Tuesday, April 30, 2013

Mampukah artis jadi YB?

Demam pilihan raya makin hangat dengan perang poster dan kempen yang lebih meriah berbanding Pilihanraya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008.
Barisan Nasional (BN) tentunya mengerah tenaga mempertahankan mandat mentadbir negara untuk tempoh lima tahun lagi, manakala Pakatan Rakyat (PR) bermati-matian untuk mencapai cita-cita menjadi pemerintah kerana melihat inilah peluang paling baik selepas berjaya menawan lima negeri pada pilihan raya lalu.

Jika gagal kali ini, peluang mereka tipis pada pilihan raya akan datang. Ia disifatkan ibu segala pilihan raya dan paling sengit dalam sejarah negara. Mungkin juga lebih hebat berbanding pilihan raya pada 1969.
PRU13 yang akan berlangsung minggu depan juga menyaksikan satu kejayaan besar buat insan seni apabila tiga artis, Aishah, Herman Tino dan Dayangku Intan turut bertanding.

Pengumuman Aishah atau nama sebenar, Wan Aishah Wan Ariffin mungkin kurang mengejutkan kerana pernah diuar-uarkan sebelum ini dan nyata ramalan itu memang benar belaka.

Penyanyi Janji Manismu itu bertanding mewakili PAS di kerusi Parlimen Jempol, Negeri Sembilan selepas menyertai parti itu Mei tahun lalu dan akan menentang bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad.
Paling mengejutkan tentunya penyanyi Mengapa Dikenang Mengapa Difikir, Herman Tino yang bertanding di Parlimen Tanjung Karang sebagai calon Bebas menggunakan lambang bunga raya.

Herman atau nama sebenar, Masrun Tamsi, 59, dikatakan membuat keputusan untuk bertanding dalam masa 36 jam sebelum penamaan calon. Malah, keputusannya tidak mendapat restu dan ditentang isterinya, Ketua Unit Penerbitan Radio, RTM, Noraini Ibnu.
Lebih mengejutkan, Herman bakal menentang ketua bahagian UMNO, Datuk Seri Noh Omar yang mewakili Tanjung Karang selama empat penggal sejak 1995.

Tindakannya menyebabkan Herman bersama 61 anggota UMNO lain disingkirkan atas kesalahan bertanding sebagai calon Bebas dan mereka tidak akan diterima semula ke dalam Umno untuk selama-lamanya.

Seorang lagi artis iaitu penyanyi Berpaut Di Dahan Cinta, Dayangku Intan, 48, bertanding kerusi Parlimen Pengerang mewakili PKR mencabar Datuk Azalina Othman Said yang menang tanpa bertanding selama dua penggal.

Sememangnya kehadiran artis dalam kancah politik bukan asing baik di Hollywood atau Bollywood, malah di negara jiran seperti Indonesia dan Filipina. Malah, ada yang dipilih memegang jawatan tertinggi negara sebagai presiden.

Namun, mampukah artis menjadi pemimpin? Terus terang, tidak nampak ketokohan mereka. Apakah kehadiran mereka sekadar memeriahkan PRU13 kerana mereka diletakkan di kerusi panas. Kata orang, peluang untuk menang tipis.

Jika mereka berjuang untuk masyarakat, baguslah, tetapi seperti kata Aishah, pemilihannya sebagai calon diharap dapat menjadi suara bagi golongan artis.

Kalau itu yang bermain dalam fikiran Aishah, berapa kerat sangat masyarakat mewakili artis di kawasannya dan tidak adil bagi pengundinya yang mengharapkan nasib mereka dibela.

Bak kata orang kuat Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi, apabila melangkah ke dunia politik, seharusnya letakkan diri mereka mewakili masyarakat di tempatnya dan berkhidmat untuk mereka.

“Mereka bukan lagi artis, tapi wakil rakyat. Kalangan artis sudah ada persatuan, biar persatuan memperjuangkan nasib artis,” katanya.

Seniman juga giat berkempen apabila melancarkan Malam Nurani Rakyat yang menjelajah satu Selangor bekerjasama dengan BN Selangor sejak bulan lalu.

Antara lokasi sebelum ini Kuang, Sungai Buloh, Petaling Jaya dan Klang, manakala semalam di Tanjung Karang dan hari ini di Dataran Pantai Morib, Kuala Langat.


copy paste dari
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/DepanMata_MampukahartisjadiYB_/MA/Article/index_html


*** Penyanyi pun manusia juga...

Cikgu Rania 2 (Siri 42): Demi malam, di mana kejora?

Langit gelap gelita. Bintang tiada. Angin kaku, malah daun kayu dan ranting halus seperti mati semangat pada malam itu. Langsung tidak mengalunkan apa-apa irama.
Seperti langit yang kelam dan gelap, begitu jugalah hatinya. Sungai hidupnya kini bagai hilang haluan. Hati yang sekian lama layu kini makin tidak bermaya.

Terasa hati seperti disiat-siat setiap kali kata-kata Rania menerpa. Kata-kata yang hanya dua huruf itu mampu menggoncang dadanya. Sehingga saat itu dadanya masih berasa kepedihan dan kesakitan. Itu baru sekadar kata-kata. Bagaimana kalau kata-kata itu menjadi nyata? Bagaimana kalau Rania benar-benar berniat melaksanakan kata-kata itu lalu meninggalkannya?

Mengenangkan hal itu, dia berasa gerun. Tersangat gerun! Kerana gerun jugalah, hidup Ummar Qayyum menjadi tidak menentu, malah akhir-akhir ini tidurnya juga terganggu. Kerap kali dia terjaga ketika tidur. Lebih mendukacitakan, setiap kali terjaga, setiap kali itulah fikirannya akan menerpa kepada permasalahan rumah tangga. Mindanya akan terbang kepada isteri yang berada di Malaysia. Lantas hati terus tertanya-tanya keadaan Rania.

Walaupun sudah hampir dua minggu kata-kata perpisahan terungkap daripada bibir Rania, tetapi Ummar Qayyum masih seperti tidak percaya.

Benarkah Rania tega mengucapkan kata-kata begitu? Tergamak Rania! Sampai hati Rania. Masakan kerana hal kecil begitu, Rania terus membuat keputusan mendadak dan mahu berpisah. Hati Ummar Qayyum bagai dicucuk-cucuk belati tajam nan berbisa. Paling menyedihkan, Rania tidak mahu berbincang selepas kata-kata bak sembilu itu terucap padanya. Dia tidak diberi ruang untuk membela diri.

Kerana matanya masih tidak mampu dipujuk tidur, Ummar Qayyum membuka komputer riba. Dia melayari Facebook Rania. Seperti selalu, Ummar Qayyum akan membaca status yang ditulis Rania. Sebuah puisi baru dimuat naik oleh isteri yang dirindui.

Dengan penuh keterujaan, Ummar Qayyum melirik pada setiap bait:

Demi malam yang bergilir siang
Demi malam dililit seribu bintang
Demi sunyi yang mengingat hanya syahdu
Demi rindu menguit
Demi kasih yang mengulit
Demi sendu yang merintih
Memugar taman cinta yang tidak mahu pergi
Dari diri

Demi malam yang selalu mengejutkan aku
Lalu berdiri di pinggir jendela
Mengais kisah semalam
Mengintai rindu-rindu yang bertebaran
Di pohon yang kaku
Di ranting kayu, di kembang nan layu
Di rerumputan

Ada suara berbisik
Memintaku mengutip cinta
Yang telah gugur

Sekali lagi kulempar pandangan
Taman itu masih ada
Tapi tiada bunga yang berkembangan
Tiada harum yang mencuri perhatian
Tiada dahan yang utuh
Tiada ranting yang bugar
Yang ada hanya akar
Yang masih mengharap
Setitis air cinta.

Hampir menitik air mata Ummar Qayyum seusai membaca empat bait puisi nukilan Rania.

Kalau apa yang kau luahkan di sini adalah isi hatimu Ren, maka fahamlah aku. Aku tidak akan memaksamu Ren, tapi akan kuberikan kau ruang masa untuk kau cuba kenali dirimu terlebih dahulu. Aku cuma berharap egomu tidak akan menjadi punca kemusnahan cinta yang kita bina!

Muka Puan Sri Zalia masam mencuka. Mulutnya memuncung. Minum petang yang disediakan oleh Makcik Rohaya masih tidak disentuh. Dia menemani suaminya minum petang sambil berbincang tentang Rania. Sudah lama dia menunggu masa untuk duduk bersama suami dan membicarakan tentang keadaan Rania. Marahnya pada Rania masih belum surut.

Dia masih ingat betapa kerasnya hati Rania sampai tidak sudi menghantar Ummar Qayyum ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur tempoh hari. Alasannya dia tidak sihat. Puan Sri Zalia tidak terkata. Murnilah yang menemaninya menghantar Ummar Qayyum. Buruk- buruk Murni seperti yang dikata oleh Rania mahupun Makcik Rohaya, mahu juga dia menemankannya. Rania?

Aduh, hampir putus jantung Puan Sri Zalia apabila mengingatkan sikap anaknya nan seorang itu.

“Degil! Entah apa yang dia hendak pun saya tak tahu! Puaslah hatinya dapat sakitkan hati Qayyum. Menghantar Qayyum ke KLIA pun tak hendak,” rungut Puan Sri Zalia dengan nada penuh kekesalan.

“Ren kan belum sihat sepenuhnya. Nak hantar macam mana? Kehilangan anak pula. Awak kena faham,” pujuk Tan Sri Razlan.

Dia tidak mahu menyalahkan Rania. Cukuplah isterinya seorang yang membebel.
“Itu saya faham. Saya mengerti bang. Yang saya tak faham dan tak mengerti kenapa dia menghukum Qayyum. Bukan Ren seorang yang kehilangan anak, Qayyum pun sama. Sepatutnya mereka saling memahami. Ini tidak! Suami dibuat seteru!” Tan Sri Razlan diam sejenak.

Seperti mana ligatnya otak isterinya memikirkan masalah Rania, begitu juga otaknya ligat berfikir cara untuk menyampaikan berita pada isteri tentang keputusan yang telah dibuat oleh Rania. Setakat ini, hanya dia dan Rania sahaja yang tahu. Melentingkah isterinya kalau tahu nanti?

“Cutinya macam mana abang?” tanya Puan Sri Zalia pada Tan Sri Razlan tanpa menyedari gelodak yang sedang bergulung-gulung di dada si suami.
“Abang dah uruskan.”
“Sampai bila cutinya?”
Tan Sri Razlan berdehem. Isterinya belum tahu bahawa cuti Rania disambung sampai hujung tahun. Sesuatu yang dirahsiakan daripada isterinya selama ini perlu dimaklumkan segera. Bagaimana penerimaan Zalia agaknya?

Janganlah dia terkejut dan pengsan seperti hari itu, fikir Tan Sri Razlan lagi. Namun, dia tidak tergamak untuk merahsiakannya lagi. Dengan Rania dia sudah berbincang dan Rania telah memberi izin untuknya memaklumi isteri. Dia kira sudah sampai masa untuknya berterus-terang.

“Cuti Ren sampai bila bang?” ulang Puan Sri Zalia tatkala menyedari suaminya seperti melamun.

“Er, abang dah pohon untuknya cuti tanpa gaji sehingga hujung tahun,” jelas Tan Sri Razlan.

“Sampai hujung tahun?” Puan Sri Zalia terkejut. Cuti itu agak lama.
Kenapa Ren minta cuti sampai hujung tahun? Hati Puan Sri Zalia mulai tertanya-tanya.

“Lepas tu Ren tak ke sekolah itu lagi,” sambung Tan Sri Razlan dalam pada Puan Sri Zalia masih terpinga-pinga.

“Ha! Tak ke sekolah itu lagi? Apa maksud abang? Dia dah tak nak mengajar ke?” Berkerut dahi Puan Sri Zalia mendengar penjelasan suaminya.
“Mengajar lagi cuma di tempat lain.”

“Ren nak bertukar sekolah?” Puan Sri Zalia membetulkan kedudukannya. Dahinya makin berkerut.

“Ya!” Tan Sri Razlan mengiyakan.
“Bertukar sekolah pula? Dah berapa kali bertukar. Dia nak pergi sekolah mana kali ni?”

“Ren nak balik ke sekolah lama. Saya dah pohon. Dah diluluskan pun.”
“Sekolah Sri Cempaka?”

“Ren nak pindah balik Sabah,” Tan Sri Razlan berterus-terang.
Ternganga mulut Puan Sri Zalia sejenak. “Sabah? Apa abang cakap ni?”
Matanya tajam merenung suami yang duduk di hadapannya.

“Ren nak pindah ke Sabah balik,” ulang Tan Sri Razlan, tenang sahaja.
“Abang benarkan?” Puan Sri Zalia tidak percaya.

Tan Sri Razlan angguk. “Abang dah bincang dengan Ren pun.”
Muka isterinya tak dipandang pun. Dia perasan akan perubahan di wajah orang yang sedang dilawan bercakap itu.

“Abang dah bincang dengan Ren?” tanya Puan Sri Zalia balik. “Kenapa abang tak berbincang dengan Lia dulu sebelum abang buat keputusan macam ni?” Puan Sri Zalia sudah tercebik. Sedih hatinya kerana tidak dibawa berunding dalam hal berkaitan anak bongsu mereka.

“Ren dah cukup menderita. Kali ni biarlah kita ikut sahaja kehendak hatinya.”
“Apa masalah Ren? Dia yang keras kepala dan tak mendengar kata. Kali ini abang ikut pula kata dia. Lia tak faham.”

“Kita tak faham masalah dia Lia,” pujuk Tan Sri Razlan.
“Abang tahu tak apa yang abang buat ni?” Hidung Puan Sri Zalia sudah kembang kempis. Dia masih menahan sebak yang telah pun melanda sejak tadi.

“Apa yang abang harapkan ialah Ren bahagia. Mungkin dulu silap abang bawa dia balik ke Semenanjung bila dia belum bersedia.”

“Abang memburukkan keadaan antara Ren dengan Qayyum. Cukuplah apa yang mereka lalui selama ini. Abang tambah lagi. Abang ikut cakap Ren dan jarakkan lagi hubungan mereka,” Puan Sri Zalia sudah tidak malu-malu lagi menangis mendudu-dudu sehingga mengejutkan Makcik Rohaya dan Murni.

Mereka menjengah orang berdua yang sedang dilanda kemelut itu. Apa lagi masalah orang dalam rumah ni? Berkata hati Murni tatkala melihat Puan Sri Zalia masih menangis panjang. Hal Rania lagikah? Duganya.

Hatinya sekarang sangat girang dan bahagia. Masakan tidak! Pucuk dicita ulam mendatang. Ikatan antara Ummar Qayyum bersama Rania sudah berantakan. Rania sudah meminta perpisahan. Bagai retak menanti belah saja hubungan mereka berdua kini.

Murni menyandar di dinding yang memisahkan dirinya dengan Tan Sri Razlan bersama Puan Sri Zalia. Dia mahu mendengar lagi butir pertengkaran mereka berdua. Makin terukkah keadaan Qayyum dengan Rania? Seorang sudah berada di Sweden dan seorang lagi di Malaysia. Ah, rasakan! Aku menunggu dan melihat sahaja.

Dan paling penting, aku bebas di rumah ini. Aku boleh buat apa aku suka. Dendam aku mulai menampakkan hasil. Mereka berdua sudah berpecah-belah. Murni tersenyum puas. Aku bebas di rumah ini. Bebas! Hendak makan, aku makan. Hendak tidur, aku tidur. Hendak berkurung dan melayari Internet sepanjang masa pun tiada siapa yang kisah. Aku bebas melakukan apa sahaja. Kalau aku berkurung seharian di kamar pun, orang akan fikir aku kesedihan dek perkahwinan Rais dengan Ros Ilyani. Fikirlah apa sahaja, yang penting aku bahagia, fikir Murni lagi masih dengan pelbagai rancangan yang sudah pun diatur. Mendengar suara Puan Sri Zalia berbunyi balik, Murni kembali memasang telinga.

“Lia tak setuju,” kata Puan Sri Zalia lama kemudian. “Lia tak setuju Ren pindah balik ke Sabah. Lia tak rela!”
“Hormatilah keputusan Ren, Lia.”
“Kenapa tiba-tiba abang jadi macam ni. Bukan dulu abang yang beriya-iya suruh dia balik sini,” bentak Puan Sri Zalia. Air matanya sudah kering.
“Abang silap!”
“Abang tak kenal anak kita? Abang tahu tak apa natijahnya menghantar Ren balik ke Sabah? Dia dengan Qayyum macam mana?”

“Kita dah usaha macam-macam Lia. Apa kata kali ni biar Allah yang tentukan. Barangkali keputusan yang kita buat untuk Ren selama ini dia tak suka.”
“Dia kahwin dengan Qayyum tu pilihan dia!” suara Puan Sri Zalia masih meninggi. “Apa kehendaknya yang kita tak ikut? Lia takkan izinkan Ren pergi ke Sabah sekali lagi.”

Terketar-ketar suara Puan Sri Zalia semasa mengungkapkan itu. Kerana tidak puas hati, Puan Sri Zalia tinggalkan suaminya sendirian di bawah, lalu dia memanjat anak tangga menuju ke bilik Rania.

Tanpa mengetuk pintu, Puan Sri Zalia terus memulas tombol pintu kamar anaknya. Rania terkejut disergah begitu. Dia mengalihkan komputer peribadi dari atas ribaan ke meja di sisinya.

“Ayah kata Ren minta tukar balik ke Sabah, betul ke?” Terus diasak soalan itu pada si anak.

Walaupun terperanjat, Rania mengangguk.
“Mama tak akan izinkan Ren pergi!” ujar ibunya tegas.
“Kerana itu Ren bincang dengan ayah. Ren tahu mama takkan izinkan,” jawab Rania dengan berani.

“Mama tetap takkan izinkan. Qayyum pun sama!” bentak ibunya sebelum pintu ditutup keras.

Ini hidup aku! Sama ada mama izinkan atau tidak aku tetap tidak akan berganjak daripada keputusan yang telah aku buat! Dia teringat komen Ummar Qayyum pada sajaknya.

Demi Malam... di mana kejoraku?
Hatinya tersentuh!

Friday, April 26, 2013

Tazkirah Jumaat : Rasulullah SAW dan pengemis buta

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu
pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya" .

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke
rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan istri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?". Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja".
"Apakah Itu?", tanya Abubakar RA.
"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana", kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya.

Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik, "Siapakah kamu ?". Abubakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa." "Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku" , bantah si pengemis buta itu.

"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah
itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya. Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa
datang padamu.

Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW". Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... "

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Dapatkah kah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW?Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus peratus, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.

copy paste dr emel lama

Tuesday, April 23, 2013

Cikgu Rania 2 (Siri 41): Tuhan, tolonglah aku!

Oleh Samsiah Mohd Nor

“Kenapa ni Qayyum?” tanya Puan Sri Zalia pada menantunya yang nampak rusuh benar. Dia terkejut melihat Ummar Qayyum duduk tersandar di atas sofa ruang utama dalam keadaan yang pelik pada jam tiga pagi.
Kepalanya terkulai di birai sofa. Matanya memandang kosong permukaan siling yang dihiasi dengan ukiran indah berwarna-warni. Puan Sri Zalia mengemaskan rambutnya yang tidak terurus. Matanya berkelip-kelip memandang Ummar Qayyum. Teruk benar keadaan Ummar Qayyum ketika itu. Rambutnya kusut-masai. Matanya kuyu dan tidak bermaya, tapi ketara dia tidak tidur.

Di atas permaidani ada sejadah yang berlipat dua. Kopiah putih dengan seutas tasbih berada di atas sejadah. Menyedari dirinya diperhatikan dari sisi, perlahan-lahan Ummar Qayyum berpaling. Helaan dilepaskan sebelum dia membetulkan kedudukan lalu duduk dengan lebih tertib. Dia menggosok hidungnya beberapa kali. Dia tersenyum nipis dalam paksa kepada ibu mertua yang masih berdiri dengan wajah berkerut.

“Buat apa kat sini? Qayyum tidur kat sini ke?” tanya Puan Sri Zalia.

Selama Ummar Qayyum duduk bersamanya, tidak pernah sekali pun Ummar Qayyum tidur merata-rata. Tempat tidurnya dan Rania adalah di kamar atas atau di bawah. Sebelum Rania keguguran, di kamar atas tempat mereka, tetapi selama Rania kurang sihat selepas keguguran, Ummar Qayyum tidur di bawah.

Walaupun Puan Sri Zalia tahu ada kemelut kecil antara mereka, tapi jauh di sudut hati dia yakin keadaan itu akan kembali seperti biasa. Namun, akhir-akhir ini, keadaan yang diharapkan belum menampakkan sinar harapan. Tapi tidak pula dia menyangka situasi itu akan menjadi bertambah buruk lebih-lebih lagi malam esok Ummar Qayyum akan terbang ke Sweden.

“Kenapa mama tak tidur lagi?” Ummar Qayyum bertanya balik lama kemudian.

Dia merapikan rambutnya menggunakan kedua-dua jemari tangan.

“Mama dah tidur. Mama terjaga. Yang kamu ni kenapa kat sini?” ulang Puan Sri Zalia lagi.

Dalam hati, dia sudah dapat menduga hal itu sudah tentu berkaitan dengan Rania.

“Saya tertidur kat sini,” helah Ummar Qayyum.

“Tertidur?” Tercengang Puan Sri Zalia mendengarnya.

“Saya masuk dulu mama.” Kerana tidak mahu memanjangkan isu, Ummar Qayyum minta diri.

Terkebil-kebil Puan Sri Zalia sebaik sahaja Ummar Qayyum masuk ke bilik bawah. Takkan sampai begitu buruk hubungan mereka? Malam esok Ummar Qayyum hendak terbang ke Sweden, takkan mereka masih berperang dingin. Mengenali Rania, Puan Sri Zalia tahu hal itu berlarutan sudah tentu gara-gara Rania. Pagi-pagi esoknya, selepas solat Subuh, dia sudah mengetuk pintu bilik Rania. Apabila tombol cuba dipulas, bilik itu rupa-rupanya berkunci dari dalam. Lama juga dia menunggu sebelum pintu bilik terkuak.

“Mama...” ucap Rania perlahan dengan mata separuh terbuka.

Puan Sri Zalia terus menerobos masuk lalu duduk di birai katil Rania. Bertubi-tubi soalan diajukan pada Rania. Ketara dia menyalahkan Rania atas apa yang berlaku pada Ummar Qayyum. Rania yang masih di awang-awangan terkejut disergah begitu. Naik darah juga dibuatnya.

“Dia dah mengadu pada mama ke?” tanya Rania dengan nada menyindir.

Puan Sri Zalia diam. Sengaja dia tidak menjawab soalan Rania supaya Rania terus berprasangka. Dia hendak mengorek rahsia yang berlaku dalam rumah tangga mereka.

“Sampai hati Ren buat Qayyum macam tu. Tak tentu arah dia tau. Pukul tiga pagi dia duduk merenung siling rumah. Dah mengalahkan orang meroyan!” Puan Sri sengaja membesar-besarkan isu.

“Dia bagi tahu mama apa?” Rania agak bengang dan marah.

“Elok kalau Ren bagi tahu mama juga supaya mama dengar dari kedua-dua belah pihak,” cungkil Puan Sri Zalia lagi.

Rania tunduk. Air mukanya berubah. Jauh di sudut hati dia berasa bersalah juga kepada Ummar Qayyum, tetapi hati seperti sudah tertutup pada si suami. Sudah benar-benar tertutupkah hatiku atau rajukku yang panjang atau mungkinkah juga egoku tercabar sebagai wanita? Soalnya sendiri.

“Benar ke apa yang Ren kata pada Ummar Qayyum?” Serkap Puan Sri Zalia berterusan.

Kerana cuba mengorek rahsia, dadanya dilanda debaran teruk. Dia rasa seperti hendak semput. Dia yakin benar ada sesuatu berlaku antara mereka berdua cuma dia tidak tahu apakah isunya.

“Dia kata apa?” tanya Rania balik.

“Sekarang mama nak tahu apa yang Ren kata.”

“Ren kata Ren nak berpisah,” sahut Rania selamba. Wajahnya tunduk.

“Ren kata apa?” Puan Sri Zalia inginkan kepastian. Masakan itu yang aku dengar.

“Ren nak berpisah,” ulang Rania.

Hampir pengsan Puan Sri Zalia dibuatnya. Menggigil tubuhnya saat itu. Kalau tidak kerana Rania masih berpantang 44 hari selepas keguguran, mahu muka Rania dilempangnya. Dicuba kawal emosi marahnya yang meledak. Gagal. Belum sempat Rania dimarahi, nafasnya tersekat-sekat. Semputnya makin menjadi-jadi pula.

Dipejamkan matanya seketika. Dadanya berasa sesak dan kian ketat. Tubuhnya tiba-tiba terkulai perlahan di sisi Rania.

“Mama....” Pucat muka Rania melihat keadaan ibunya.

“Mama, mama, mama...” Rania sudah menangis. Dibaringkan ibunya di atas tilam lalu dia bergegas keluar kamar memanggil Makcik Rohaya. Suaranya yang nyaring terlebih dulu mengejutkan Ummar Qayyum yang baru selesai mengaji di ruang bawah.

“Kenapa mama?” tanya Ummar Qayyum yang sudah tercegat di sisi ibunya.

“Mama pengsan tiba-tiba.” Tangisan Rania makin menjadi-jadi.

Ummar Qayyum bertindak pantas. Dia menghubungi ambulans. Tidak sampai lima belas minit, kaki tangan dari Hospital Serdang sudah muncul di pintu rumah. Seorang doktor memeriksa keadaan Puan Sri Zalia. Dia mengambil tekanan darah dan bertanya beberapa soalan pada ahli keluarga.

“Dia tak apa-apa,” ujar Doktor Aizuddin sesudah membuat pemeriksaan. Puan Sri Zalia sudah tersedar, tetapi kelihatan masih lemah. Dia memegang dadanya lantas segera pula Rania menggosoknya dengan lembut.

“Puan mesti berehat dan jangan stres,” nasihat Doktor Aizuddin lagi. Puan Sri Zalia angguk cuma.

“Kalau kerap berlaku begini, lama-lama puan kena makan ubat secara konsisten. Susah nanti kalau dah mula makan ubat!” tambah doktor berusia awal 40-an itu lagi.

Jari jemari ibunya digenggam erat oleh Rania. Rasa bersalah datang menundanya. Ummar Qayyum sudah keluar kamar mengikut doktor berpengalaman itu. Mereka berbincang di tingkat bawah. Rania perasan Murni ada sekali di ruang tamu semasa dia menjengah mengintai tetamu. Dia tidak mempedulikan perempuan itu. Dia masuk ke biliknya semula.

“Ren dah hubungi ayah. Ayah balik esok. Abang Rais dengan Kak Ros dalam perjalanan,” ujar Rania apabila dia kembali mengadap si ibu. Tan Sri Razlan sepatutnya pulang dua hari lagi dari Singapura, tetapi dia akan menyegerakan kepulangannya sebaik sahaja mendengar berita kesihatan isteri. Puan Sri Zalia menarik nafas dalam-dalam.

“Kenapa mama Ren?” bisik Makcik Rohaya kepada Rania.

Sejak tadi dia tidak berpeluang bertanya. Puan Sri Zalia kelihatan lebih baik daripada tadi. Mukanya yang pucat sebentar tadi sudah berubah warna. Sesekali Puan Sri Zalia menggosok-gosok dadanya.

“Mama terkejut,” sahut Rania dengan rasa bersalah.

“Puan sakit dada?” tanya pula Makcik Rohaya.

“Sejuk dada,” bergetar suara Puan Sri Zalia.

“Mak cik ambilkan Vicks,” arah Rania. Makcik Rohaya kembali bersama sebotol Vicks. Dada ibunya disapu lalu digosok dengan lembut.

“Maafkan Ren mama...” Sayu hati Rania melihat keadaan ibu.

Puan Sri diam sahaja. Melihat wajah ibunya semakin pulih, Rania tinggalkan si ibu bersama Makcik Rohaya. Dia mahu bersemuka dengan Ummar Qayyum. Dia yakin Ummar Qayyum telah mengadu pada ibunya tentang masalah mereka.

Di ruang tamu, Ummar Qayyum tidak bersendirian. Dia sedang bercakap dengan Murni. Wajahnya serius benar. Rania meluat melihat mereka. Dia menuruni anak tangga tanpa disedari oleh orang berdua itu.

“Saya nak bercakap dengan awak,” celah Rania tiba-tiba.

Kedua-duanya memandang serentak pada Rania.

“...dengan Qayyum. Awak boleh pergi,” kata Rania pada Murni.

Wajahnya masam mencuka. Api kemarahannya selalu membara setiap kali melihat wajah Murni. Wajah Ummar Qayyum berubah. Murni tunduk laksana orang tahu diuntung.

“Murni tahu Murni orang asing di rumah ni kak. Murni juga tahu Kak Ren tak suka Murni. Murni sedar diri Murni. Tapi tak perlulah Kak Ren halau Murni begitu!” suara Murni kedengaran pilu benar.

“Pergi!”

“Sabarlah Kak Ren, satu hari Murni dan Fahmi akan pergi bukan saja dari tempat yang Murni injak ini bahkan juga dari rumah ini.” Wajahnya muram. Kesedihan bermukim di matanya.

“Saya tak hendak dengar ceramah awak. Awak boleh pergi sekarang?” tekan Rania lagi.

Ummar Qayyum merenung Rania. Dia tidak sangka Rania sanggup berkata demikian pada Murni. Ungkapan itu satu penghinaan. Rania sudah benar-benar melampau. Apa yang merasuk Rania? Dalam situasi ibunya sakit dia masih tidak mampu mengawal emosi!

Murni berengsot perlahan. Rania menjeling tajam. Yakin bahawa Murni sudah tiada berhampiran mereka, Rania mengalihkan pandangannya pada Ummar Qayyum.

“Apa awak mengadu pada mama?” tanyanya sombong.

“Mengadu apa?”

“Awak cerita pada mama saya minta perpisahan.”

“Ren, itu masalah rumah tangga kita. Abang tak berniat nak ajak siapa-siapa pun campur tangan. Kita boleh selesaikan sendiri.”

“Habis mana mama tahu?”

“Ren lah yang cakap...”

Rania terkedu. Dia imbas kembali perbualan antara dirinya dengan si ibu. Ternyata, ibunya tidak pernah mengatakan bahawa Ummar Qayyum yang bercerita.
Ah, ibu main serkap barangkali!

Keluh Rania, tetapi ego menyebabkan dia tidak mahu mengalah.

“Awak ‘hint’ pada dia!” tuduh Rania selamba.

“Ren, tak ada apa yang abang cakap pada mama.”

“Saya tak akan berganjak dengan keputusan yang telah saya buat malam tadi.” Rania memusingkan mukanya.

“Apa keputusan Ren?”

“Keputusan semalam!”

“Apa?” tanya Ummar Qayyum. Dia tidak pernah sesekali lupa dua perkataan yang diucap oleh Rania cuma dia berharap Rania tidak mengulanginya lagi.

“Berpisah!”

Renungan tajam Ummar Qayyum menembusi mata Rania. Jantung Rania berdegup kencang. Tiada suara keluar dari mulut lelaki itu. Hanya renungan yang bercerita. Sekonyong-konyong Rania berasa takut. Ada angin semilir ngilu melewati dadanya. Dia tidak berani membalas tatapan Ummar Qayyum.

“Betul itu yang Ren mahu?” tanya Ummar Qayyum lama kemudian.

Kali ini Rania pula terdiam. Dia mulai ragu-ragu. Taufan kebimbangan membadai jantungnya. Hakikatnya dia tidak yakin dengan keputusan yang dibuat, tetapi egokah aku?

“Itu yang Ren mahu?” ulang Ummar Qayyum tegas sekali.

Rania memejamkan matanya seketika. Dia berasa seperti mahu tumbang. Tuhan, tolonglah! Antara sedar dengan tidak, kepalanya mengangguk.

“Baiklah, kalau itu yang Ren mahu abang akan beri. Abang tiada upaya untuk halang Ren. Malam nanti abang akan berangkat ke Sweden dan lepas tu tidak pasti abang akan kembali atau tidak!” sahut Ummar Qayyum dan pergi.

Rania terduduk di kerusi. Nafasnya seperti mahu putus. Ya Allah, apa yang aku buat? Tanpa sedar air matanya jatuh bertitis-titis. Hiba sekali!

copy paste
http://www.hmetro.com.my/articles/CikguRania2_Siri41__Tuhan_tolonglahaku_/Article/

Monday, April 22, 2013

Terima kasih ku ucapkan padamu...

Lirik Lagu Terima Kasih Malaysia

Kiniku nikmati kehidupan yang selesa
Dibentuk oleh mereka yang penyayang
Hari silih ganti kami maju ke hadapan
tak kira apa jua halangan

Chorus
Terima kasih ku ucapkan padamu
Atas nikmat yang diberi padaku
Terima kasih ku ucapkan padamu
Kerna aman sentosa selalu

Kita dididik serta dipimpin
Agar kita semua tidak keciciran
Kita terus berusaha sedaya upaya
Agar menjadi insan yang berguna



Cuba kalau yang menyanyi kat TV tu barisan menteri-menteri, ahli-ahli dewan negeri, ahli parimen, senator, isteri-isteri menteri...nyanyikan lagu terima kasih Malaysia..ubah sikit. Nyanyikan sebagai tanda penghargaan kepada akar umbi yang telah memilih selama ini. Barulah betul. Ini tak...Rakyat yang memilih mereka, rakyat yang kena berterima kasih kepada mereka....
Chorus
Terima kasih ku ucapkan padamu
Atas nikmat mandat yang diberi padaku
Terima kasih ku ucapkan padamu
Kerna aman sentosa selalu

Parking leklok tak boleh ke?


kekadang hangin dengan sikap sesetengah orang yang ambil remeh setiap perkara. Walaupun ianya simple tapi ianya amat meyakitkan hati. Tak kisah lah apa pun masalahnya..sakit perut ker...demam ker...tapi jangan la susah dan menyusahkan orang. Letak kereta ikut suka hati...daripada boleh masuk 3 kereta kat lot tu...jadi boleh masuk 2 kereta jer. Menda ni takkan jadi kalau parking dengan berhati-hati dan bertimbang rasa.

Biarlah lambat sikit asalkan tak menyusahkan orang. koi kadang2 rasa macam nak pancitkan ajer tayar orang-orang yang parking tak senonoh dan tak fikir orang lain ni. Kalau hari dah petang, dah takde orang nak parking, ko nak melintang ke..menegak ke..menyenget ke..takde orang nak kisah..tapi ni peak hour ko parking senget2...dulu masa belajar mandu tak belajar ke??


Friday, April 19, 2013

Homemade Play Dough

Balik kerja semalam, gagahkan diri buat aktiviti utk budak2 ni. Asik tgk kartun aje.Jumpa kat majalah Pa & Ma Bulan Februari ari tu...kiranya dah berbulan la berangan nak menggentel benda alah ni.

Bahan-bahannya adalah
  1. 2 cawan tepung gandum
  2. 2 sudu besar serbuk cream of tar tar
  3. suku cawan garam
  4. 2 sudu besar minyak masak
  5. 2 cawan air panas
  6. perwarna makanan


Sukat 2 cawan tepung gandum, masuk dalam besen

Pastu masukkan serbuk Cream of Tar Tar...

pastu masukkan suku cawan garam. Suku cawan garam adalah bersamaan 1/4 cawan

pastu, kacau mesra ramuan kering sebelum masukkan minyak masak.

Lepas dah masuk minyak masak, masukkan air panas. Air panas ni takyah habiskan 2 cawan la koi ingat. Dia lembik sangat. Sampai koi kena alter tambah tepuk sikit. So taruk dlm 1setengah cawan jer. kacau cepat2 sebalum air sejuk. tapi hati-hati la.

Apasal pulak ko sorang aje yang menegak ni?? masa dia panas dia akan melekit-lekit sikit. So tunggu la sampai dia sejuk...koi tunggu dalam sejam la...
Bila dah sejuk kita uli-uli la sampai dia tak lekat lekit lagi


pastu bahagikan beberapa bahagian untuk taruk pewarna. Tengok berapa banyak stok pewarna ada kat rumah. Letak sikit perwarna pastu uli-uli sampai pewarna tu sebati dengan doh

Tapi dia melekat-lekat la...tak macam plastisin pun. Lekat kat jari..kat dulang...ala...jadik ke tak jadik ni???

hasilnya dapat la beberapa warna yang ada kat rumah..ada warna biru, warna pink, hijau, kuning, purple.
Koi ambil masa dekat dua jam nak hasilkan adunan kat atas tu tau. kalah buat icing fondant. Krem tangan koi. Tapi sebab nakkan anak-anak ada aktiviti lain, buat la jugak....Lepas dah siap semua tu koi pun pergi dapur nak cuci tangan sebab ada kesan-kesan tepung yang melekat pada tangan. Sekembalinya koi dari dapur lepas basuh tangan...tau apa jadi kat doh diorang tu???

 *
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
taraaa...
Dah macam aiskrim paddle pop dikerjakan Umar mahfuz.
Penat tau mama korang uli sampai dua jam, ditinggalkan tak sampai 5 minit...dah macam ni jadinya...Patutla masa kat dapur koi dengan Abang Mukhlis cakap banyak kali "Adik jangan..."

Aduhai anak...tapi malam tadi belum boleh main sebab dia lembik jer. Bangun pagi tadi masing2 cari doh nak main...haiyaa...mandi dulu la...hari ni mama ayah kerja la...Pagi ni try2 uli, ohh...dah tak lekat macam malam tadi. memang nak kena simpan semalaman kot. Tapi simpan dalam bekas bertutup la...

Rakcace ayah diorang buat pagi tadi sebelum pergi kerja.


Thursday, April 18, 2013

Photoshop atau Paint?


Koi takde pape masalah dengan gambar ni...dah kedai nombor tu ada..takkan nak letak polis atau Pak Imam lak jadi Jaga kat depan kedai tu utk nasihat Orang Islam supaya jangan beli nombor. Apa yang koi kelakorkan adalah kualiti gambar yang dikatakan gambar asal sangatlah teruk. Pakai henfon pakai buang pun lagi cantik....hahaha...

gambar yang dikatakan telah diedit itu sangatlah bagus kualitinya. Apa terer benau tukang edit ni?

Apapun tujuan gambar ini digubah...anggaplah ia sebagai satu lawak jenaka kerana kalau pandai membaca tentu pandai menilai gambar yang mana satu ori yang mana satu telah diubahsuai.


kepada editor gambar...bacalah buku ini

Wednesday, April 17, 2013

Mood yg Hilang

hari ni betul2 takde mood. Start dr bangun tidur sampai habis waktu kerja memang takde feel nak buat kerja. Tak tau la sebab apa. Sakit pinggang menyukarkan koi nak bergerak....batuk yang belum berakhir...Cuaca yg sangat panas...

Bos pulak pergi Kelantan seminggu, tak bgtau koi dulu..main cau jer...dah la ada beberapa perkara yang perlukan tandatangan dia...surat sumpah la..inden la...hapa la...

lambatnya nak beranak...dah tak larat la...sekarang pukul 11 dah tido. Dah takde nak usik-usik kerja lain kat rumah.Buat yg wajib jer. Nak ngelap2 tu semua tunggu cuti. Lipat baju tunggu cuti. Gosok baju sehari sepasang jer. Kadang2 tak gosok, pakai t shirt jer.


Tuesday, April 16, 2013

Koi Baru je Tahu...



HOW TO MAKE SYMBOLS WITH KEYBOARD
Alt + 0153..... ™... trademark symbol
Alt + 0169.... ©.... copyright symbol
Alt + 0174..... ®....registered ­ trademark symbol
Alt + 0176 ...°......degre e symbol
Alt + 0177 ...±....plus-or ­-minus sign  
Alt + 0182 ...¶.....paragr ­aph mark
Alt + 0190 ...¾....fractio ­n, three-fourths
Alt + 0215 ....×.....multi ­plication sign
Alt + 0162...¢....the ­ cent sign
Alt + 0161.....¡..... ­.upside down exclamation point
Alt + 0191.....¿..... ­upside down question mark
Alt + 1...........sm ­iley face
Alt + 2 ...........bla ­ck smiley face
Alt + 15..........su ­n
Alt + 12...........f ­emale sign
Alt + 11...........m­ale sign
Alt + 6............s pade
Alt + 5............. ­Club
Alt + 3............. ­Heart
Alt + 4............. ­Diamond
Alt + 13...........eighth note
Alt + 14............ ­beamed eighth note 
Alt + 8721.... ∑.... N-ary summation (auto sum)
Alt + 251.....√.....s ­quare root check mark
Alt + 8236.....∞..... ­infinity 
Alt + 24.......↑..... ­up arrow
Alt + 25......↓...... ­down arrow
Alt + 26.....→.....ri ­ght arrow
Alt + 27......←.....left arrow
Alt + 18.....↕......u p/down arrow
Alt + 29......↔...left right arrow

Monday, April 15, 2013

Bandi Amuk & Ayai Ilusi Jadi Duta Kempen BN Parlimen JB





JOHOR BAHARU: Dua artis terkenal, Bandi Amuk dan Ayai Ilusi, menawarkan diri secara sukarela untuk menjadi duta kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) Barisan Nasional (BN) Parlimen Johor Baharu.

Bandi Amuk atau nama sebenarnya, Nasabandi Jumaat dan Ayai Ilusi atau nama sebenarnya, Zaharuddin Kamaruddin, akan terlibat dalam aktiviti penerangan khususnya terhadap golongan muda di Parlimen Johor Baharu.

"Penyertaan Bandi Amuk dan Ayai Ilusi merupakan sebahagian daripada usaha kita untuk mendekati anak muda dan menarik sokongan mereka pada pilihan raya umum kali ini," kata penyandang kerusi Parlimen Johor Baharu Tan Sri Shahrir Abdul Samad pada sidang media di pejabat Umno Bahagian Johor Baharu pada Ahad.

Beliau yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya BN Johor Baharu berkata, pendekatan BN menggunakan selebriti dalam kempen adalah berlainan dengan pembangkang yang mengetengahkan artis sebagai calon parti mereka.

Shahrir merujuk kepada keputusan Pas mencalonkan penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin di Parlimen Jempol pada pilihan raya umum ini, serta khabar angin bekas penyanyi, Dayangku Intan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pontian.

Menurutnya, bekas artis yang diketengahkan oleh pembangkang sebagai calon di dalam PRU 13, tidak mempunyai sebarang pengalaman berkhidmat kepada rakyat.

Sementara itu, Bandi Amuk berkata keputusan untuk menawarkan khidmatnya adalah disebabkan kesedaran untuk membalas segala jasa BN dengan memastikan parti pemerintah itu menang besar pada PRU 13.

"Saya mempunyai keluarga dan anak-anak saya telah mendapat segala bantuan dan pertolongan daripada BN. Ini adalah masa untuk saya membalas segala jasa kerajaan BN. Janganlah kita menggadaikan masa depan kita," katanya.

Penyanyi Ayai Ilusi pula berkata, tindakannya untuk terlibat dalam kempen pilihan raya BN itu merupakan reaksi semula jadi memandangkan beliau merupakan penyokong kuat parti itu sejak dahulu lagi.

"Saya telah terlibat dengan kempen BN 'sejak azali' lagi, daripada bekerja memasang poster-poster BN kepada menyertai kempen-kempen bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika beliau menjadi Menteri Besar Johor," katanya.

Pegawai Pilihan Raya BN Parlimen Johor Baharu Abu Talib Alias pula berkata, Bandi dan Ayai akan terlibat dalam lapan program penerangan di seluruh kawasan Parlimen Johor Baharu sepanjang kempen PRU 13 ini.-BERNAMA

dicedok sepenuhnya mstar online

Bahasa mencerminkan akhlak diri dan wali...Wallahua’lam


Menggelarkan orang memberi nasihat sebagai ostajah celup, ustazah jadian, ustazah mee segera, ustaz itu, ini dan pelbagai gelaran lagi sangatlah menjengkelkan. Lebih teruk lagi bila diri sendiri jahil, tapi apabila dinasihati menghentam si pemberi nasihat.

Meh sama-sama kita baca artikel Fikrah Islamiah: Wali Fasik merosakkan perkahwinan anak sendiri

Petikan dr artikel dr blog di atas...

Wali fasik punca segalanya
Sebenarnya ramai yang terlepas pandang, bahawa wali amat besar peranan dalam mengharmonikan rumah tangga anak-anak mereka. Semuanya bermula daripada watak wali dalam membesarkan anak, semasa menikahkan anak dan selepas mengahwinkan anak mereka.
Perlu ditegaskan di sini, wali dalam apa jua jenis perkahwinan pun perlu memilik watak orang yang beriman dan bertakwa. Tetapi untuk memiliki watak ini tidak cukup dengan sehari dua sebelum mengahwinkan anaknya. Watak ini perlu dilazimkan lebih lama malah sudah menjadi budaya. Hal ini kerana watak baik ini tidak boleh menjadi realiti dengan hanya sekadar lakonan.
Wali untuk sesuatu perkahwinan disyaratkan adil bukan fasiq. Jadi wali sendiri perlu mempersediakan dirinya sebagai orang yang adil. Apakah kaitan adil dalam perkahwinan anaknya? Dan apakah maksud adil dalam konteks ini?
Adil dalam Islam bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dalam konteks ini, seseorang wali itu hendaklah bertindak mengikut kehendak syariat. Kalau dia berkata pula, perkataannya mestilah benar, tidak berbohong. Ertinya seseorang wali itu tidak akan melakukan dosa apatah lagi dosa besar.
Wali yang tidak adil dalam syariat disebut fasik. Maka wali fasik adalah ditolok kewaliannya. Jadi, dia tidak boleh menjadi wali dalam perkahwinan anak perempuannya. Jika dia menjadi wali juga dalam keadaan dia sedar kefasikannya, maka perkahwinan anaknya akan berakhir dengan masalah.
Di sini ramai yang tidak faham bagaimana seseorang itu boleh dikategorikan sebagai fasik. Sebenarnya fasik di segi bahasa ialah rosak dan di segi syarak ialah mereka yang mengekalkan dosa kecil. Maknanya orang fasik walaupun pada dasarnya tidak melakukan dosa besar tetapi dia sukar menghindari daripada melakukan dosa kecil.
Walau bagaimanapun jika orang yang sesekali terjebak dalam dosa kecil dan setelah tersedar segera bertaubat, tidaklah dikategorikan sebagai fasik. Inilah sifat orang mukmin yang dikasihi Allah. Oleh sebab itu, mereka yang boleh bertaubat setiap masa apatah lagi setiap kali melakukan dosa kecil, bukan saja terhapus dosa tetapi terus dikasihi Allah.
Dosa kecil yang sering dilakukan umat Islam adalah yang melibatkan sesama manusia. Namun dosa tersebut sukar ditinggalkan oleh mereka kerana sudah menjadi kebiasaan. Antara dosa tersebut ialah, mengumpat, hasad dengki, menipu, hisap rokok, mencari salah orang, mendedahkan kepada ketika keluar rumah dan melihat aurat wanita.
Berdasarkan pengalaman yang lalu, dalam satu hari sekurang-kurangnya satu dosa akan dilakukan seseorang. Tetapi tidak dipastikan berapa ramai pula yang secara sedar bertaubat daripada dosa tersebut?

Sebenarnya Saya Isteri Dia...

Comel betul cerita ni..walaupun ianya adaptasi novel tulisan Zura Asyfar, tapi pemilihan pelakonnya sangat-sangat sesuai dengan watak dalam cerita ni. Koi tengok citer ni sebab En. Suami tengok gak...dia sukakan lakonan Tiz Zakyah...dia kata dia suka sebutan dialog Tiz. Jelas dan teratur. ye ke?? Boleh la...sedap sikit la dari lontaran dialog Fasha Sandha atau Intan Ladyana...hihihi...sempat lagi nak banding-bandingkan.

Tapi citer standard zaman sekarang  la...mula-mula kawen terpaksa atau terpaksa kawen gitu...pastu macam-macam konflik,..pastu lama-lama jatuh cinta pulak. Lepas tu hidup bahagia bersama....

Dalam citer ni. Izzue Islam pegang watak student berusia 21 tahun yang terpaksa kahwin dengan kekasih abangnya yang 4 tahun lebih berusia darinya dan dah berkerja sebagai jurutera. Nanti, Si Izzue Islam ni praktikal kat tempat Tiz Zakyah ni kerja. Kat tempat kerja Tiz Ni pulak nnt ada pulak orang nak mengurat Tiz pasal tak tau status Tiz ni sbb perkahwinan diorang ni adalah Rahsia atas permintaan suaminya yang kurang matang tu. Pelakon lain dalam citer ni ada Uqasha Senrose sebagai Rania yang tak jemu-jemu nak ngurat Firash (izzue Islam).

En. Suami koi kata...Uqasha berlakon kaku, tak macam adik dia...Yelah...dia memang suka Nellydia Senrose sejak tgk cerita Ahmad Durrah tu....pastu ada Qi Razali sebagai haqimy - lelaki yang kononnya nak ngurat Tiz Zakyah kat tempat kerja tu. dan lagi ada Wilma sebagai mama kepada Firash.

Cantik sungguh Wilma dalam drama ni...kepada yang tak ingat...sekitar hujung 90an..Wilma ni agak glamer juga. Pernah berlakon dalam filem Pasrah, yang jadi girlfriend Norman Hakim yang kantoi masa Erra Fazira buka pintu bilik Norman Hakim tu. Wilma jugak berlakon dalam filem Ghazal untuk Rabiah. Tapi filem ni tak berapa meletup pun. Lepas berkahwin, Wilma terus mengenakan hijab dan tidak lagi muncul di layar perak mahupun emas. Hanya beberapa lama selepas pemergian arwah suaminya, beliau kembali memeriahkan industri seni, mungkinlah untuk mengubat rindu dan mem'busy'kan diri.

Drama sebenarnya Saya Isteri Dia ni dah sampai episod 3 dah minggu lepas, lepas Buletin Utama hari Jumaat. Slot yang sama dengan Nur Kasih dulu-dulu...

Sebenarnya Koi Isteri Dia...






Friday, April 12, 2013

Tazkirah Jumaat : Degil yerrr??

Tips menasihat anak atau pasangan yang degil

1. Semasa anak atau pasangan kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (subconsciu s mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang
tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah Al-Fatihah. Kemudian terus dengan berzikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya.Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah."Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan".

Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.


"Iman Itu Lebih Cantik Dari Sekalian Yang Cantik,

Nikmat Iman Itu Lebih Manis Dari Madu....

dan Memelihara Iman Itu Lebih Sukar Dari

Meniti Sehelai Rambut..."

copy paste from fwd emel lama dulu...

Thursday, April 11, 2013

Dynamo Complete

Anak koi ni mmg tak boleh tengok iklan la..Pasni kalau iklan aje nak tukar channel. Apa taknya..sepanjang last week dok gegar koi dgn en. Suami belikan Dynama Complete. Nanti baju putih bersih, kesan aiskrim coklat hilang. "Senang aje nak pakai mama..sapu sedikit pada kotoran dan tuang bakinya ke dalam cucian"

Koi memang dah lama bertahun pakai sabun serbuk Top. Pakai sabun Top sebab sidai kat bawah bumbung atau lewat sikit sidai tak berbau hapak. Harga pun okay-okayla.

pasal asik didesak-desak..last weekend pergi la jugak beli Sabun Dynamo Complete kat Jusco Tamn U. Dah beli tu...asik tanya bila nak pakai..dah pakai ke belum...nnt nak pakai dia nak tolong. Pagi tadi sabun Top tu dah habis, ayah dia tuangkanla satu penutup Dynamo Complete tu dalam mesin tanpa panggil dia.

Dia dengar ada bunyi mesin basuh, terus tanya..."pakai sabun apa tadi?"

"Sabun Dynamo yang baru tu"

"Ishhh...kan abang dah cakap, kalau nak pakai sabun Dynamo Complete tu panggil abang dulu. Abang nak sapu pada kotoran dulu. Bla..bla..blaa..bla..."sambil tarik muncung panjang-panjang merajuk...

Heh..tak padan dengan lelaki..apalah kuat sangat merajuk. Pasal sabun pun kecoh. Masa sidai baju... humm...wanginya. Sampai pening kepala sebab wangi sangat. Sabun Top takdela wangi sangat macam ni. Eh ye ke tak wangi? Ntah sebab dah bertahun-tahun dok sedut bau sabun Top tu...dah sebati kot dengan bau sabun Top tu. Tu yang tak rasa bau dia wangi. Sekali sekala tukar sabun rasa wanginya.

Dah takyah tuang softlan dah...dah wangi. Dari segi jimat tak jimatnya...kita tengoklah dulu. Sebab koi memang basuh baju tiap2 hari..almaklumlah...mesin basuh kat rumah tu kiut jer. Kalau penuh2 sgt nnt tak bersih pulak.


Wednesday, April 10, 2013

Nasi Ayam T.I.P.U

Yerr...malam tadi anak-anak koi tiba2 nak makan nasi ayam. Haa...nasi ayam apa pulak...tadi tanak cakap awal2. Ayah tak beli ayam la hari ni. Hari ni menu ikan...mana nak datang nasik ayam pulak. Haii...budak2 ni..macam macam permintaannya. Terpaksala koi masak nasi ayam tipu-tipu..asalkan tak serupo nasi biasa dah la...koi pakai resepi nasi minyak sikit tapi campur dgn kiub pati ayam.

Mula-mula masukkan beras yang dah dicuci dalam periuk karen. Sukatan adalah 3 pot beras, 3 pot air, dan 1 suku pot susu cair. Masukkan juga 2 helai daun pandan yang bakal memberi lebih aroma kepada nasik ayam tipu-tipu ni. Pakai pot yang percuma masa beli rice cooker yer...comel dan kecik jer...sesuai la untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak bawah umur 5 tahun.
Sambil tu...tumis bawang kecil 3 ulas, bawang putih 3 ulas, halia seinci yang dah ditumbuk-tumbuk. Tumiskan dengan bunga cengkih, bunga lawang, buah kepala berlaga dan kulit kayu manis. Koi tumis dengan 2 sudu besar butter...sekadar mencepathabiskan stok butter dalam peti ais

Pastu..bila dah garing dan naik bau tumisan tadi tu...pindahkan hasil tumisan tadi tu dalam periuk karen korang. godak2 hingga sebati..masukkan seketul kiub pati ayam...pastu tutup periuk. Biarkan dia masak sendiri. Bila periuk nasik tu dah berbunyi 'cetet', tanda nasik dah masak...bukak periuk kejap. Godak-godak nasik tu bior dia gembur-gembur sikit. Pastu tutup karen periuk tu. Biar seketika...
Haa...kalau nak lagi sedap tambah la kismis ker...bawang goreng ke.. masa nak hidang nnt. Tapi kat rumah koi ni kalau koi taruk semua benda tu...Budak-budak dengan mak budaknya akan kuis-kuis semua taburan tu. Jadi lebih baik kalau tak tabur-tabur. Dengan sukatan yang koi google ni...InsyaAllah nasik tak keras...tak lembik..sedang2 aje masaknya. Bolehla untuk orang-orang amatur cam koi ni.

Tapi malangnya gambar dah siap masak takde yer...bukan apa..En Suami koi selalu ketawakan koi kalau koi ambik gambar makanan. "Amik gambar sebelum, semasa, selepas untuk hantar claim ke ni?" Jadinya memang takde mood nak amik gambar selepas.

Anak-anak makan dengan selera dan bertambah-tambah. tapi kesian..nasi ayam berlauk ikan caru bakar jer...sebab semalam mmg takde plan nak masak ayam pun. Budak-budak suka la...mama dgn ayahnya rasa muak pulak nak habiskan nasik...yelah dgn susu cair dan butter kan..

Siap makan..'mama esok nak makan nasik ayam lagi"...hehe...kembang sikit koi dengar..sedap yer mama boyot masak. haha....

WW: Ngeri....Col Sanders KFC dah Tinggal Tulang


Tuesday, April 9, 2013

Bantal kecik utk si kecik...

Asal kapas jadi benang, 
dari benang dibuat kain, 
Buat bantal bukannya senang, 
Semua benda nak dibuat main. 

Huh...nak merealisasikan 3 bijik bantal ni pun berpeluh koi...sampai hilang suara jeritkan budak berdua ni...bukan apa..rajin sgt tolong mamanya... Antara cabaran yang mendatang tatkala menyiapkan bantal-bantal ni adalah...

  1. Lawan pedang menggunakan pembaris jahit...
  2. Diam-diam cilok kapur penanda kain...buat conteng dinding
  3. Koi bentang kain...dia sliding atas kain tu
  4. berebut tali tape ukur...ukur kepala, kaki, tangan
  5. Koi tengah gunting kain...ditarik-tarik kainnya..dah senget
  6. Koi tgh jahit...tengah betulkan kain...boleh bebudak ni menyusup bawah meja tekan pedal mesin jahit. terkejut koi tgk mesin jalan sendiri...huuu..bahaya nak oiiii 



ini gambar tanpa sarung

Ini pulak gambar siap sarung...sarung menggunakan 100% english cotton berwarna purple dot dot putih.

acaner la koi nak buat baju ni kalau macam ni gaya anak-anak. En. Suami koi...jangan kata nak tolong larang ke...'haippppp' ker....toleh pun tak. Bila koi cakap...dia kata koi kena selalu menjahit dan potong kain...kalau jarang2 mmg diorang jakun. Kalau selalu diorang dah tak heran. Haiyyaa...mana boleh selalu2. Tak sempat la...koi bukan supermak. supermajuk yelah kottt

Tak sempat pulak nak snap gambar kebaikan dan kerajinan anak-anak koi membantu mamanya menyiapkan kelengkapan adik babynya.


Klik! Klik!

Post Terhangat