Picture Story - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, March 21, 2022

Picture Story

Dah lebih sebulan entry ni dalam draft folder..
Tak siap siap menulis...
Akhirnya hari ni..
MY siapkan juga..

ni semua buah tangan dari Ogy,
ex-roommate di kolej kediaman UTM dulu dulu.
Ogy datang dari Muar ke Skudai sebab ada majlis kahwin sepupu,
Tapi kebanyakan hotel dan homestay kat Skudai dah full sebab masa tu Raya Cina..
Haa... tengok..
Bulan berapa punya kisah baru sempat kongsikan di blog.
Punyalah ke laut mood nak menulis.
Oleh sebab takde tempat penginapan,
Dia tanyalah MY kalau kalau rumah lama tu dah jadi homestay ke?
Hahaha...
belum jadi secara rasmi...
Jadi secara niat aje.
Tak siap siap setting.
Tapi boleh la kalau nak tumpang tidur,
Api, apir, kipas, tilam, bantal semua lengkap.
Belum ada peti ais dengan TV aje masa tu.

Ogy bagi tudung, bagi kuih lidah kucing, bagi Kopi O 434, dan dua jenis pes mi bandung.
Terima kasih Ogy...

Walaupun Ogy nak bayar sewa rumah tu as homestay,
tapi takkan la MY nak terima duit dia sedangkan rumah tu belum jadi homestay secara rasmi.
Macam tumpang rumah member aje la kiranya...
Lagipun,
Masa kat kolej dulu,
Ogy la yang banyak tolong MY,
bawa pergi klinik masa MY sakit,
temankan dan hantar ke situ,  ke sana, ke sini,..
pinjam duit,
share makanan,
pinjam komputer,
berkongsi rahsia,
dan macam macam lagi...

Bila dah balik..
baru teringat,
kami tak ambik gambar pun...
walaupun sekeping..
Adehhh...
Ralat sungguh la..
dah la jarang jarang dapat jumpa.
Bila jumpa,
berborak sakan sampai lupa nak ambik gambar.


Adalah gambar lama 18 tahun lalu.



Ni aktiviti ngeteh masa nak hantar kunci rumah masa Ogy datang,
Makan dulu la...
Pusing pusing,
Banyak kedai makan tutup..
Ehhh... Cina yang raya,
kedai Melayu tutup,
kedai Siam pun tutup...
hahaha...
jadi kami makanla di Old Town White Coffee Taman Universiti.
Walaupun sebenarnya teringin nak pergi SDS,
Tapi tak jadi pergi SDS sebab meja penuh.
Ramai Chinese buat makan makan kat SDS kot...

Tak ingat dah la hai makan apa hari tu...
yang Mama Yan ingat,
Mama Yan tertumpahkan air,
Mujurlah hari tu MY order air kosong je.
kalau order air blended blended tu..
aje rugiiii....
hihihi...





 

7 comments:

  1. best sangat kalau jumpa kawan lama

    ReplyDelete
  2. Hehe seronok jumpa semula.
    Wah memang rapat betul hubungan.

    ReplyDelete
  3. kenangan kawan masa dekat U tu banyak betul ye MY, kenangan susah senang tu yang kita kenang... mujur lah dapat tumpang rumah MY kalau tidak payah jugak mana nak dapat hotel kan waktu cuti CNY

    ReplyDelete
  4. sedih tengok gambar-gambar lama kan...gambar waktu kita takde perut, takde dagu berlapis, takde lengan gelebeh hahaha

    ReplyDelete
  5. Dapat jumpa kawan lama satu nikmat. Sungguh.

    ReplyDelete
  6. Orang berbudi kita berbahasa begitulah kan. Alhamdulillah dapat bertemu kawan lama dan masih berhubung. Bila dah berjumpa lupa pulak ambil gambar kenangan. Bila tengok gambar lama, macam macam kenangan muncul.

    Haa iye kan, kalau air lain yang tumpah memang rugi.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad