Wednesday, January 15, 2020

Bekas beras Tupperware

Ada la sekali tu,
tiba tiba je suami Mama Yan tanya...

"Mama tau bekas beras Tupperware?"

Mama Yan memandang suami dengan penuh kehairanan..

Dalam hati sudah bersorak...adakah si dia ingin menghadiahkan aku dengan bekas beras Tupperware ini?

"Tahu...Mama kan ahli Tupperware...kenapa?"

"Ooo...semua orang tahu ye?"

"Kenapa? Nak belikan mama ke?" Mama Yan terus mendesak suami kenapa dan kenapa..

Yelah..tak pernah pernah tanya pasal Tupperware, tiba-tiba bertanya.

"Takdela...tadi masa berbual dengan Fattah Amin (bukan nama sebenar) dan Aaron Aziz (juga bukan nama sebenar)...diorang bercerita pasal bekas beras ni. entah apa la istimewanya...si Aaron Azizi, isterinya siap main undi nak beli bekas beras ni"

"Orang rumah Fattah Amin pula, tak boleh tidak, nak juga. Fattah Amin tak layan, orang rumah nya order sendiri. Pakai duit sendiri. "

Mama Yan tergelak sakan mendengar. Mana tidaknya, rupa-rupanya orang lelaki juga membawang tentang karenah orang rumah masing-masing.

"Lepas tu, diorang tanya ayah, bekas beras rumah kita macam mana? Entah entah dah bertukar rupa tak? "

Hahaha...Mama Yan sambung gelak...

"Fattah Amin tu kaya kot...gaji dia sebagai dot dot dot tu...rasanya dah dekat belas ribu wo. Takkan la bekas beras tiga ratus ringgit tu berkira."

"Haaaa?? Tiga ratus ringgit? Bekas beras menda tu? Beras boleh membiak ke?"

"Mama dah agak dah... mesti ni jawapan ayah. Sebab tu malas nak beli."

"Eh takla...kalau mama nak beli...ok. Belila..."

"Kalau mama nak beli, memang dah beli dah pun...hihihi...Tapi sebab tak rasa perlu. sebab tu tak beli.
Bekas beras tu tak penting...yang penting isi dalamnya...betul tak?"


Encik suami senyum je...
Haa...bertuah kan dapat isteri macam Mama Yan ni...dah la cantik, rajin, pandai berjimat...hahaha
Suami tak tahu harga skin care Mama Yan...Kalau tahu...entah laaa...hahahaha

5 comments:

norhidana said...

hahahhaah
dana walaupun suka barang tupperware tapi takde keprluan nk beli bekas beras nih heheheh pakai je bekas tupperware yang besar muat untuk beras 5kg beli yang harga dalam 70 ke rm100 tu hehhe...

nasibla mama yan tak mintak jugak yek kt en suami, agak-agak kalau mintak dia belikan tak ek

AzianKhalil said...

Norhidana > kan dana kannn... takde keperluan. Yg perlu isinya tu...hahaha

Ujie Othman said...

Makk aii...mahal beno rm300 😇
Kalau akak pun blm sanggup.

Mrs. A said...

Mrs. A pernah belikan untuk mak Mrs. A bekas tu tapi mak kata susahlah nak guna sorong tarik, sorong tarik.

Mak cakap biarlah mak guna tempayan mak tu jer... sentap rasa masa tu tapi lama sangat dah bekas tu pun ntah pi mana balik kg nanti nak cari baliklah.

Sunah Sakura said...

bekas beras tu kakak ipar kita ada...dia macam fancy la kan...senang kalo suruh anak2 tolong masak nasi kalo mak nya kat luar..

tapi betul jugak, kalo tak berapa perlu, buat apa beli kan...kalo skin care, memang diperlukan...ehhhhh

Klik! Klik!

Post Terhangat