Pagi di Tambak Pontian

Buat apa aje cuti hujung minggu sampai 4 hari?
Takde apa sangat pun..
Bawa anak sarapan kat luar pagi Sabtu lepas.
bawa anak keluar makan..
Suami ajak anak bujang meracun kebun,
biar diorang tengok TV dari pagi sampai malam..
Tu je la..
Memang bagi diorang cuti betul betul 4 hari tu.

Lepas siap sarapan di gerai kat tambak Pontian tu,
Bawa anak main di taman permainan.
Kalau kat rumah,
buka pagar terus jalan.
Kenderaan lalu lalang,
Jadi sesekali hujung minggu,
bawalah mereka main main dan ambil angin di tepi laut.
Walaupun laut Pontian ni penuh sampah..
Hadap ajelah.

Orang yang paling gembira memang yang kecik sekali ni la.

Orang yang paling malas nak disuruh bersenam.
Asyik merengek bila boleh balik..
Malas nak layan.

Semangat betul pasangan kembar ni acah acah bersenam

Laut, pemecah ombak dan sampah.
Terlalu banyak sampah.
Sampah ni bukan sahaja datang dari laut ye.
Tak kurang juga yang datang melepak malam malam,
Beli air dan makanan,
Lepas makan,
sampah campak kat belakang tembok je.
Bukan rekaan tau..
Kenyataan.
Memang MY jengah sendiri,
Sampah sampah tu memang fresh.
Malahan air yang tak habis dalam cawan pakai buang tu,
Masih cantik lagi warnanya.

Entahlah, susah betul nak ubah mentaliti dan kebiasaan orang Melayu ni.
Ya.. Melayu.
Daerah Pontian, majoritinya Melayu.
Bahagian Pekan Nanas baru ramai kaum lain.
Tak susah pun nak buang sampah.
Tong sampah tersangatlah banyaknya di sekitar kawasan ni.
tapi entahlah.
nak minta Tengku Mahkota Johor turun Pontian tegur ke baru nak dengar?

Kat sini kalau nak pemandangan cantik,
Kena datang waktu matahari terbenam.
Memang cantik.
Cuma kalau datang petang,
Memang tergesa gesa nak balik nak kejar Maghrib.

Lepas dah penat berjalan dan main di taman,
Nampak pula penjual aiskrim tepi jalan besar.
Ok..ramai ramai kejar orang jual aiskrim.
Duduk kejap di pondok untuk makan aiskrim.

Ni aiskrim dia dua...
Kiri kanan aiskrim,
Hebat kan?
Sebenarnya aiskrim adik Mijan yang drumstick coklat tu,
Tapi Mijan rembat aiskrim mama dia.
Lepas tu aiskrim dia,
dia bagi orang lain pulak.
Semua taknak,
Ucid sorang je yang sudi.
Berkilat dan comot sakan anak anak baru lepas main kat taman.
Takpe..
Kecik kecik lagi..
Nanti dah besar pandai la diorang jaga kehenseman dan kecomelan..
Masa tu,
Mama ayahnya..
sediakan la duit poketnya..
bersedialah dengan senarai barang kirimannya..
pencuci muka lah,
Krim pelindung mataharinya lah..

Hari ni dah mula sekolah mula.
Tamat sudah cuti 4 hari untuk berpoya poya.
Kejap lagi masak, pastu ambil anak sekolah, 
Hantar sekolah agama,
Lepastu hantar mok ngaji,
jemput balik sekolah agama,
Lepas tu, teman buat kerja sekolah.
Full jadual dengan kisah anak anak je.
Okaylah. 
Jumpa lagi di lain entri
Wassalam.





 

5 Comments

  1. Ish, paling menyampah org yg pakai baling jer sampah. Rasa nak baling balik ke muka dia.
    Tak apalah anak2, comot2 sekarang, cantik2 kemudian ya.

    ReplyDelete
  2. dah lama tak lepak kat tambak tu kalau balik kampung, yelah bila sampai selalu waktu petang memang dah penuh orang. Susah nak cakap MY mentaliti masyarakat kita ramai yg mmg pengotor, dah beli makan borak-borak lepas tu dah habis makn dibiar je merata sedangkan ada disediakan tong sampah.

    ReplyDelete
  3. susah nak ubah mentaliti orang kita ni..buang sampah merata tu memang dah perangai..pdhal kadang tu tong sampah tak jauh pun dari tempat yang buang..aihhh..

    ReplyDelete
  4. Ya Allah! Banyaknya sampah2.. Hurmmmm! Susah nak ubah mentaliti org ni..

    ReplyDelete
  5. Buang sampah bukan dalam tong sampah ini yang jadi punca tempat-tempat macam ni jadi kotor.. Tak tahulah nak tegur macam mana lagi.. Tong sampah banyak pun tak nak guna..
    Takpe.. kecik kecik comot, besar esok comel dan handsome nie..

    ReplyDelete

Terima kasih, jap lagi MY approve ya :-)