Missing : The Other Side MY Review - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, November 16, 2022

Missing : The Other Side MY Review

Tajuk Drama: 
Missing / Missing the Other Side / Missing : Geudeur-i Isseotda
Terbitan : Studio Dragon
Pengarah: Min Yeong-hong
Bahasa : Korea
Jumlah Episod: 12
Genre : Fantasi/Misteri

Pelakon:
Go Soo sebagai Kim Wook
Heo Joon-ho sebagai Jang Pan-seok
Ahn So Hee sebagai Lee Jong-ah
Ha Jun sebagai Shin Jun-ho
Seo Eun Soo sebagai Chi Yeo-na
Song Geon-hee Thomas


 Drama ni best juga bagi Mama Yan.
Ada part kelakar, ada part sedih...
Tapi, sebagai Muslim, 
kita tengok saja ya,
Sebab ni diorang punya fantasi je.
Kita sebagai Muslim.
Apabila berangkatnya kita ke alam Barzakh,
Maka terputuslah segala hubungan kita dengan alam dunia. 

Kalau nak bagi bintang bintang rating MY tak reti sebab selera tak sama..
Tapi MY suka la cerita ni..
Sebab aksi aksi dia tak melampau sangat..
Peralihan alam nyata dan alam roh dia tak terlalu memeningkan kepala..

Kim Wook ni dia seorang penipu.
tapi dia tipu lintah darat dan samseng untuk bantu orang yang teraniya.
Satu hari dia nampak seorang perempuan kena culik,
Dia rakam guna handphone,
Akhirnya dia pulak yang kena kejar dan diculik ke sebuah cerun.
Kemudian dia terjatuh di cerun bukit tu dan diselamatkan oleh seorang lelaki bernama Jang Pan Seok.
Tempat dia jatuh tu merupakan kawasan Kampung Duon yang merupakan perkampungan roh orang yang telah mati, 
tetapi jasadnya tidak ditemui sesiapa.

Kim Wook tak tahu dan tak faham tentang kewujudan kampung tu hanya boleh dilihat orang tertentu.
bila dia jumpa seorang budak yang menangis mencari ibunya,
dia seboleh bolehnya nak tolong cari ibu budak tu.
Kemudian dia teringat poster budak hilang yang dia lihat sebelum tu,
Sama dengan budak di kampung tu.
Dia telefon polis bagitahu budah yang hilang tu ada di kampung tu,
Tapi bila polis datang,
ada hutan aje,
ada sebiji rumah buruk milik Encik Jang Pan seok je.
Encik Jang ni pun sama macam dia juga,
Manusia biasa yang belum mati, tapi boleh nampak Kampung Duon ni.
Jadinya Polis ingat Kim Wook ni gila,
Encik Jang tu pun cakap kat polis si Kim Wook ni tak berapa sihat lepas jatuh kat cerun tu.


Kim Wook ni membesar di rumah anak yatim sebab mak dia dibunuh masa umur dia 5 tahun.
Dia ingat mak dia tinggalkan dia,
Rupanya mak dia mati dan mayatnya tak ditemui.
Roh mak dia ada kat kampung Duon tu.
Yang jadi Kim wook ni lebih semangat nak bongkar misteri pembunuhan ni bila bestfriend dia dari zaman rumah anak yatim, Kim Nam-gook,
mati dibunuh juga.
Walaupun dibuat ala ala kemalangan,
Tapi dia yakin tu pembunuhan terancang.

Ini second hero,
dalam ni sebagai Detektif Shin Joon-ho.
Tunang dia la yang telah diculik oleh orang jahat tu.
Lepas culik,
tunang dia mati kena bunuh. 
Jadi, Kim Wook jumpa tunang dia di Kampung Duon.
Tunang dia pulak tak terima kenyataan dah mati dan dah jadi roh.
Dah la diorang berdua tinggal lagi seminggu je nak kahwin masa dia mati tu.


Ni la Jang Pan-seok.
Dia ni mencari anak dia yang hilang kerana diculik.
Dah 10 tahun dia mencari anak dia.
Tapi tak jumpa jumpa.
Dia boleh lihat perkampungan roh orang mati ni, 
Tapi tak jumpa pun roh anak dia.
Dah 10 tahun juga la dia membantu mencari jasad jasad yang tak ditemui ni.
Mula mula ingatkan Encik Jang ni pembunuh...
Sebab asyik tayang dia alihkan mayat je.
Eh..ter spoil pulak...hahaha...

Thomas ni sebagai tokey Hawaii Cafe di perkampungan Duon.
Dia kira macam Tok Ngulu la kat kampung tu.
Semua roh yang hadir silih berganti,
Tapi dia dah 100 tahun kat situ.
Takde orang pun jumpa mayat dia kat sempadan Korean Utara-Selatan.

Kemudian ada la watak watak lain lagi macam Lee Jong -ah tu kawan Kim Wook yang merupakan seoarang hacker.
Choi Yeo-Na sebagai tunang Detektif Shin yang dah mati tu...
Kemudia orang kampung tu ramai..
Watak roh budak budak...
Paling comel budak autistik gemuk tu..
Alahai...
Tapi cerita ni memang buat kita asyik tertunggu je sebab nak tahu apa lagi..
apa lagi..
siapa lagi..
Cerita ni ada ditayangkan di Netflix
Web web lain atau Telegram, MY tak sure sebab MY tak rajin nak godek dan download.

Di akhir cerita terbongkarlah rahsia,
Pembunuhan kejam yang bersiri siri ni terjadi kerana perebutan harta..
Kejadian kemalangan yang sebenarnya pembunuhan sejak 27 tahun lalu pun terbongkar .
Kat Korea season 2 dah mula shooting katanya.

Oppa Kim-wook masa script reading Missing season 2..









16 comments:

  1. pernah ternampak drama ni tp tak ikut dari mula jadi dana tak tengok,. Tapi ada ternampak dekat tiktok orang share macam best bila MY tulis reviewnya lagilah rasa nak tengok. Sebab jalan ceritanya tu best.

    ReplyDelete
  2. Alaaa x smpt lg nk layan drama ni... Tu ada baca org ckp citer ninbest.. Ok coming soon

    ReplyDelete
  3. best..MA pun layan. cerita yg ringan, x yah pening2 nak fikir..best!

    ReplyDelete
  4. Best jalan cerita ni.. tp sy lamaaaa dh x layan k-drama ni

    ReplyDelete
  5. BERSIRI ke? kalau movie pendek ciknur suka layan he hew tp cam best je ni.

    ReplyDelete
  6. best drama ni. tak sabar nak tunggu musim 2 keluar :)

    ReplyDelete
  7. Macam best ni boleh masuk senarai jgk ni.. ;)

    ReplyDelete
  8. Kdrama ni kalau tengok sekadar layan gitu je. Tengok Ha Jun ni teringat kejahatan dia dalam Drama Bad Prosecutor tu.

    ReplyDelete
  9. Kdrama ni kalau tengok sekadar layan gitu je. Tengok Ha Jun ni teringat kejahatan dia dalam Drama Bad Prosecutor tu.

    ReplyDelete
  10. haritu nak tengok tapi lupa pulak. nanti nak tengok lah

    ReplyDelete
  11. Sha suka drama ini.. Hujung tahun ini keluar season 2..

    ReplyDelete
  12. Saya pun suka juga drama ni. Boleh istiqomah tengok sampai habis. Biasa kalau drama K, kalau pertengahan jalan tu mcm boring asyik pusing2 kat situ je, saya boleh je stop tgk terus. Tapi drama ni, ada la beberapa loop holes yg sepatutnya boleh kemas lagi jalan cerita dia. Sepatutnya, tunjuk la banyak sikit pasal anak en Jang tu. Dan tunjuk la kat mana mayat mak hero tu ditemui. Mayat tunang hero kedua tu pun, tunjuk la sikit. Sbb biasa korea kan tunjuk detail.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad