Harga baju sekolah tahun 2022 - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Saturday, March 12, 2022

Harga baju sekolah tahun 2022

 Alhamdulillah...dah selamat membeli pakaian sekolah anak anak.
 Tak semua lah berganti, Mama Yan dah check sehelai demi sehelai.
Mana yang boleh pakai lagi, mana yang boleh bagi adik, mana yang kena alter aje, mana yang kena tambah, mana yang dah tak muat.


Tapi macam biasalah.. Masa kat rumah plan lain, sampai kedai lain pula. Ada je tambahan tambahan sunnatan. 

Abang:- 
Tak sedar entah bila masa budak ni meninggi dengan jayanya. semua baju dan seluarnya senteng. Tu yng kena belikan seluar baru. Lagipun seluar sekolah dia bukan saja dah senteng, tapi dah terkoyak sikit kat bahagian hujung kaki seluar tu. Tersangkut kat basikal kata dia....hahaha..

Baju sekolah putih saiz 32 jenama Falcon - RM 28.90
Seluar sekolah menengah saiz 29 jenama Falcon - RM 43.90
Baju Pengakap saiz 32 Jenama Falcon - RM 28.90
Seluar biru tua saiz 29 jenama Falcon -RM 38.90
T Shirt Pengakap - RM 38.90
Skaf Pengakap RM 8.90
Topi Forage Pengakap RM 13.90
Lencana Pengakap RM 15.40
woggle RM2
Tali pinggang RM 9.90

Moq:- 
Belikan dia sepasang aje dulu. Tengok jadual. Biasanya uniform sekolah pakai 2 kali je seminggu. hari selebihnya baju sukan/ baju KRMJ/baju unit beruniform. 

Baju sekolah putih saiz 34 jenama Falcon =RM 28.90
Seluar sekolah menengah saiz 36 - RM 47.90
Tali pinggang RM  9.90

Aril:
 Tak belikan Aril baju sekolah putis sebab baju sekolah abang dia dah boleh pakai. Semua masih elok dan cantik. Mama Yan dah tetas semula nametag, nanti jahit nametag Aril pula
Seluar sekolah biru tua Saiz 27 RM 38.90

Ucid : 
Sama juga macam Aril, beli sehelai seluar sekolah sahaja. Dah acu baju lama Moq, muat elok. 
Seluar sekolah biru tua Saiz  32 -RM40.90

Sarah: 
Tambah lagi sepasang baju sekolah sebab Sekolah agama pun pakai baju sekolah yang sama juga. terkejar kejar mamanya nak basuh baju nanti. 
Anak tudung dia entah terselit kat mana, so belikan lagi 2 helai. legging pun kena tambah juga. Anak anak perempuan sekarang dah kena ajar pakai seluar panjang kat dalam kain. 

Baju kurung sekolah putih  Saiz 24 jenama Falcon RM 28.90
Kain biru sekolah rendah Saiz 24 jenama Falcon RM31.90
Anak tudung 2 helai RM 8.90 sehelai
Legging hitam -RM19.90

Beli juga Stokin sepasang sorang. 
Awal tahun hari tu, Mama Yan dah belikan 10 pasang. Ada lagi 1 je tak berbuka. Yang lain, semua dah pakai...ada juga yang dah jadi duda, ada yang dah jadi balu... entah kat mana la pasangannya terkorban, gagal ditemui.  Ada yang bertemu dengan pasangan yang berbeza jenama, lain sebelah ... Lantakla anakkk.... asalkan berstokin, dalam kasut orang tak tau.
6 Pasang RM 20.00

 Kesemua barang barang di atas, menjadikan harga yang dibayar oleh ayahnya RM 519.60.
hhehe... begitulah anak ramai ye... Redhalah membayarnya, tapi mujurlah anak anak tak kisah pun kena pakai baju abang abangnya. Kasut pun sama, yang abang tak muat, adik sambung. Yang untung tentulah abang dan Sarah tak pernah share dengan sesiapa..hahaha...

Tulisan ni sekadar merekodkan aktiviti keluarga MY sahaja. Takde niat menunjuk mahupun mengeluh.... Kami happy dan enjoy aje mencari kelengkapan anak anak.

 Mungkin orang akan cakap, alahai ade je jenama murah. Betul tu. Dah pernah beli beberapa jenama sebelum sebelum ni. Tapi jenama yang ni, walaupun gosok lebih kurang aje, tetap nampak kemas dan licin. Walaupun dah pakai bertahun, warna masih cantik, masih putih, bukan kelabu asap. kain pun tak mudah tercarik benangnya. Kira menang la memakai bila baju abang 3 tahun lepas pun masih cantik untuk dipakai adik adik. Lagipun 2 tahun dah kita asyik sekolah kat rumah, tu pasalla baju semua cantik cantik lagi...hahaha...

kejap kejap lagi karang kita tengok alat tulis pula.
ada yang nak kena tambah atau tidak.
harap harapnya, cukuplah stok alat tulis yang ad dalam simpanan.
Malasnya nak ke kedai...
Tinggal lagi seminggu nak naik sessi persekolahan baru,  dah ready semua?

3 comments:

  1. Sha pun baru beli baju kurung untuk si kakak, kainnya sha tempah.. Tudung sekolah kena tambah.. Adik tak payah beli sebab baju kakak sebelum ini dia muat dan elok lagi utk dipakai..

    ReplyDelete
  2. Anak anak ramai begitulah kan kak. Mana yang elok dipakai dan muat tu, boleh jimat lagi. Biar menang memakai, kalah membeli. Kalau semua serba baru ni mahu cecah seribu lebih.

    ReplyDelete
  3. since pkp ni...bj sekolah tk berganti sbb masih bole pakai...nk plak byk pdpr kan...tp april nanti start blk masuk sekolah utk form 3 ..bj sukan masih bole guna kata cikgu ..yela kita pn xtau pembelajaran bdk2 ni mcm mn kn..kn kejap msuk sekolah..kn kena pdpr...smoga diperudahkan urusan ank2 kita smua

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad