Rupa atau bakat - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, November 7, 2022

Rupa atau bakat


Ni bukan di Malaysia sahaja ya,..
Malahan satu dunia..
Bukan industri yang memilih,
Tapi penonton sendiri yang memilih.
Bakat boleh diasah,
Sedangkan rupa...
Seadanyalah.

Bukanlah orang takde rupa langsung tak boleh berlakon atau menyanyi.
Boleh..
Tapi pembawakan wataknya agak terhad.
Kerana filem dan drama kita sendiri menghidangkan jamuan mata terlebih dahulu kepada penonton.
Kursus lakonan masih perlu,
Kalau tak,
Pelakon yang cantik dan kacak lawa semua tu,
Takde kawan pulak nak sparring masa masa berlatih,
Takkanlah asyik nak berlakon dengan tembok.

Kita tengok ya...
Heroin zaman filem Melayu,
Seniwati Sarimah, bukan main lawa lagi..
Allayarhamah Seniwati Roseyatimah, Seniwati Saadiah, cantiknya bukan sikit sikit,
Seniwati Zaiton, pun tak kurang juga...
Yang takde rupa menawan pun ada berlakon juga...seperti Allayarhamah Siti Tanjung Perak, dan Mak Enon,
Tapi tidaklah sebagai watak utama,
sebagai watak sampingan yang menghiburkan dan menguatkan satu satu jalan cerita.
di alam realitinya pun,
Di sisi awek hot di kampus pasti ada sorang rakan rapat yang berpenampilan sederhana,
Yang sentiasa jadi benteng kepada rakannya,
jadi penguat dan peneman kepada rakannya.

Zaman Bollywood meletup letup sekitar 90 an dan awal 2000..
Shak Rukh Khan, Salman Khan, Karisma Kapoor, Madhuri Dixit semua lawa lawa..
Tapi mereka tetap memerlukan pelakon seperti Johny Lever yang berbakat besar.

Jangan cakap Hollywood terkecuali...
Sama juga..
Apalagi industri kecil seperti di Malaysia ni.
Jadi, rasanya terima sahaja seadanya kerana bukan penerbit yang memilih,
Tapi, penonton sendiri..
Penonton sendiri yang tak jujur,
Di media sosial bukan main kecam pum pam pum pam,
Tapi bila pelakon tak menarik rupa,
tak tonton pun.
Malah dikecam pula.
Kalau pelakon tak menarik rupa, tapi filem atau drama tu tetap meletop,
Biasanya itu drama atau filem komedi.

Bukanlah Mama Yan nak membenarkan diskriminasi rupa berlaku,
Tapi itulah kebenarannya.
Kalau tak,
takdelah orang Korea rata ratanya buat pembedahan kosmetik.
Sebab itu adalah hakikat yang kita kena telan.

 
Malahan,
ada sesetengah sekolah,
Pengawas sekolah pun dipilih berdasarkan rupa paras,
Bila ada rupa, 
automatik terlihat karismanya.
Lebih lagi kalau pakej anak orang berada.
Pakaian kemas sentiasa bergosok siap ada side tajam,
kasut putih sentiasa dikapur, sebab pergi sekolah tak payah berebut naik bas,
kasut pun ada dua pasang.
Anak orang susah,
Baju pun dah kuning kusam,
Kain dan seluar senteng,
stokin longgar berikat getah,
kasut comot sebab ada sepasang aje .
kena pijak masa berebut naik bas,
Kulit hitam menapak jauh balik sekolah,
Nampak comot walaupun sebenarnya bijak,
Tapi tak ada siapa nak pandang.

KIta yang takde rupa ni,
Dah boleh berhenti bersungut dan merungutkan nasib diri,
Ada banyak lagi cabang pekerjaan lain yang tak memerlukan rupa paras sebagai alat pelaris okay,
Dah.. jom kita tulis blog.
takde orang nak tengok muka kita kat sini.
wallahualam








 

6 comments:

  1. Memang fakta pun apa yang Mama Yan kongsikan ini..

    ReplyDelete
  2. Bagi Mrs. A dua-dua perlu kalau nak masuk dunia hiburan ni terutamanya dunia lakonan.

    ReplyDelete
  3. tapi MY dana tak minat lak nengok drama tv3 ke astro kul 7 le kul9 . Kadang tak kenal pun pelakon baru2 yg ensem n lawo ni. Cuma itulah jgn la penerbit2 ni pinggirkan pelakon berbakat yg tak berapa handsome ni...

    ReplyDelete
  4. stokin longgar berikat getah,.... i feel you... hehehehe

    ReplyDelete
  5. Industri hiburan, begitulah ceritanya. Rupa tu lagi penting dari bakat. Tapi tak semualah mementingkan rupa. Contoh macam kampung pisang. Semuanya berbakat even lakonan begitu je, ramai juga peminat kampung pisang.

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad