Saturday, November 2, 2019

Simpan sikit comel

Maaf lah...
Kadang kadang...
Sebagai ibu bapa...
Kena simpan sikit kecomelan anak kita tu untuk tatapan sendiri je...
Tak perlu sebarkan ke media sosial...
Memang kecil lagi...
Tapi jika digayakan,
Nampak jauh lebih matang dari usia,

Internet ni umpama
Dunia tanpa batasan dan sempadan,

Pedofilia melihat gambar kanak kanak comel,
Yang digayakan seperti orang dewasa,
Tapi mereka mencari mangsa di kalangan mereka yang tidak digayakan.
Kerana,
Yang bergaya dalam gambar biasanya terkawal rapi 24jam,
Manakala mangsa pula ikut kesempatan dan peluang yang ada,
Susah nak cakap,
Tapi rasanya paham kannn..
Apa maksud Mama Yan...

(Gambar anak pompuan sedang tidur, rambut mengurai bak snow white, pijama terselak hingga ke peha)
Gambaq tak boleh dipamerkan sebab nanti maknya saman ceq

Memang ramai yang puji cantik...
Comel...
Ye...tak dinafikan.
Mama Yan sendiri terpegun melihat kecantikannya,
Tapi pada Mama Yan...
Gambar begini tak seharusnya dijadikan tatapan umum.

Tak suka buat apa follow...?
Bukan tak suka...
Suka sangat...comel sangat...
Tapi sebagai ibu,
Tapis tapis sedikit gambar yang perlu atau tak perlu dikongsi...
Buat ibu bapa yang membaca,
Harap harap
Kita tak jadikan ia sebagai perkara biasa biasa ok.
Kerana masyarakat kita sedang sakit.






4 comments:

Warisan Petani said...

Mudah2an sentiasa mendapat perlindungan daripada-Nya

Sha Mohamed said...

Betul teguran mama yan tu.. semoga semuanya dalam perlindungan Allah.. Aamiin..

Sunah Sakura said...

zaman sekarang ni bahaya sangat....dah nazak betul masyarakatnya...

dear anies said...

krn itulah sy berasa krg sng bla org ramai muat naik fsl bayi mereka di soc med tanpa fikir pnjg

Klik! Klik!

Post Terhangat