Monday, April 1, 2019

Request for Inspection Form (RIN) Untuk Jurutera Tapak

Hari ni nak share sikit pasal quality form technical yang diguna pakai kat tapak bina.
Gambar atas ni...gambar Borang Request for Inspection atau singkatannya RIN.
Tak sure satu Malaysia pakai ke tak,
Tapi sepanjang 10 tahun dalam arena pembinaan,
Lebih kurang macam atas tu la borangnya.
Ikut kita punya kontraktor utama...
Tiap kontraktor ada format borang sendiri.

Kalau kerja dengan kontraktor utama,
Minta la borang ni dari QA/QC engineer,
Kalau kerja dengan sub kontraktor, minta la pada kontraktor utama korang tu.
Walaupun borang nampak lain,
Tapi maklumat yang diperlukan,
Lebih kurang aje.
Nama projek, tarikh, bila nak buat inspection,
Apa inspection yang nak dijalankan, kat mana lokasinya,
Lagi bagus buat salinan dalam saiz A3 atau A4...
Highlight kat mana inspection kerja tu nak dijalankan.

Kerja-kerja yang mewajibkan RIN ni adalah seperti kerja konkrit.
Sebelum kerja konkrit dilaksanakan,
Jurutera perunding atau wakilnya kena la semak dulu bemda yang nak dikonkrit.
Kalau nak konkrit tiang,
Kena bawa perunding buat pemeriksaan tiang tu dulu,
Check saiz tiang, saiz dan bilangan besi, sama tak macam dalam drawing. 
Check juga verticality tiang tu.
Jangan dah siap konkrit baru nampak tiang tu senget.


Kalau kerja konkrit lantai...
Lagi renyah.
Bukan setakat kena panggil perunding struktur (c&s consultant) aje,
Nak kena panggil M&E consultant atau wakilnya sekali tengok site.
Sebab, biasanya kat dalam lantai ada wiring.
Kena tengok dulu sama tak dengan drawing elektrikal.
Lena tengok juga...ada tak opening untuk kerja paip
Nak pasang toilet bowl atau floor trap,
Kena sediakan lubang untuk services tu dulu siap siap,
Coring lantai konkrit amatlah tidak digalakkan ye.
Jadi bila semua benda benda tu dah diinspect,
Konsultant dah sign,
Barulah boleh order konkrit dan crane ...haa..gitu..
Bukan belasah konkrit sesuka hati...
Kalau salah kang...ko nak pecah balik ke?

Ni baru form request for inspection...
Ada banyak lagi quality form sebenarnya...
Tapi yang ni sangat penting...
Kalau bos tanya..
"Awak dah bukak rin?"
Janganla buat blur sotong pulak.
Kesian awak tak dpt bonus nnt...

Oklah...next time Mama Yan tulis pasal quality form lain pulak ye..
Sekian, wassalam



2 comments:

  1. kalau tunjuk kt edy dia kenal kot sbb dia pun kerja dia bidang2 gini gk walaupun bkn dia yg bt inspection tp dia yg kene isi borang utk di inspection hehehe

    ReplyDelete
  2. Kadang kadang bila bercerita dengan org yg tak biasa, benda tu akan anmpak susah sanagt, tp kata org alah bisa tegal biasa kan...lelama jadi mudah semuanya

    ReplyDelete

terima kasih la weiii...

Post Terhangat