuba untuk tak ambil kuah.
Ni memang kena keazaman yang kuat ni
Tengok kuah asam pedas kat kedai...
Memang kecur...
Tapi,
Dalam kuah asam pedas tu...
Ada minyak, ada garam, ada aji, ada gula, ada belacan...
Kenalah kita kurang kurangkan pengambilannya

Nak istiqamah makan eat clean dan suku suku separuh ni memang susah sikit...
Hihihi...
Tapi cuba lah sedaya upaya...
Dapat yang seakan akan sama pun jadilah...

Semoga Mama Yan dapat berterusan jaga pemakanan untuk kesihatan yang lebih baik..
Aminnn

5 comments:

Sha Mohamed said...

Semoga terus kuat semangat mama yan.. you can do it..

Sheila Arshad said...

ammi tak pandai makan xde kuah..tercekik rasanya.

semoga konsisten tau mama yan

Warisan Petani said...

memang susah nak kawal selera kita.

Sunah Sakura said...

nak start jugak makan camni...tapi susah la asyik ade food review je..hahahaha

Suria Amanda said...

Semoga kit sama- sama istiqomah menjaga pemakanan, ye betul kalau ada darah tinggi kena kawal pemakanan dan kawal berat badan...sama macam apa yang SA buat sekarang...

Klik! Klik!

Post Terhangat