Netflix Movie : Love Tactics - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Tuesday, March 22, 2022

Netflix Movie : Love Tactics

Baru baru ni My menonton filem Turki bertajuk Love Tactis di Netflix. Filem ni mengisahkan Asli, seorang pereka fesyen yang juga blogger berniche kan cinta dan Kerem seorang pengarah iklan yang berjaya, kacak dan playboy. 

Mereka bertaruh sesama rakan masing-masing untuk lihat siapa jatuh cinta dulu. Setiap step mengurat, Asli tulis dalam blog dan siap kutuk kutuk si Kerem dalam blog dia tu. Dan tentulah tak guna nama sebenar.

Lama kelamaan, diorang sebenarnya betul betul dah jatuh cinta sesama sendiri. Tapi masing masing ego nak mengaku. Asli paparkan wajah Kerem secara live dan mengaku yang dia sengaja nak kenakan Kerem sebagai balasan kerana permainkan kawan Asli.

Walaupun filem Turki, tapi dah macam cerita orang putih dah. Dari segi pakaian dan paparan cara hidup, memang kebaratan habis dah. Jadi kalau nak tengok, jangan dengan anak anak ya. Hahaha... untuk mak mak nak berangan melancong ke Turki boleh la... Lawa uii...


Tajuk Filem : Love Tactics

Pengarah : Emre Kabakusak

Penulis : Pelin Karamehmetoglu

Bahasa : Turki

Durasi : 98 minit


Pelakon :

 Demet Ozdemir - Asli

Sukru Ozyildiz - Kerem






5 comments:

  1. kan cerita Turki moden ni lain macam...

    ReplyDelete
  2. maunya tak jatuh cinta kalau setiap hari hadap muka tu je siap update dekat blog lagi haha

    ReplyDelete
  3. ok dah masuk list must watch...hihihi

    ReplyDelete
  4. Kita dah ada Netflix. Bolehlah tengok nanti. Hehe
    Tapi nak habiskan tengok Kosem dulu. Kalau tak nanti pening. Semua cerita nak masuk dalam kepala.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad