Netflix Movie - The Holiday - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Sunday, March 27, 2022

Netflix Movie - The Holiday

 Tajuk Filem: The Holiday

Pengarah : Nancy Meyers

Penerbit : 
Nancy Meyers 
Bruce A. Block

Muzik: Hans Zimmer

Produksi : 
Columbia Pictures
Universal Pictures
Relativity Media
Waverly Films

Edaran :
Sony Pictures
Universal Pictures

Tarikh Tayangan : 29 November 2006

Durasi Filem : 136 minit

Bahasa: Inggeris

Pelakon : 
Kate Winslet - Iris Simpkins
Cameron Diaz -  Amanda Woods
Jude law - Graham
Jack Black - Miles




Punya la bosan kena berkurung dalam bilik, macam macam movie MY sempat tonton di Netflix.
kali ni, MY tonton komedi romantik orang putih.
Okaylah...
anak anak tak kacau..
boleh la tonton dengan selesa...hahaha..
Bukan selalu kan..

Kisahnya, Iris Simpkins ni penulis di sebuah syarikat akhbar tabloid di London.
Masa sambutan Krismas di pejabat,
masa tu la dia baru tahu bekas boyfriend dia dah bertunang padahal dia masih mengharapkan bekas tunang dia tu.

Amanda Woods pula, produser yang buat trailer filem yang bertempat di Los Angeles.
Wanita berjaya, kaya, lawa tapi asyik kecewa bercinta.

Iris iklankan untuk bertukar rumah selama dua minggu dan Amanda setuju untuk bertukar rumah dengan Iris.
Esoknya diorang masing masing bertukar rumah dan kehidupan untuk jangkamasa dua minggu.
Kira percutian tapi tak payah sewa hotel la.

Iris seronok la dapat rumah besar ada swimming pool bagai.
Tapi Amanda rasa bosan. 
Tengah tengah bosan, 
Abang si Iris singgah rumah Iris nak tumpang toilet,
tapi ada Amanda pula kat rumah adik dia.
Dasar orang putihkan...
baru jumpa dah ajak berromantika..
hahaha...

Iris pula jalan jalan di sekitar perumahan dan bertemu dengan jiran tetangga Amanda, Arthur Abbot yang merupakan penulis yang pernah memenangi anugerah Oscar.
Arthur memberi iris semangat dan senarai filem yang perlu ditonton oleh Iris untuk menjadi wanita yang kuat.

Iris akhirnya berjaya menyingkirkan bekas teman lelakinya, Jasper yang sering mempergunakannya untuk menyiapkan artikel.
Amanda pula,
dah jatuh cinta pada abang Iris, Graham.

best juga la cerita ni..
lagipun masa ni Cameron Diaz masih lawa lagi...
MY suka betul Cameron Diaz dulu dulu...
Sekarang dia dah berusia 50 tahun. 
mesti dah nampak berusia kannn...

 

9 comments:

  1. Oh, bagusnya kalau ada konsep bercuti macam ni. Agak2 ada tak pemilik banglo tiga tingkat sanggup tukar dengan umah teres setingkat utk bercuti, hihi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... jangan...silap2 dapat rumah berhantu

      Delete
  2. Kalau ada realitinya, memang ramai laa nak juga, terutama Kak Seri tu hahahahaha

    ReplyDelete
  3. bila bosan2 bole try layan gak movie ni... hehehe

    ReplyDelete
  4. Layan juga movie ni dulu sebab ada Cameron Diaz :)

    ReplyDelete
  5. dua2 pelakon wanita kegemaran saya esp cameron diaz tu. nanti nak tgk juga

    ReplyDelete
  6. best sangat! suka masa orang tu nasihat kate, kenapa selalu rasa awak watak sampingan? sedangkan awak adalah watak utama dalam kisah hidup awak.

    ReplyDelete
  7. ptt macam pernah tgk kat wayang, tahun 2006 rupanya

    ReplyDelete
  8. Tak pernah tengok movie ni. Semua pelakon ni pun dah legend dah. Suka Jack Black berlakon, mesti berlakon genre romantik atau komedi.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad