Monday, September 16, 2019

Membaja Kebun Kampung Sekijang

yuhuuuu...
Ni kisah cuti Isnin minggu lepas..
Masa cuti keputeraan Agong..
Tapi Isnin minggu ni baru berjaya upload entry...
Seminggu betul.
Busy banyak minggu ni...
Tak sempat nak mengarang...

Mama Yan, suami dan anak nombor 1 dan 2 pergi membaja pokok sawit kat kebun Sekijang,
Beli baja 2 guni je..
Beli pun kat kedai Aneka je..
Mahal sikit la tapinya,
Dah tu... kedai baja kat Labis tu tutup.
Mana yg dapat ajelah


Alhamdulillah..
hampir semua pokok hidup subur...
Adalah beberapa pokok je yang kurus...

Mak mertua pun ikut sekali nak tengok kebun..
Excited mak bapak bila anak anak beli tanah dan suka berkebun...
Biasalah..Orang tua kann..

Membaja selesai jam 1 tengahari..
Kejap aje rupanya membaja sawit dua ekar ni,..
2 guni baja pun tak habis...

iyo iyolah tu budak2 ni...main je lebih

suamiku yang paling sweet sawit


pemandangan dari dalam kereta sebelum bertolak pulang

Lepas kami membaja...
Balik rumah mertua dulu...
Makan...mandi..rehat rehat...
nak balik tu...hujan lebat...

Alhamdulillah...
semoga Allah Taala menyuburkan segala tumbuhan dan hidupan yang memberi manfaat kepada bumi kita ini...

7 comments:

Sha Mohamed said...

Wah.. aktiviti yang menarik.. Sha tak pernah ikut lagi suami membaja Sawit.. rasa macam susah je.. hehehe.. tabik spring kat mama yan..

Sheila Arshad said...

seronoknya ada tanah sendiri... sy tanah dlm pasu pun xde hihi

Sunah Sakura said...

best aktiviti camni..mak kat kampung pun skang tengah usahakan tanah kebun yang diorang baru dapat..seronok tengok gambar dalam wassap family..

Warisan Petani said...

Mudah2an bertambah subur dan cepat mengeluarkan hasilnya.

Suria Amanda said...

Lamanya tak buta aktiviti macam ni...

I am LZ said...

Berbudi kepada tanah, in shaa Allah Mama Yan dapat rasa hasilnya nanti.

adianiez AIDA said...

wah. ada tanah sawit.
terbaik :)
untung masa depan.

Klik! Klik!

Post Terhangat