Borong Barang Vietnam - aziankhalil.com

Breaking

Post Top Ad

Post Top Ad

Friday, November 11, 2022

Borong Barang Vietnam

Taraaa...
Tajuk kemain..
Saja nak tunjuk free gift dari seller ni aje sebenarnya.
Barang barang borongan MY dari Vietnam tu,
MY menggunakan khidmat personal shopper.
Dia pergi kedai kedai dan kilang kat Vietnam tu,
Kemudian,
Hantar gambar dalam group whatsapp.
Semua cantik cantik inspired dari jenama terkenal.
Jadi tak boleh la MY upload di sini.
Mama Yan beli 1 pasang telekung putih, dan 4 pasang telekung berwarna,
Yang putih tu MY punya.
Dah basuh tapi belum pakai lagi.

Selesa macam yang original.
Lawa... ada kualiti... bahagian mukanya selesa, tak tebal, tapi tak jarang kainnya.
Tapi kita beli bukan sebab jenamanya,
sebab terpesona tengok gambar gambar yang PS bagi...
cantik cantik..
Harga mampu beli pulak tu...

MY juga beli 10 helai shawl dan tudung bawal.
Tapi kualiti tudung...
Kainnya memang tip top...
Tapi jahitannya..
Kurang sikit la...
ada sikit bengkang bengkok,
seller bagi lagi 3 helai tudung free.

MY tak pernah terfikir nak melancong ke Vietnam,
Sebab kalau ada cuti je..
Kami berkerja pulang ke kampung...
Bagi MY,
Menziarahi keluarga lebih utama dari bercuti.
Untuk orang yang jarak parent dia sekangkang kucing je..
Memang sesuai la nak pergi cuti cuti,
Sebab takyah cuti pun dah ziarah parent.
Tapi bagi kami,
Time cuti la nak balik kampung.
Jadi kalau teringin barang barang 'import'..
apa ada hal..
PS berlambak zaman sekarang ni...

Dahhh,... nak try tudung baru.
hihihi...

5 comments:

  1. Wahhhh menariknya, kenapa la sini xde personal shopper vietnam ek

    ReplyDelete
  2. Ibu dengan rumah ayahbonda dekat je MY..
    Ibarat sekangkang kucing tu lah..
    Hahahaha!
    Tapi kami jenis yang jarang2 juga pergi bercuti sebab ayah Aqil jenis yang lebih suka duduk di rumah dari keluar berjalan2 ni..
    Kadang rasa mendap juga.. Hihihi!

    ReplyDelete
  3. Sementara family masih ada, memang keutamaanlah kan MY.. Sekarang banyak yang jadi PS.. dah mudah kalau nak membeli..

    ReplyDelete
  4. Comel free gift seller bagi. Yang penting kita selesa pakai kakyan :)

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)

Post Top Ad