Sambal Sotong Petai

Memang akan jadi kebiasaan,
bila dah habis idea,
dah habis bahan nak tulis,
Apa lagi,
tulis la resipi.
Sebenarnya sambal sotong ni MY dah lama dah masak.
Upload kat draft je.
Untuk kegunaan hari tanpa bahan menulis.

Mama Yan suka betul lauk sotong,
Tap kalau kat kedai sekarang,
selalu betul bagi sotong ring yang frozen tu.
Mintak ampunnnn..
Sotong ring forzen yang besar besar tu MY taklah nak telan..
Kunyah kunyah liat macam tiub beskal dah.
Memang susah nak habiskan.
Jadinya,
Sekarang dah tak nak order sotong di kedai makan lagi.
Kalau berasa nak makan sotong,
beli ajelah di pasaraya Maslee sotongnya dan masaklah sendiri di rumah.

 berladung ladung ladung minyak sambalnya haa...
Tu lah tanda masakan orang kaya..
Minyak kan mahal sekarang.
Padahal tak reti masak


Bahan-bahan:
 
setengah kilogram sotong saiz sederhana
segenggam petai yang dibelah dua
2 biji bawang
 3 ulas bawang putih
1 senduk kecil cili kisar
Minyak untuk menumis
Garam secukup Rasa
Gula secukup rasa
1 susu asam jawa yang dibancuh dengan sedikit air
2 sudu besar Sos tomato

Cara penyediaannya:
1. Bersihkan sotong, Potong ikut citarasa. Kemudian rendam dalam air panas, untuk membuang bau hanyir sotong. Kemudian, buang air rendaman tu.
2. Hiris bawang merah dan bawang putih. Kalau nak kisar pun boleh juga.
3. Panaskan minyak dalam kuali.
4. Tumiskan bawang dalam kuali.
5.. Apabila bawang sudah layu, masukkan cili kisar. Kacau kacau ye supaya cili kisar tu masak rata dan tak hangit.
6. Masukkan garam, gula, air asam jawa dan sos tomato.( kalau taknak letak gula pun takpe, tak wajib)
7. Masukkan Sotong dan petai.  

Kadang kadang malas nak blender bawang.
Hiris aje pun ok juga...


Pastikan kacau kacau selalu ye.
Kalau tak, cili kisar akan hangit.
Lagi satu,
Minyak lebih sikit,
Barulah cili kering boleh masak elok.
Nanti nak hidang,
Cedokla minyak tu buang.

Mama Yan tak la suka sangat makan petai.
Tapi petai ni kakak ipar yang bagi,
Dia dah siap kopekkan,
masukkan dalam bekas bertutup,
Masuk dalam peti ais.
Suruh kitorang bawa balik.
Bawak aje la...
Dah ada takkan nak biarkan..
Masak dan makan aje lah.
Kot boleh membiak takpe juga kann...

Okay..
Dah siap dah satu entry...
Sebab tu masak kena pastikan handphone ada bateri.
Selain daripada untuk dengar lagu dari Spotify,
Untuk ambil gambar masa tengah masak juga.
Anak anak memang dah faham sangat.
Content first..kata diorang.
Ahh..jangan layan.
Kalau layan nanti blog kita bersawang.
Diorang apa tahu..ye dak..
Okay..jom fikir esok nak masak apa pulak..
Byee...






 

10 Comments

  1. Betul, kedai tomyam pun dah guna sotong ring frozen tu. Dulu2 ada jugak beli utk stok, senang nak masak. Dulu2 tak liat macam skrg, agaknya dah simpan terlalu lama, tu jadik cam tiub basikal, hahaha.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya! Teringat pula pada salah 1 cerpen saya dulu, pernah jadikan sambal sotong petai sebagai subjek. Haha...

    ReplyDelete
  3. hahaha tak suka makan sotong liat, spoil mood betul. Dah lama tak makan sambal petai, terliur pulak nengoknya haha

    ReplyDelete
  4. sedapnya MY, sotong ring tu memang dislike kan

    ReplyDelete
  5. lama tk masak menu sambal sotong...tk mkn petai

    ReplyDelete
  6. Kalau sy " malas nak hiris kita blend je" haha... Nak kena cari sotong & petai pulak ni :p

    ReplyDelete
  7. ada petai sedappnya
    CIKNUR x mkn sotong tp letakk.petai baru leh tumpang mkn

    ReplyDelete
  8. Pergh!! terbaik sambalnya.. Lagi banyak bawang lagi manis rasa sambal dia.. siap adapetai pula.. memang menjilat jari..

    ReplyDelete
  9. sedap tu sotong sambal petai., nyum2

    ReplyDelete
  10. Nampak sedap
    Tapi kalau wak makan, petainya kena ke tepikan

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)