Thursday, September 5, 2019

Tengok bola ramai-ramai

kalau game yang besoknya cuti sekolah,
boleh la bawa anak anak tengok...
memandangkan sekarang dah tak berapa ramai orang datang berkunjung ke stadium,
Boleh la bawa anak anak tengok bola kat Stadium Larkin.


selalu masuk pakai annual pass...
tapi kali ni kena la beli tiket tambahan..
Sebab pas ada 3 je...
Yang nak perginya 7 orang..
Dewasa ke...
kanak-kanak ke..
Sama harga ye..RM10 jugak setiap orang..

Anak anak seronok...Alhamdulillah..
Ni sebenarnya kisah 2 minggu lepas..
tapi takde mood nak story mory entry...
So..ni mood dah ada sikit..
Gambar gambar dah jauh ke bawah dah...
Malas nau nak korek korek balik,...
Hehehe...malas tu tetap ada kannn..
Susah betul nak simpan jauh jauh..

Anak Mama Yan yang nombor 3 tu...
Dalam gambar duduk menjauh je...
Merajuk..
Minta henpon..Mama Yan tak bagi...
Dia nak rakam video katanya...
Tak berani nak bagi anak anak main handphone kat luar rumah..
bahaya..
kalau tercicir susah pulak nanti...
lagi pun takut dia khayal dengan handphone...
Kalau kat rumah lainlah...
Kalau handphone je hilang takpe lagi...
Takut orangnya yang hilang sekali...
sebab tak alert dengan keadaan sekeliling..

kalau tengok bola kat Stadium Larkin ni..
Insyaallah...sesuai bawa anak anak...
Sebab nak masuk tu..
Ada inspection beg,
Tak boleh bawa pisau, atau sebarang senjata,
tak boleh bawa trumpet, wisel, mercun, bunga api, lighter...
tak boleh bawa air botol...walaupun dalam botol tupperware limited edition..
kena tinggal kat pintu masuk ok...
air kotak dengan air cawan je boleh...
Tak boleh hisap rokok...
Nak hisap rokok kena keluar stadium...
Kalau hisap rokok dalam stadium juga...nant marshal kejar dan halau keluar..
Tapi Mama Yan tengok...
rupa marshal stadium dengan bouncer security, dah tak jauh beza dah...
hahaha.

So dengan adanya brader brader kat atas ni..
Boleh la kita lepak tengok bola dengan santai di Stadium Larkin ok..
Tak sabar tunggu stadium baru...




8 comments:

Sheila Arshad said...

penyakit M memang susah diubati... nak bawak M jumpa R bukan main jauh lagi ye mama Yan

Sha Mohamed said...

Wah.. seronok bebudak tengok bola ye..
Memang bahaya bila anak-anak leka dengan hp.. risau lain jadinya..

Sunah Sakura said...

stadium baru kat mana ekkk

norhidana said...

dh 37 tahun ni sekali pun tak pernah ke ke stadium bola kih3... jakun betul
baru tahu ada peraturan mcmtu kt stadium johor, tp bagus jugak lah... persekitaran bersih dan paling best tang ada bonzer tuh, yg merokok kene kejar tu bagus... menganggu je

dear anies said...

nanti pindah ke stadium baru... lagi syok laa org johor...

Ujie Othman said...

bagusnya peraturan gitu. akak tak pernah tau, sebab tak pernah masuk stadium tengok bola..hehee

AZ .Com said...

Stadium baru, harap2 semua org boleh jaga stadium ni baek2..

AzianKhalil said...

Sheila > Memang..bila angin M tu datang,rasa nak baring2 je..
Sha > Budak budak...asal dapat ikut mmg seronok..
Sunah> Stadium baru kat jalan Gelang Patah
Norhidana > Meh la ke Stadium baru nanti...besorrrr
Anies> Mudah-mudahan....
kak ujie> stadium ni..sejak tmj take over je mcm ni..dulu tak best pun
az.com> insyaallah...kita jagalah bersama samaaaaa...

Klik! Klik!

Post Terhangat