berjaya juga Mama Yan masak daging dendeng,
RESEPI DAGING DENDENG
Bahan-bahan:
1/2 kg daging | potong sederhana
1 biji bawang merah saiz sedang - kisar
5 ulas bawang merah kecil - kisar
2 batang serai - kisar
1 inci halia - kisar
2 sudu cili kisar
Kicap lemak manis secukupnya
Sos tiram secukupnya
1 cawan air rebusan daging
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1. Daging direbus sehingga lembut.
Simpan air rebusannya. Toskan daging dan sejukkan.
2. Setelah sejuk, tumbuk daging hingga nipis. Pastikan tidak hancur sangat.
3. Asingkan daging tadi kedalam mangkuk dan campurkan dengan kicap manis. Masukkan kicap sehingga daging nampak kehitaman.
4. Perapkan selama 20 minit.
5. Panaskan minyak dan goreng daging tadi hingga sedikit garing. Toskan dan letak dalam pinggan berasingan. Ketepikan.
6. Tumis bahan kisar hingga wangi.
7. Kemudian masukkan cili kisar. Masak hingga pecah minyak.
8. Tambahkan garam dan gula dengan secukupnya.
Tambahkan juga sedikit sos tiram dan kicap manis.
9. Apabila dah cukup garing dan rata, masukkan daging yang digoreng tadi.
Gaul sehingga sekata.
10. Akhir sekali, masukkan air rebusan daging yang diasingkan sebelum ini.
Masak sehingga dendeng menjadi kering.
11. Sedia untuk dinikmati.
Mama Yan gunakan kicap Lemak Manis Jalen yang dapat masa pergi jemputan kahwin anak Wak Jali bulan lepas.
Mudah mudahan sampai pahala buat Wak Jali kerana bagi barang makan untuk orang berbuka puasa.
Bagus betul strategi pemasaran Jalen ni tau.
Dulu dulu,
dalam 15 tahun lepas,
Kicap Jalen ada jual sekitar Johor aje.
Masa anak MY kecik kecik dulu,
Kalau balik Raub,
kami terpaksa bawa botol kicap Jalen balik sekali.
Sebab kat Raub takde jual kicap Jalen.
Boleh si abang mengaruk taknak makan kicap Cap Kipas Udang kat rumah atok Raub.
Pusing keliling bandar Raub atok dia naik motor cari Kicap Jalen.
Lepas tu, memang bawa kicap sendiri la...
Tiba-tiba CCL teringat kalah battle daging. Dendeng KA tu
ReplyDeleteSedapnya daging dendeng. Ingatkan resipi KA tadi. Kalau tengok orang masak, nampak senang je. Sekali dah buat agak renyah nak buat 1, 1 kan.
ReplyDeletetk pernah try lg masak daging dendeng tp tgk resepi KA terliur
ReplyDeletetengok resepi macam senang tapi bila dah buat tu renyah juga sgh kan
ReplyDeletenampak mudah resepi dia. tapi tu la bab nak tumbuk tu memang LM agak malas sebab tu tak try lagi buat kot
ReplyDeleteNanti saya nak tiru resepi ya!
ReplyDeleteMemang lemah bab nak menumbuk daging tu kan.
ReplyDeletekalau di Kelate versi yg hampir sama ialah daging kerutuk.
ReplyDeleteMama saya dulu sering buat. Kalo saya dah give up lah kak. Beli dari saudara kalo teringin daging dendeng 😂😄.. ribet nak memasaknya memang, apalagi bab di pukul2 tuh kan ðŸ¤
ReplyDelete