Masakan suami - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, March 29, 2022

Masakan suami

Alhamdulillah...
Tempoh kuarantin di rumah sudah pun berakhir....
Mama Yan pun dah boleh masak sendiri..
Tak payah susahkan suami kena masak atau belikan makanan, serta kena hidangkan makanan dalam bilik lagi dah..
Selalunya, suami MY rajin juga tolong tolong masak kalau tak sibuk,
Tapi kali ni..
bukan tolong tolong je..
suami yang buat semua kerja memasak
dan beli makanan.

ni suami masak untuk makan tengahari.
lauk ayam goreng dan kacang panjang tumis pedas.
Alhamdulillah....
Cukup sedap dan mengenyangkan.

Ni sarapan pagi.
Roti celup telur dan air necafe 3 in 1

Cekodok masin + lempeng + nescafe.
ni untuk minum petang.
Takut MY lapar petang petang katanya..
Adoii...

Ni ubi rebus asalnya.
yang rebus tak habis..
Suami potong kecik kecik sikit...
Lepas tu,
goreng pula.
Sedap tau buat macam ni..
sebab ubi tu dah sedia empuk.
Gorengkan dalam minyak panas panas...
Jadi dia akan garing di luar dan lembut di dalam.

Mujurlah tempoh kuarantin seminggu aje.
Kalau tak...
naik teruk la berat badan...




MY cuma kurangkan bercampur dengan anak anak je.
Bila anak anak dah naik tidur,
MY turun aje kemas rumah dengan pakai face mask.
Siap vakum dan mop lantai.
Sembur rumah dengan nono spray gun tu.
kemudian naik semula...


paling takut kalau berjangkit kat anak anak..
Sebab diorang belum lengkap di vaksin,
 Si Abang dengan Moq je yang lengkap di vaksin 2 dos Pfizer,
Aril, Ucid dan Sarah baru 1 dos,
Mijan pula 1 dos pun belum.

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik baik sahaja... 
InsyAllah ..Aminnn






 

6 comments:

  1. Alhamdulillah... dilayan mcm puteri raja... seronok kan tgu je mknn terhidang.. hehe

    ReplyDelete
  2. ok jugak tu MY masa dana kuarantin aritu Edy haram masak, takat nasi adalah dia masak lain2 beli saja.... sampai tak lalu makan kita ni, mujur maktek ada antar lauk

    ReplyDelete
  3. Syukur. Aduh ubi rebus goreng tu memikat..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, rezeki orang sakit..dapat makan best2..

    ReplyDelete
  5. seronok pula bila makanan tersedia macam ni. semoga kesihatan semuanya baik-baik sahaja :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..syukur dapat makan sedap sedap masakan suami :)

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad