Ragam Anak Bongsu - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Wednesday, November 9, 2022

Ragam Anak Bongsu

Anak bongsu Mama Yan lahir pra matang,
31 minggu dalam kandungan. ,
sekarang usianya dah 5 tahun,
Tahun depan 6 tahun..
Cepat pula rasanya masa berlalu.
Masih belum lancar buat ayat.
Tapi alhamdulillah,
Dah nak mengikut apa yang kita ajar.
 
Dah namanya anak bongsu kan..
Manjanya memang takde diskaun.
Tak boleh dengar perkataan tidak, tak boleh...
Mengaruk terus.

Makan malam di Restoran Agus, Taman Pulai Utama.
Tapi makanan belum sampai,
Mijan dah tidur.
Ikut suka dia je nak tidur macam mana..
Nasib baikla ada abang yang rajin melayan


Susu mama dia,
Mama minum susu tepung biasa..
Tak ingat Ducth Baby ke, Nespray ke..
Sebab buka plastik, tuang dalam bekas lain,
Lepas tu paket plastik tu buang gitu je,
Lupa lak susu apa...hahaha
Mijan nampak aje, terus aje minum.
Habis segelas tu.
Tapi pagi pagi nak minum dalam botol juga,
Taknak pula minum dalam cawan atau gelas tu

Anak tudung kakaknya bersepah dalam kereta,
Memang jadi mainan.
Dia pulak yang pakai.
Dah rupa nenek nenek dah pakai serkup gitu. 
Lepas tu main tisu, buat sampah,
mana tak kereta tu dah macam lori sampah dalamnya 

Ni dia jadi berangan ayam nak mengeram telur agaknya.
Rumput yang ayah dia baru lepas mesin,
abangnya dah garuk kumpul selonggok,
dia boleh berkubang dalam timbunan rumput tu,
Elok pulak takde miang miang..saja je..

Suka sangat berangan pakai kasut ayahnya.
Kadang kadang safety boot dia pakai,
Dah la terkengkang kengkang jalan sebab berat.
Ni pakai kasut getah pua chu kang..
sukahati ko lah... jangan tersembam sudah

Naik kereta time ambik balik sekolah,
selongkar beg mama,
cari apa apa yang boleh dimakan.
Jumpa pula air tin mama dia yang dah berapa hari dalam handbag.
Nak buka, sayang,
Nak minum, sayang,
Simpan simpan simpan,
Dapat kat budak ni,
suruh buka terus,
Tahu tahu tonggang terbalik dah tinnya..
Habis sudah.
Mamanya ni sayang sayang nak minum,
Sebab air tu gulanya tinggi.
Nak lepas gian buat pegang pegang je...
Tengok..pegang pegang...simpan balik.
Dapat kat anak bongsu sorang ni,
Hmm...habis terus.


Hah..setakat ni,
Yang nombor dua punya fakta aje yang ngam dengan Mijan.
Yang lain, belum nampak.
Hehehe...
Kalau ada yang tanya..
Confident je yang ni anak bongsu..
Buat setakat ni memang sangat yakin lah dia yang bongsu sebab MY dah jalani prosedur BTL masa bersalinkan dia dulu.
Tapi ada juga yang dah BTL pun,
masih mengandung juga,
tapi tak ramailah yang alami kejadian sebegitu.
Kuasa Allah takde siapa yang boleh menidakkan. .. ye dak.?



 

6 comments:

  1. hahahaha comel betul Mijan ni, banyak kerenahnya. semoga membesar dengan sihat :)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. kemanjaan semua orang dalam rumah ni dan kat kampung juga

      Delete
  3. Seronok jadi si bongsu kan Mijan. Hihi..terasa bongsu disini. kalau ada rezekinya, kita terima je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah mudahan ada rezeki juga untuk fiza dan suami...aminn

      Delete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad